Sering kali wanita merasakan apabila usia melewati usia 40 tahun, keinginan untuk melakukan hubungan intim bersama yang tersayang semakin menurun, apatah lagi jika telah memasuki fasa pra-menopaus. Namun demikian, hasil kajian yang dilakukan adalah sebaliknya.

Menerusi satu laporan The Star, Perunding Pakar Urologi Hospital Gleneagles, Profesor Dr. George Lee ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Apa Hakikat Tabiat Seksual’ menjelaskan, wanita di usia melebihi 40 tahun secara puratanya akan berasmara sebanyak lapan kali dalam sebulan jika dibandingkan dengan wanita yang berusia di bawah 40 tahun iaitu hanya mengadakan hubungan tersebut secara purata sebanyak enam kali setiap bulan.

Dr. George menyatakan beberapa di antara sebab yang utama adalah kerana seseorang wanita yang berada pada usia berkenaan telah pun mengalami putus haid secara keseluruhan dan tidak lagi perlu bimbang tentang isu kehamilan.

Menurut Dr. George lagi secara lazimnya, lelaki tidak selesa memakai kondom dan wanita tidak mahu mengambil pil pencegah kehamilan kerana takutkan penambahan berat badan.

Faktor-faktor ini akhirnya menjadikan hubungan intim sedikit ‘berisiko’ sekaligus menjadikan kebanyakan pasangan di Malaysia berkahwin pada pertengahan umur.

“Selain itu, mereka juga banyak berfikir tentang isu wang perbelanjaan dapur, pelajaran anak-anak, keadaan rumah, apa menu untuk dimasak dan lain-lain sehingga tidak terlintas mengadakan hubungan kelamin dengan suami pada waktu malam.

3 sebab

Beliau menambah lagi, sebaliknya meskipun ramai menganggap bahawa wanita tiada nafsu syahwat selepas menopaus, sebenarnya kehidupan seks mereka boleh dipertingkatkan.

“Apabila telah putus haid, wanita berasa lebih yakin untuk bersetubuh. Mereka melepaskan rasa keinginan berasmara di ranjang yang cukup tinggi dan menikmati hubungan intim lebih kerap dengan pasangan,” jelas Dr. George lagi.

Tambah beliau, wanita yang lebih berusia juga kurang memikirkan perkara-perkara kecil termasuk kebimbangan mengandung tanpa dijangka seterusnya membolehkan mereka punyai masa yang banyak untuk berasmara.

“Apabila wanita telah putus haid, wanita berasa lebih yakin untuk bersetubuh. Mereka melepaskan rasa keinginan berasmara di ranjang yang cukup tinggi dan menikmati seks lebih kerap dengan pasangan,” jelas Dr. George lagi.

“Jadi apabila mereka lebih tua, anak-anak sudah berada di universiti manakala isu kewangan semakin stabil, sekali gus wanita lebih mudah bernafsu untuk menikmati hubungan seks,” katanya.

Sumber: hanasuva.com

Tinggalkan Komen