Pasti ramai ibu-ibu yang berhadapan dengan masalah ini. Sayang jika pakaian kesayangan mempunyai kesan bintik-bintik hitam ini.  Walaupun telah dicuci berkali-kali, pakaian tetap akan kelihatan comot dan kotor.

Tahi lalat pada baju biasanya disebabkan oleh kulat yang tumbuh pada baju akibat tidak kering sepenuhnya atau lembap. Tahi lalat akan muncul jika pakaian  diperuk dalam keadaan basah, ataupun baju direndam dengan air yang sedikit, kemudian melambat-lambatkan proses untuk dibilas sehingga  beberapa hari. Keadaan ini menyebabkan tahi lalat ini akan muncul pada baju.

Agar baju yang terkena tahi lalat ini tidak terbuang anda boleh praktikkan cara ini untuk menghilangkan bintik hitam ini pada pakaian.

1. Campur cuka ke dalam setengah liter air.

2. Rendam pakaian anda yang memiliki tahi lalat tersebut ke dalam air campuran cuka tadi. Rendam selama semalaman.

3. Keesokan harinya cuci dengan menggunakan sabun atau detergen seperti biasa.

IKLAN

4. Siapkan air panas yang telah dicampur dengan lemon.

5. Bilas pakaian anda tadi dengan air panas dan campuran lemon.

6. Biarkan pakaian beberapa ketika di dalam air tersebut.

7. Kemudian cuci kembali menggunakan sabun.

IKLAN

8. Bilaslah menggunakan air biasa

9. Jika tahi lalat masih ada silakan ulangi langkah 5-8  sampai semua tahi lalatnya hilang.

10. Kemudian jemur hingga kering.

IKLAN

Cara Mencegah Tahi Lalat Muncul Pada Baju

Setiap kali selepas selesai melakukan aktiviti yang mengeluarkan banyak peluh sebaiknya rendam atau terus cuci baju anda, Jangan peruk baju tersebut dalam bakul.

Jika anda merendam baju, jangan biarkan ia direndam terlalu lama kerana ia akan menyebabkan pembentukan bintik hitam dengan lebih cepat.

Jika baju hari ini ingin dipakai kembali pada besok hari, sebaiknya jemur terlebih dahulu bajunya sebelum digantung.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI