Memandangkan bulan puasa mungkin ada antara wanita di luar sana kurang mengambil air kosong  semasa berbuka. Hal ini jika berlarutan sepanjang bulan Ramadan ini dibimbangi akan memberi kesan pada kulit wajah terlihat kering dan kusam.  Oleh itu, disarankan untuk menggunakan Face Mist bagi tujuan menyegarkan kulit wajah.

Apa istimewanya apabila kita ‘spray-spray’ air tersebut ke wajah sebenarnya?

Sebenarnya Face Mist ini adalah sejenis air yang apabila disemburkan ke wajah dapat memberi kesegaran wajah, menenangkan dan dapat memberi nutrisi kepada kulit. Kebaikan menggunakan Face Mist juga dikatakan dapat menyeimbangkan pH kulit terutama selepas mencuci wajah dan sekali gus melembabkan kulit sepanjang waktu.

Oleh itu, apa kata kali ini kita sediakan sendiri ramuan untuk menghasilkan Face Mist yang cukup istimewa. Cara membuatnya telah dikongsikan oleh Tengku Wdec di akauan fbnya. Jom semak untuk mengetahui lebih detail.


Bahan: Timun sebatang.

Cara Penyediaan :

IKLAN
  1. Potong timun dan rebuskan dengan sedikit air. Jangan lama sangat. Sebab timun ketegori sayur. Rebus lama nanti vitaminnya hilang. Agak lembut sikit boleh terus angkat. Sejukkan sekejap.

 

Berpuasa Pun Kulit Wajah Takkan Kering Kalau Guna Face Mist Buatan Sendiri!

2) Blend timun tadi dengan sedikit air rebusan. Agak-agak je. Jangan banyak sangat.

IKLAN

 

Berpuasa Pun Kulit Wajah Takkan Kering Kalau Guna Face Mist Buatan Sendiri!

3. Siapa ade jerawat atau sunburn. Boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.

IKLAN

 

Berpuasa Pun Kulit Wajah Takkan Kering Kalau Guna Face Mist Buatan Sendiri!

4) Masukkan dalam botol spray. Botol ni tengku beli dekat mr diy. Dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak tadi kan.

“Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Dah pakai tak payah bilas. Biar je kering macam tu.”

sumber : Tengku Wdec

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI