Siapapun pasti setuju, sebenarnya ada perbezaan jika seseorang itu makan nasi berserta sambal berbanding tanpa menu nan satu itu. Rasanya yang pedas, akan mampu menjadikan menu hidangan tengah hari atau malam menjadi lebih sedap dan sempurna. Malah selera  makan juga akan bertambah buat penggemar citarasa pedas!

Hakikatnya, sambal ini terdiri daripada pelbagai jenis dan rasa mengikut bagaimana cara dan bahan yang digunakan. Contohnya sambal goreng ini yang disediakan oleh Lyana Hisham, bagi yang telah merasainya pasti tahu untuk membezakan rasa di antara pelbagai jenis sambal-sambal yang sedia ada.

Untuk yang belum merasainya, elok dicuba agar lebih bervariasi jenis sambal yang ibu-ibu boleh sajikan untuk keluarga tercinta. Jom semak!


SAMBAL GORENG SEDAP 

Ramai berkenan kat sambal goreng nih kan. Okay lah, Yana share resepi so uols boleh lah try.

Sebenarnya nih Yana belajar daripada Ibu, resepi asal daripada arwah nenek Yana. Arwah nenek memang pandai masak, dulu kecik kecik order apa jer semua dia buat. Rinduu tok mak, Al Fatihah.

Here’s the recipe, Yana list kan secara ringkas yer.

Bahan bahannya:

2 biji bawang besar saiz sederhana

6 biji cili hijau

4 biji cili merah

Sedikit cili padi merah (kalau nak pedas)

Sedikit ikan bilis

Sedikit bacan

Asam Jawa (agak agak 1/2 dari saiz telur ayam, perah dalam mangkuk, air dia toskan)

*Semua bahan bahan nih blend kering.

Cara caranya:

Posted by Lyana Hisham on Friday, 17 March 2017

  1. Ambil minyak dalam 1 senduk (memang kena lebih kalau tak sambal tak garing)
  2. Tumis bahan bahan blend kering tadi sampai garing
  3. Once dah garing, baru masukkan air asam
  4. Perasakan dengan garam, then gula sikit
  5. Hiriskan bawang and campur sekali dalam sambal lepas tu tutup api
  6. Lebihan minyak pada sambal tadi pandai pandai la buang sendiri okay

Siap dah! Selamat mencuba. Boleh try makan dengan bubur, dengan nasi biasa pun okay jer

sumber : Lyana Hisham

Tinggalkan Komen