Ibu zaman sekarang memang sibuk rutin hariannya. Bermula dari tanggungjawab mengurus keluarga di rumah hinggalah membawa kepada urusan di tempat kerja. Semuanya ini memerlukan seseorang wanita itu perlu hebat mengurus dan membahagikan masa serta tenaga agar semuanya dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Hal ini memberi banyak inspirasi kepada wanita bergelar supermom untuk mencari alternatif terbaik bagi membantu memudahkan urusan atau tugas yang ingin dilakukan. Paling terkesan bab penyediaan makanan.  Bila ibu mempunyai ‘formula’ atau trik untuk memasak dengan pantas dan mudah, maka secara tidak langsung akan memberi lebih masa untuk berehat!

Oleh itu tidak hairanlah, kaum ibu ini cukup suka menyediakan pes atau ramuan bahan masakan yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Ini sebagai mana yang dikongsi oleh Pnut Syafinaz di fbnya dan juga turut mesra membahasakan dirinya sebagai Mak Long.

“Saja nak share ni kat benda basic di dapur untuk adik-adik baru jadi isteri dan ibu. 16 tahun lepas Mak Long jadi emak kelam kabut bila memasak, tambahan bulan puasa, maka kita belajar dari pengalaman. So dah alang-alang nak prepare ni meh nak share moga membantu adik-adik. Suami-suami boleh tag atau share untuk isteri, moga menjadi motivasi rajin memasak kepada isteri.

“Ni selalu saya buat dua bulan sekali, buat banyak-banyak dan frozenkan. Bila nak goreng nasi, cedok dua atau tiga sudu bergantung pada kuantiti nasi yang hendak di goreng.

“Kenapa serbaguna? Sebab perencah ni boleh guna anytime untuk goreng sayur ala kampung. Kangkung goreng belacan, kacang panjang, kacang buncis, terung, tapi paling sedap dan win kacang botor/botol dan bendi. Tumis balik ni, masukkan sayur kekacang tu je. 3 minit siap.”


 

IKLAN

[su_highlight background=”#e7e1e4″ color=”#8d0e12″]PERENCAH NASI GORENG SERBA GUNA[/su_highlight]

Bahan-bahannya:

Buat Sendiri Perencah Nasi Goreng. Jimatkan Waktu Supermom Memasak & Boleh Guna Anytime!

 

7-8 biji cili merah (buang bijinya)
10 15 biji cili padi (ikutlah tahap kepedasan yang disukai)
1-2 labu bawang besar
10 biji bawang putih
Segenggam ikan bilis (rendam seketika dan kemudian toskan)
Sedikit belacan

IKLAN

Caranya Buat :
1. Kisar semua bahan dan jangan terlalu lumat dan jangan terlalu banyak air.

  1. Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga air kering. (Biasa saya tumis sampai naik minyak)

Buat Sendiri Perencah Nasi Goreng. Jimatkan Waktu Supermom Memasak & Boleh Guna Anytime!3. Dah kering sejukkan dulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

 

Tip susun bahan dalam mesin pengisar.
1. Bawah sekali belacan.

IKLAN
  1. Kemudian bawang-bawang.
  2. Setelah itu cili.
  3. Atas sekali ikan bilis. Jadi ikan bilis itu tidaklah dikisar terlalu lumat nanti.

 

Cara guna pes untuk masakan:
1. Tumis seketika bahan ini dengan sedikit minyak.

  1. Kemudian masukkan udang, telur atau sebagainya yang ingin dimasukkan di dalam ramuan nasi goreng.
  2. Kemudian barulah dimasukkan nasi dan masak seperti biasa.

Ekstra info :

“Saya selalu kalau buat kari atau masak lemak ikan tenggiri, ikan tongkol ke ikan merah ke, ada saki ikan sekeping dua, saya basuh dan goreng balik ikan tu. Kemudian ambil isi ikan hancurkan sikit masukkan dalam nasi goreng. Saya tak payah letak sebarang msg, kiub ayam/ikan bilis dah bila goreng nanti, paste ni dah cukup rasa.”

 

Sumber : Pnut Syafinaz

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI