Kebiasaannya bila kita tersedu, orang sekeliling akan kaitkan dengan istilah ‘nak membesar’. Tapi sebenarnya tersudu ini berlaku apabila pengecutan otot diafragma secara berulang kali disebabkan beberapa faktor tertentu.  

Apabila seseorang menarik nafas, diafragma akan tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Malah, apabila kita menghembuskan nafas, diafragma menolak udara keluar daripada paru-paru. Ada ketikanya diagfragma menjadi terganggu semasa kita membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap. Akibatnya, kita menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut dan apabila udara berebut-rebut masuk itu melanggar kotak suara, maka terhasillah bunyi sedu.

Rasa tersedu sering terjadi dengan tiba-tiba dan bila terlalu lama dirasai boleh menyebabkan kita berasa tidak selesa.  Tersedu sering terjadi pada kanak-kanak dan orang dewasa juga tidak terkecuali. Oleh itu, untuk mengatasi rasa sedu ini ada caranya, ia cukup mudah dan berkesan. Jom semak!

Petua hilangkan rasa sedu

Bahan:

1 sudu teh daun pudina

1 cawan air panas

 

Cara Membuat:

1.    Masukan 1 sudu  teh daun pudina ke  dalam secawan air panas.

2.    Biarkan selama 10 minit.

3.    Kemudian minum semasa suam.

 

Tip : Untuk memberi rasa minuman lebih enak boleh juga dicampur dengan sedikit madu.