Emak-emak mesti ada anak yang sangat gemar makan kuih karipap. Malah kalau boleh nak bawa bekal karipap setiap hari ke sekolah. Karipap ini bahan-bahan membuatnya ringkas sahaja cuma sedikit renyah.

Oleh itu sebaiknya setiap kali membuat karipap, terus buat dalam kuantiti yang banyak dan frozen kan. Karipap frozen ini mampu tahan sehingga 6 bulan walaupun tanpa pengawet.

Melalui perkongsian Puan Mar di facebooknya, terdapat cara mudah untuk frozen kan karipap iaitu hanya perlu membakar di dalam oven.

Kebaikan membakar karipap ini adalah ia langsung tidak menggunakan minyak menyebabkan ia kurang berminyak apabila digoreng nanti berbanding jika kita menggorengnya separuh masak sebelum disejuk beku. Malah teksturnya juga lebih rangup dan sedap setelah digoreng nanti.

Cara-cara Membakar Dalam Oven

  1. Mula-mula susun karipap di atas tray. Pastikan ia tidak bertindih di antara satu sama lain agar pembakaran nanti sekata semuanya.Buat Karipap Frozen, Wanita Ni Siap Kongsi Rahsia Nak Tahan Sampai 6 Bulan!
  2. Kemudian masukkan ke dalam oven dan tetapkan suhu kepada 160 darjah celcius dan dibakar selama 20-25 minit.
  3. Setelah masak keluarkan dan biar ia sejuk dahulu pada suhu bilik kemudian bolehlah disusun di dalam bekas dan dimasukkan ke dalam freezer. Karipap frozen ini mampu tahan lama sehingga 6 bulan walaupun tidak diletakkan pengawet.

Tip Goreng Karipap Agar Cantik Sekata

Buat Karipap Frozen, Wanita Ni Siap Kongsi Rahsia Nak Tahan Sampai 6 Bulan!

IKLAN
  1. Kelebihan membakar karipap dalam ketuhar ialah apabila digoreng selain kurang berminyak, teksturnya juga lebih cantik dan tidak mengerutu walaupun kita kurang mahir menggoreng.
  2. Pertama sekali setelah dikeluarkan dari freezer, biarkan di luar lebih kurang 15-20 minit. Kemudian gorengkan ia di dalam minyak panas menggunakan api yang perlahan. Balik-balikkan ia sehingga coklat kekuningan. Memandangkan karipap ini telah disejuk bekukan maka proses menggorengnya hanya mengambil masa lima minit.

Resepi Inti Karipap Sardin Untuk 100 biji

Buat Karipap Frozen, Wanita Ni Siap Kongsi Rahsia Nak Tahan Sampai 6 Bulan!

3 biji bawang besar- dikisar

Setengah labu bawang putih- dikisar

IKLAN

1 senduk cili boh atau cili kisar

1 tin sardin

1 kilo ikan sardin- direbus atau boleh guna pressure cooker

Mix vegetables

IKLAN

Garam,gula dan perasa secukupnya

  1. Mula-mula tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan cili kisar atau cili boh ke dalamnya dan kacau sehingga naik minyak.
  3. Setelah cili sudah kelihatan naik minyak, masukkan sardin tin dan isi ikan sardin yang telah direbus tadi.
  4. Kemudian masukkan mix vege dan kacau sehingga kering. Pastikan inti ini tidak berair agar bila membuat karipap nanti kelihatan kemas dan senang kelim.
  5. Akhir sekali perasakan dengan gula, garam dan bahan perisa. Adunan inti ini cukup untuk membuat 100 biji karipap.

Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!

Buat Karipap Frozen, Wanita Ni Siap Kongsi Rahsia Nak Tahan Sampai 6 Bulan!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Buat Karipap Frozen, Wanita Ni Siap Kongsi Rahsia Nak Tahan Sampai 6 Bulan!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI