Masalah ketiak basah dan berbau? Mungkin satu masalah buat anda terutama yang selalu berada dipersekitaran ramai orang. Selain mengurangkan keyakinan diri, masalah ini boleh mengundang ketidakselesaan pada diri dan juga orang sekeliling. Jadi, jangan biarkan masalah begini menghantui anda. Jom amalkan tiga minuman ini mana tahu dapat bantu mengatasi masalah tersebut.
Jangan malu, jangan segan jika mengalami masalah ketiak basah dan berbau. Yang penting, kena rajin amalkan petua ini. Jom tengok 3 jenis air apa yang boleh mengatasi masalah tersebut
Teh Hijau
Ia berfungsi meningkatkan metabolisme tubuh dan menghakis segala lemak yang ada pada usus. Selain itu, antioksidan dan nutrisi yang terkandung dalam teh hijau ini akan mengendalikan pengeluaran peluh. Justeru, amalkan minum teh hijau ini 2 hingga 2 cawan sehari.
Cuka Putih + Cuka Epal
Ambil 2 sudu teh cuka putih dan satu sudu teh cuka epal untuk menstabilkan kalenjar peluh. Amalkan campuran ini 3 kali sehari sebelum sarapan atau ambil 30 minit sebelum atau selepas makan.
Jus tomato
Ambil 1 hingga 2 gelas satu hari jus tomato asli tanpa gula untuk cegah peluh yang berlebihan dari badan.
Super Daddy Ni Kongsi Cara Cuci Mesin Basuh Guna Baking Soda & Cuka Je. Buat 2-3 Minggu Sekali, Hasilnya Awesome!
Mungkin ibu-ibu perasan, ada masanya kelihatan kotoran seakan-akan serpihan kertas atau tisu pada baju yang telah dicuci.
Kotoran ini akan lebih jelas kelihatan pada baju berwarna hitam. Selain itu, mesin basuh yang kotor juga punca pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau kepam atau hapak.
Jangan tak tahu, di dalam mesin basuh patut di cuci sebenarnya. Caranya juga mudah, admin kongsikan tip dan cara yang dilakukan oleh super Daddy ni Khairul Abdullah. Beliau hanya guna dua bahan je iaitu baking soda dan juga cuka.
Aku cuci mesin basuh aku ni setiap 2-3 minggu sekali.
Itu pun tiap kali cuci air dia akan berwarna sedikit dan tetap berbuih juga walaupun tiada baju dan tak masukkan sabun pencuci. Sebabnya tiap kali basuh baju, akan ada saki baki sabun dan kotoran yang tertinggal kat dalam mesin tu.
So lagi kerap basuh lagi banyak kotoran tertinggal dalam tu. Jadi kalau rajin setiap minggu boleh cuci, aku jenis malas maka 2-3 minggu sekali.
Boleh jer beli segala jenis pencuci khas kat Shopee tu atau aku suka guna baking soda dengan cuka jer. Beli jenama Meriah tu dalam tiga ringgit lebih pastu campur cuka sebotol aku tak ingat harga dia. Boleh guna banyak kali. Dan kalau ada clorox pun lagi bagus jugak.
Cara dia mudah yakmat. Untuk top loading atau front loading pun sama sahaja.
1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam drum, dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Lepas tu set basuhan yang paling lama sekali.
Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas, dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu.
Sesekali datang check tengok warna air, seram ke tidak.
Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.
2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.
Cukup 2 round ni maka mesin basuh tu kira cun dah.
Kalau takde dont worry.
3. Tempat letak sabun, softener tu pun jangan biar berkerak. Tray tu biasanya boleh cabut dan keluarkan. So cuci bersih-bersih dan bilas dengan clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci maka cucilah.
Kena rajin sikitlah kalau nak pakaian kita sentiasa bersih.
Lepas tu basuh baju lepas ni mesti wangi. Sebelum ni letak sabun paling wangi dengan softener paling best pun tak berapa nak wangi ye dak?
Moh ler kite pakat cuci mesin basuh selalu, agar pakaian kita sekeluarga dijamin bersih suci dan bermutu.
Wahh macam makanan pulak dah.
Khairul Abdullah
#SuperDaddy
“Cantik, Teratur Kemas & Jimat Ruang.” Wanita Ini Kongsi Cara Dekor Bilik Stor Bawah Tangga, Simple Tapi Praktikal!
Kalau sudah namanya stor, pasti kita boleh bayangkan bagaimana situasi di dalamnya kan. Apabila nak mencari sesuatu barang memang pening terutama bagi yang tak suka susun barang mengikut jenisnya.
Semuanya dilonggokkan dan apabila nak guna baru cari. Tak ramai yang suka menyusun atur barangan di dalam stor. Selain tiada masa, barangan yang banyak juga menyukarkan untuk kita berbuat demikian.
Tetapi sebenarnya ia tidak mendatangkan kesulitan andai anda bijak dan kreatif. Seperti mana yang dikongsikan oleh Lyna Amran yang menunjukkan bagaimana dia mendekorasi stor bawah tangga rumahnya dengan cara yang mudah tapi sedap mata memandang.
Barangan dilabel memudahkan untuk mencari apabila mahu digunakan.
just nak share idea cara saya deko stor bawah tangga rumah…projek PKP kali ini…..idea nak men ‘tamankan’ setor dah lama terfikir cuma masa PKP ini baru ada masa merealisasikan nya.
Rumput dan beberapa hiasan lain mencantikkan ruang yang ada.
Simple tapi praktikal ruang ini.
Walaupun hanya setor tak salahkan kita mendeko dan membuat susun atur untuk memudahkan proses kita mencari barang di samping bila buka pintu setor nak sedap mata memandang.
#projekdekostor #rumahkusyurgaku
“Saat Anak Kita Leka Bermain Gajet, Mereka Sudah Ada Di Pasar.” Baru 10 Tahun Anak Ini Kerja Di Pasar Demi Keluarga!
Saat rakan-rakan seusianya bermain dan bergembira dengan rakan-rakan seangkatan, dia sudah bekerja di pasar. Semuanya demi mencari rezeki yang halal buat keluarga. Di bahunya sudah diletakkan tanggung jawab untuk membantu keluarga. Tiada rasa keluh kesah, jauh sekali merungut. Itulah pengorbanan seorang anak.
Sesiapa berkunjung ke Pasar Lahad Datu bolehlah mendapatkan khidmatnya atau memberikan sebarang bentuk bantuan untuk anak ini. Dia bekerja di awal usia untuk mencari rezeki halal.
Kisah anak berusia 10 tahun ini dikongsikan oleh saudara Edlee Al-Aswad Black menerusi laman facebooknya.
AKU BUDAK PASAR
Namaku Amat. Aku berusia 10 tahun. Tidak bersekolah tapi aku belajar melalui pengalaman. Seawal usiaku, aku sudah memerah keringat mencari rezeki yang halal buat diri dan keluargaku.
Di hari minggu ini, sewaktu kanak-kanak lain yang seusia denganku berlibur dengan keluarga masing-masing, aku pula kesana kemari menawarkan perkhidmatan mengangkat barang di Pasar Lahad Datu. Dengan beban yang dibawa aku tidak pernah mengeluh. Aku cuma berpeluh.
Aku tidak menetapkan kadar bayaran, terserah pada ihsan pelanggan, mereka yang menentukan. Aku hanya memudahkan urusan mereka dan berharap Allah memudahkan urusanku pula. Aku redha dan pasrah, yang penting aku tidak melakukan kerja salah.
Perjalanan hidup ku tampak kabur dan kelam.
Namun selagi aku mampu dan terdaya, aku tidak akan berhenti berusaha dan memasang impian. Rezeki itu milik Tuhan dan DIA tidak pernah mengabaikan mereka yang tekun, gigih dan sabar.
Inilah secebis kisah Aku Budak Pasar. Semoga kita sama-sama mendapat hikmah, pengajaran dan iktibar. InshaAllah…
#lahaddatukini