Jika dulu, kuih ini mungkin boleh dilihat setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha, tetapi kini tidak lagi. Permintaan untuk Kuih Tart sentiasa ada. Tidak hairanlah jika ada yang membuat duit dengan kuih Tart ini.

Bagi ibu-ibu yang baru mahu membuat sendiri resipi Kuih Tart, boleh baca perkongsian  dari Datin Anida Azmi  di dalam page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Mana tahu boleh hasilkan sendiri Kuih Tart untuk raya nanti. Tak perlu lagi nak tempah atau beli. Malah, anda juga boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjual Kuih Tart. 


25 tahun dulu saya dpt Ilmu belajar buat kueh tart dgn yuran RM10…ilmu yg saya dpt manafaatkan utk tambah pendapatan saya.. Alhamdulilah walaupun dah lama saya tingalkan perniagaan ini tp hg kini kuih ni mmg menjadi kegemaran tetamu dan biskut yg wajib ada setiap kali raya.
Dgn ikhlas hati saya kongsikan resipi ni utk teman2 disini. Mana tau bole dijadikan pendapatan sampingan musim raya nanti.

Royal Pineapple Cheese Tart

Bahan-bahan

IKLAN

Tepung gandum 350grm (anggaran)
Buttercup 250grm
2sb tepung kastad
2 sb tepung jagung
6 sb Cream Cheese (saya guna jenama Tantura) klu nak letak lebih pun bole
Sedikit garam halus
1 biji kuning telor

Jem nenas secukupnya
Dulu masa niaga saya buat Jem sendiri
Tp skrg dah byk jual.. Senang beli je (saya beli di Bagus Bakery)

Cara caranya: 

IKLAN

♦ Satukan Buttercup cream cheese dan garam.

♦ Masukkan kuning telor kacau sebati kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastad dan tepung jagung.

IKLAN

♦ Uli sebati. Kalau adunan agak lembut boleh tambahkan sedikit lagi tepung.

♦ Terap mengunakan acuan semperit dan gulung seperti biase. Bila hendak dibakar sapukan kuning telor yg telah dicampurkan sedikit pewarna kuning.

♦ Bakar dlm suhu 170~180 darjah Celsius selama lebih kurang 25min hg 30min mengunakan api atas bawah.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI