Cantik Dengan Bunga Mawar! Bukan Je Wajah Si Ibu Berseri Tapi Harum Mewangi.Tahukah anda, sebenarnya seluruh dunia sejak dahulu lagi telah menggunakan mawar sebagai bahan utama dalam dunia kecantikan.

Mawar dikenali sebagai simbol cinta dan kecantikan zaman berzaman. Itulah sebabnya, mereka selalu guna mawar dalam produk kecantikan mereka.

Melalui perkongsian Puan Sarifa Redzuan II, banyak dikupas perihal petua cantik dan sihat dengan bahan-bahan semulajadi.

Kali ini dikongsikan kebaikan dan manfaat bunga mawar.  Jom kita fahami 9 cara mudah untuk cantik dengan menggunakan bunga mawar.

Cantik Dengan Bunga Mawar! Bukan Je Wajah Si Ibu Berseri Tapi Harum Mewangi.

9 CARA MUDAH CANTIK DENGAN MAWAR

1. SEBAGAI PENYEGAR WAJAH

Rebus beberapa kuntum bunga ros kemudian biarkan semalaman. Keesokannya tapis ambil airnya dan masukkan ke dalam botol spray dan simpan peti sejuk. Gunakan setiap hari beberapa kali.

Cantik Dengan Bunga Mawar! Bukan Je Wajah Si Ibu Berseri Tapi Harum Mewangi.

2. MENGECUTKAN DAN MENCEGAH JERAWAT

Ciri-ciri antibakteria bunga ajaib ini menghalang dari pelbagai jangkitan kulit seperti jerawat.

Sekuntum bunga mawar ditumbuk lumat dan di campur dengan bedak sejuk dan tepek di wajah sebelum tidur.

In Sha Allah, hari hari pakai, kecut jerawat tu. Kulit pun jadi cantik.

3. PUDARKAN LINGKARAN HITAM ATAU MATA PANDA

Sifat sejuk mawar mampu membantu memudarkan penampakan mata panda tu.

IKLAN

1/4 timun di kisar dan di tapis airnya.
1 kuntum bunga mawar direbus dengan sedikit air.

Campur jus timun dan air mawar. Simpan dalam peti sejuk. Rendamkan 2 kapas muka dalam campuran jus itu dan letak di mata. Lakukan setiap malam dan akan nampak hasil yang mengagumkan!

4. MELEMBAPKAN KULIT WAJAH

Minyak semula jadi yang ada pada kelopak mawar boleh melembapkan kulit jauh ke dalam. Sangat bagus untuk kulit yang kering.

Tumbuk kelopak mawar hingga lumat. Masak bersama sedikit minyak kelapa dara dengan kaedah seperti double boiler selama 10 minit. Kemudian masukkan dalam botol kaca dan perap selama 2 minggu. Kaedah ini mat Salleh panggil “infuse”. Lagi lama perap lagi bagus.

Lepas tu boleh guna sambil urut wajah tu. Hari hari pakai memang glowing habis.

5. SEBAGAI PELINDUNG MATAHARI

Kajian membuktikan mawar dapat melindungi kulit dari sinaran UV.

1/4 timun di kisar dan di ambil jusnya
Beberapa kuntum mawar di tumbuk lumat 20ml minyak kelapa dara
10ml glyserin

IKLAN

Panaskan cara double boiler selama 10 minit . Kemudian perap dalam botol kaca selama 2 minggu. Kemudian gunalah seperti memakai serum, baru pakai Make Up.

Pakai juga setiap malam sebelum tidur untuk dapatkan kulit yang halus dan licin.

6. MENGANGKAT KULIT MATI DAN KOTORAN DI KULIT SERTA MENCERAHKAN KULIT

Mawar kaya dengan vitamin C, yang mampu memberi kecerahan kepada kulit secara semulajadi.

Sekuntum bunga mawar dan sedikit kunyit hidup di tumbuk lumat. Kacau sebati dengan sedikit susu segar dan tepek di wajah selama 30 minit. Kemudian cuci dengan air biasa. Amalkan seminggu 3 kali untuk kesan yang terbaik.

7. RAMBUT BERSINAR DAN REDAKAN GATAL KULIT KEPALA

Beberapa kuntum mawar di tumbuk lumat.
1/2 cawan air asam Jawa
1/3 cawan jus lemon atau limau

Gaul sebati dan lumur di kepala. Pakai shower cap biar 30 minit. Kemudian bilas dengan air biasa. Amalkan seminggu 2 kali. Migrain pun boleh lari kalau selalu amal resipi ni.

IKLAN

8. MAWAR TENANGKAN MINDA

Aroma mawar dapat membantu menaikkan Mood seseorang terutamanya wanita. Jadual kerja yang sibuk, memberi keletihan dari segi fizikal dan mental.

Jadi, salah satu kaedah warisan lama yang tidak patut dilupakan adalah dengan terapi mandi bunga.

Beberapa kuntum mawar
Beberapa kuntum melur
9 biji Limau dihiris dan diperah airnya
Beberapa daun sirih dan pandan direbus
Sedikit garam

Masukkan dalam baldi dan bersiram lah sambil niat baik baik.

Terapi mandian ini bukan sahaja memberi kesan menenangkan dan mengurangkan kebimbangan, tetapi juga menyegarkan minda dan badan.

9. KEKAL AWET MUDA

Orang lama suka minum jamu yang ada mawar. Ia bagus untuk kecantikan dalaman serta luaran

3kuntum mawar
1 ruas jari kunyit hidup
3 helai daun sirih
Sedikit daun inai

Rebus dengan 4 cawan air sampai mendidih. Kemudian tapis airnya. Tuang dalam cawan dan tambah sedikit madu dan minumlah sambil niat baik baik untuk keserian.

Boleh amalkan seminggu 2 kali.

Alhamdulillah, selesai 9 cara cantik dengan mawar. Apa apa pun kena la Istiqamah untuk dapatkan hasil . Selamat mencuba semua. Salam cantik dengan mawar.

sumber : Sarifa Redzuan II

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI