Orang kata nak tengok isteri itu bahagia, tengok wajahnya. Betul atau tidak, hanya empunya badan sahaja yang tahu jawapannya. Bak kata orang, pakai solek tebal mana pun jika tak bahagia, tak terpancar pun ‘glowing’  tu.

Sebenarnya erti bahagia seorang wanita itu bukan hanya wang ringgit semata tetapi setia seorang suami dan terima diri seorang isteri seadanya.

Buktinya sudah nyata. Bukan untuk menabik dada kebahagiaan yang dikecapinya kini, tapi kehidupan pasangan bahagia ini sering meraih perhatian. Biarpun mempunyai gelaran terhormat, pasangan ini tetap humble dan ‘simple’ dengan kehidupannya. Orang kata, bahagia cara kita!

Itulah pasangan bahagia, pelakon, Datuk Fizz Fairuz dan isterinya Datin Almy Nadia. Baru-baru ini, Datin Almy Nadia atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah sekali lagi meraih perhatian ramai apabila tampil dengan wajah ‘glowing’ yang membuatkan ramai netizen kagum.

Menerusi hantaran di laman TikTok Bintang Kecil, kelihatan Almy menghadiri sebuah program anjuran Majalah Keluarga bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Almy menjadi salah seorang panel di majlis berkenaan tampil ceria sehingga membuatkan ramai terpesona melihat penampilan terkininya.

Wajah cantik Almy Nadia yang juga isteri kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz menjadi tanda tanda buat peminatnya. Lebih teruja, pada usia 36 tahun ibu kepada empat orang anak ini ‘maintain’ cantik.

Akhirnya Terjawab Wajah ‘Glowing’ Almy Nadia, Rupanya Fizz Fairuz Penyebab!

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

IKLAN

 

@bintangkecilmy Haa duit kena simpan jangan membazir #almynadia #Kids #Sspn #bintangkecil #foryou #fyp ♬ suara asli – 🇮🇩𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧🦏

 

PEMINAT TERUJA WAJAH GLOWING DATIN ALMY NADIA

Akhirnya Terjawab Wajah ‘Glowing’ Almy Nadia, Rupanya Fizz Fairuz Penyebab! Akhirnya Terjawab Wajah ‘Glowing’ Almy Nadia, Rupanya Fizz Fairuz Penyebab! Akhirnya Terjawab Wajah ‘Glowing’ Almy Nadia, Rupanya Fizz Fairuz Penyebab! Akhirnya Terjawab Wajah ‘Glowing’ Almy Nadia, Rupanya Fizz Fairuz Penyebab! Akhirnya Terjawab Wajah ‘Glowing’ Almy Nadia, Rupanya Fizz Fairuz Penyebab!

 

IKLAN

Akhirnya Terjawab Wajah ‘Glowing’ Almy Nadia, Rupanya Fizz Fairuz Penyebab!

RUPANYA FIZZ FAIRUZ PENYEBAB, KAGUM!

 

@keluarga.my Rupanya cara Fizz Fairuz penyebabnya 💕#keluarga#foryoupage #fyp #sspn#ptptn#almynadia ♬ Isteri – Alif Satar & The Locos

Rata-rata memuji penampilan terkini Datin Almy Nadia. Team majalah KELUARGA sempat menemubual Datin Almy rahsia kebahagiaan dirinya.

Menerusi perkongsian ringkas bersamanya, Almy memberitahu dirinya adalah seorang yang ‘simple’ . Bahkan pesanan suaminya, Fizz Fairuz sentiasa menjadi penguat dirinya.

IKLAN

“Saya kena berpijak di bumi yang nyata. Suami selalu berpesan, ‘kita ukir baju di badan sendiri. Jangan ukur baju di badan orang lain dan kita cuba pakai di badan kita sendiri. Jangan ye. Itu saya.”

Biarpun menyedari ada kata-kata yang kurang sedap mengenai bentuk badannya, ia tidak menjadi ‘gangguan’ dalam hidupnya.

Katanya tidak sikit pun sedih dengan cemuhan,  namun Almy tidak menafikan pada awal kelahiran anak pertama perasaan begitu ada dalam diri , namun ia berlalu apabila kelahiran seterusnya. Dia meluahkan rasa syukur mempunyai suami yang menerima seada dirinya.

“Tahun seterusnya perasaan saya gembira. Sebab dikurniakan suami yang ‘happy’, suami yang membahagiakan isteri, keluarga.”

“Saya happy. Saya tak kisah, orang nak cakap apa pun.”

 

Nyata, terjawablah rahsia kecantikan Almy Nadia. Kasih sayang suami yang tulus ikhlas telah terpancar menerusi wajah Almy. Kecantikan sebenar akan terpancar daripada hati yang gembira dan fikiran tenang sekali gus rasa bahagia.’Glowing’ dari hati seorang isteri. Biarpun dengan solekan nipis, wajah bahagia Almy Nadia tetap terserlah! 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Akhirnya Terjawab Wajah ‘Glowing’ Almy Nadia, Rupanya Fizz Fairuz Penyebab!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI