Wanita dan ‘shopping’ memang tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi dalam hal membeli tudung atau selendang. Seakan menjadi rutin setiap bulan akan ada sahaja koleksi selendang atau tudung yang akan dibelinya. Pantang ada rekaan terbaharu, pasti dibelinya walhal tudung yang sedia ada sudah penuh satu almari.

Berdepan dengan senario ini,  AmirShahir yang juga merupakan seorang suami memberi pendapat yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada sang suami dan isteri agar lebih beringat. Jom semak apa katanya.


 

“Abang, esok nak pergi beli tudung la. Takde tudung nak pakai dengan baju yang warna pink tu.”

Senyum je kalau dengar kata-kata macam ni daripada mulut si isteri. Tudung dia padahal boleh muat dua alamari baju. Kalau susun meninggi boleh lawan KLCC.

Perempuan ni kalau dia kata “Takde tudung nak pakai”, “Takde baju nak pakai” tu ertinya dia dah bosan pakai tudung dan baju tu.

IKLAN

Kena pulak kalau rakan sejawat ke atau kawan dia tegur, “Minggu lepas dah pakai tudung ni kan?” Siap tunjuk gambar lagi. Memang meruap-ruap la nak cari tudung baru.

Jadi ini nasihat saya buat para suami.

1. Harga tudung, baju atau beg tangan jangan lebih 10% daripada gaji.

IKLAN

2. Beli masa ada promosi. Akhir tahun banyak promosi.

3. Halang jika bulan ini dia dah beli, bulan depan pun beli lagi. Itu dah ketagih sangat tu.

4. Kalau dia minat jenis tudung seperti Aidijuma, minta dia follow IG atau page berkenaan. Boleh tahu masa bila ada SALE.

IKLAN

5. Suruh dia susun tudung dia supaya senang lihat. Kalau simpan dalam kotak mesti tak sedar tudung dia dah banyak.7 Perlu Buat, Bila Isteri Suka Kumpul Tudung!

6. Tak salah tunaikan permintaan isteri untuk beli barang yang dia suka sekali-sekala. Apa salahnya buat dia happy. Jangan la kedekut sangat sampai suruh isteri guna je yang lama.

7. Kalau nampak si isteri membazir sangat, nasihatkan. Janganlah suami nak marah-marah isteri pula.

sumber : AmirShahir

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI