Bukan sekadar petua menjaga anak sakit, petua dalam masakan, malah petua dalam menjalani kerja-kerja seharian seperti mengemas rumah dan membantu memudahkan kerja-kerja di dapur juga banyak diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.

Jadi sebagai ibu yang perlu membereskan banyak kerja di rumah, petua-petua yang bakal memudahkan kerja seharusnya ada dalam ingatan.

Berikut merupakan antara petua yang boleh diamalkan untuk memudahkan tugas di rumah menjelang hujung minggu!


1. Semut benci timun, oleh itu,  letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

2. Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman berkarbonat Sprite. Caranya, ialah dengan merendamkan tuala ke dalam air berkarbonat tersebut  dan kemudian bilas menggunakan air biasa.

3. Untuk menanggalkan gula-gula getah yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam. Kemudian basuhlah seperti biasa.

4. Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit. Bukan sahaja kotoran akan hilang, malah pakaian juga akan berbau harum.

5.Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

6. Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

7. Jika baju terkena dakwat, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

8. Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ. Selain itu, daun durian belanda juga boleh mengelakkan tikus dari berkeliaran di dalam rumah kerana tikus tidak gemar akan baunya.

9 Untuk menghalau semut dari bekas gula,.letak sebilah pisau di bawah bekas yang berisi gula. Biarkan beberapa ketika. Insya-Allah semut akan berkumpul di satu tempat dan ini memudahkan kerja-kerja membuangnya. Oleh itu anda tidak perlu membuang semua gula yang dikerumuni semut. Selamat mencuba.

10. Bekas menyimpan makanan yang terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak enak. Atasinya dengan merendamkan beberapa helai suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama dua hingga tiga jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas tadi dan bekas tidak lagi berbau.