Musim cuti sekolah begini, mandi kolam antara satu kemestian bagi anak-anak. Tambahan pula jika ke tempat-tempat yang ada kolam renang. Rasanya tak sah kalau tidak mandi kolam kan.

Selepas seharian bermain di kolam renang — anak akan keletihan dan mengantuk. Lebih-lebih lagi kalau mereka aktif bermain sepanjang hari, kerana teruja “jumpa” air.

Ini situasi biasa, namun yang tidak kita jangka adalah keadaan anak selepas mandi manda ini sebenarnya boleh menyebabkan kematian.

Kejadian tersebut dialami oleh Cassandra Jackson, 41 tahun. Memetik laporan ABC News.com, Jackson membawa Johnny bermain di kolam renang berhampiran kejiranannya. Sambil diperhatikan oleh Jackson, Johnny bermain hampir 45 minit dalam kolam.

Johnny memakai pelampung di kedua-dua tangan. Namun, selepas dua jam keluar daripada kolam renang, Johnny terkencing dalam seluarnya sebanyak dua kali dan kerap mengadu keletihan.

Selepas mereka pulang ke rumah, Johnny membilas badan dan terus masuk tidur. Ibunya menganggap dia hanya keletihan. Selepas beberapa jam, Jackson masuk ke bilik untuk memeriksa Johnny. Dia terkejut apabila melihat mulut Johnny berbuih dan Johnny sesak nafas!

Mati lemas sekunder

Beliau terus menghubungi 911 dan membawa Johnny ke wad kecemasan. Tapi malangnya, Johnny tidak dapat diselamatkan. Jantungnya berhenti berdegup selepas mereka tiba di hospital.

Koroner Berkeley Country, Glenn Rhoad yang memeriksa badan Johnny mengesahkan punca kematian adalah akibat mati lemas sekunder.

Apa itu mati lemas sekunder?

Menurut jurucakap American College of Emergency Physicians, Stephen Epstein — mati lemas sekunder terjadi kerana paru-paru tercedera selepas sedikit air masuk ke dalam paru-paru. Ia mungkin boleh terjadi apabila kanak-kanak cuba ingin berenang.

Klorin dalam air kolam mampu menyebabkan keradangan dalam paru-paru. Apabila terdapat klorin dalam paru-paru, tindak balas normal badan untuk melawan keradangan ini adalah dengan menghantar pelbagai cecair ke dalam paru-paru semula.

Tanda-tanda mati lemas sekunder

Mati lemas sekunder sering terjadi di kalangan kanak-kanak. Jangan biar anak anda menjadi mangsa seterusnya! Tiada cara lain untuk mengenalpasti tanda-tanda serangan ini, melainkan anda lebih peka.

Jika anak anda gemar bermain di kolam renang, jaga-jaga! Selalunya, mati lemas sekunder akan terjadi dalam tempoh 1-24 jam selepas mandi. Jadi, ibu bapa perhatikan tanda-tanda ini pada anak anda, selepas mereka mandi di kolam:

  •  Batuk
  •  Sakit dada
  •  Sukar bernafas
  •  Kelihatan amat letih

Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera bawa mereka ke hospital atau hubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan. Jangan berlengah. Usah terhantuk baru terngadah!

Anda juga boleh mencuba perkara ini untuk mengelak kes mati lemas sekunder:

  •  Belajar berenang. Kanak-kanak yang sudah belajar berenang (dengan jurulatih) akan lebih selesa dalam air. Jadi, mereka tidak akan berendam dan “tertelan” air. Mula ajar anak anda berenang selepas mereka berusia 4 tahun.
  •  Pemerhatian. Tiada cara lain, anda harus pantau anak-anak yang bermain dalam kolam. Pastikan mereka mematuhi peraturan di kolam renang.
  •    Keselamatan dalam air. Kanak-kanak harus memakai pelampung dan tak memasuki kolam renang dewasa.
  •  Perhati anak selepas berenang. Anda harus periksa tanda-tanda ini! Kalau anda tak peka

sumber: TheAsianParentMalaysia

 

 

Tinggalkan Komen