Kelembutan adunan tepung beras dengan rasa lemak santan yang digabung bersama sagu dan kemanisan gula melaka menghasilkan rasa yang cukup sedap hingga tidak terkata.  Namun begitu ramai yang kecewa apabila membeli bubur som Som yang tidak menepati citarasa. Apatah lagi bila mendapati adunan tepung beras yang agak keras serta gula melaka yang cair, boleh buat hilang selera untuk menjamah bubur som som tersebut.

Jadi apa kata jom buat sendiri bubur som som yang dijamin cair di mulut dan sedap rasanya. Bahkan cantik pula kejadiannya. Ini sepertimana yang dikongsikan resipinya oleh Mas Cotek atau lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Opah di media sosial.

SOM SOM SAGU /KANJI SOM ~SOM

Bubur Som Som Sagu Lembut Bergedik & Nak Jadikan Sagu Cantik Dimasak Begini Opah Ni Kongsi Caranya!

BAHAN SAGU
1 cawan sagu
3 cawan air
2 helai pandan
sedikit pewarna hijau

CARANYA
1.Masak air bersama pandan hingga mendidih/masukkan pewarna hijau

Bubur Som Som Sagu Lembut Bergedik & Nak Jadikan Sagu Cantik Dimasak Begini Opah Ni Kongsi Caranya!
2. Keluarkan pandan dan masukkan sagu
3. Kacau hingga pekat/masa ni sagu masih bermata ikan
4. Tuang sagu ke dalam bekas kecil
5. kukus selama 15min sehingga sagu jernih

Bubur Som Som Sagu Lembut Bergedik & Nak Jadikan Sagu Cantik Dimasak Begini Opah Ni Kongsi Caranya!
6.Sejukkan

*** boleh juga kacau hingga sagu jernih tanpa perlu dikukus dengan menambah sukatan air. Opah tak nak lembik sangat jadi opah kukus.

IKLAN

BAHAN KANJI SOM~SOM
1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
Garam secukup rasa

CARANYA
1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk/sebatikan

Bubur Som Som Sagu Lembut Bergedik & Nak Jadikan Sagu Cantik Dimasak Begini Opah Ni Kongsi Caranya!
2. Masak hingga hingga pekat dan meletup-letup dengan api sederhana. Sentiasa dikacau untuk mengelakkan berketul.
3. Tuang adunan ke atas sagu

Bubur Som Som Sagu Lembut Bergedik & Nak Jadikan Sagu Cantik Dimasak Begini Opah Ni Kongsi Caranya!
4. sejukkan

BAHAN AIR GULA
1 1/2 cawan air
4 keping gula kerek/melaka
*boleh guna gula merah
1/4 cawan gula pasir
2 helai pandan disimpul

CARANYA
1. Satukan semua bahan, masak api sederhana hingga mendidih
2. Tapis dan sejukkan
3. Siap

IKLAN

Bubur Som Som Sagu Lembut Bergedik & Nak Jadikan Sagu Cantik Dimasak Begini Opah Ni Kongsi Caranya!Ekstra info : Opah guna santan perah danopah tak suka santan kotak untuk buat kuih-kuih opah.

Sumber : Mas Cotek

ARTIKEL MENARIK:“Saya Perlu Sediakan Yuran Pendaftaran RM2,000…” Anak Ni Gigih Cari Wang Untuk Daftar Ke Universiti!

LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

IKLAN

Bubur Som Som Sagu Lembut Bergedik & Nak Jadikan Sagu Cantik Dimasak Begini Opah Ni Kongsi Caranya!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bubur Som Som Sagu Lembut Bergedik & Nak Jadikan Sagu Cantik Dimasak Begini Opah Ni Kongsi Caranya!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI