Umumnya, bila bulan puasa keinginan kita untuk mencuba pelbagai jenis minuman yang sejuk, manis dan enak bagi menghilangkan rasa dahaga saat berbuka menjadi suatu perkara yang menarik dan bervariasi seleranya.

Sekiranya hari ini kita berbuka dengan air tebu, esok teringin pula meneguk kesegaran rasa air kelapa, lusa mungkin seleranya berubah mahukan air sirap bandung pula. Dan begitulah dengan hari-hari berikutnya, tentu ada perasaan teringin sesuatu yang istimewa bila bercakap tentang air ketika bulan Ramadan ini.

Jadi apa kata kali ini mencuba rasa minuman yang berbeza dan cukup istimewa. Dikongsikan oleh Nur Byt dan nyata melihat posting gambarnya sahaja sudah menampakkan betapa sedapnya Air Falooda ini.


“Pernah minum air ni kat sebuah kedai arab di Manchester.. maka sy pon gugel cara2 nak buat.. mmg rasa sama mcm kt kdai tu. Boleh buat utk berbuka puasa “Nur Byt

::: Air falooda :::

IKLAN

 

Sebenarnya sy buat xde sukatan pon, agak2 je.. Lg banyak bahan lg sedap..

Air Falooda Minuman Special Untuk Berbuka. Ibu Perlu Buat Kalau Nak Tahu Kesedapan Rasanya!

IKLAN

Bahan-bahan:

1 sudu kecil sirap
2 sudu besar agar2 sirap yg dipotong nipis
2 sudu besar Cendol ( yg hijau tu )
2 sudu besar biji Selasih
2 scoop ais krim vanila
Fresh milk ( isi sehingga hampir penuh )
2 sudu besar susu cair * optional
Air gula ikut kemahuan masing2
*** bleh jugak tambah ice cube kalau nak lg sejuk ***

Cara-cara :

IKLAN

1. Masukkan sirap, agar-agar, cendol, selasih dan aiskrim vanilla.
2. Masukkan freshmilk & susu cair diikuti & air gula

Nota :
Fresh milk boleh juga disejuk bekukan terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa lebih sejuk

sumber: Nur Byt via MAHN

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI