Ayam goreng antara menu kegemaran anak-anak atau dengan kata lain hidangan yang ‘wajib’ ada di atas meja. Menggoreng ayam tidak susah, namun untuk memastikan ia benar-benar masak ada kala ia menjadi masalah buat si ibu. Terutama sekali jika anda mahu ia lebih garing , malangnya  isi masih berdarah.

Bagi memastikan ayam yang digoreng masak sempurna di bahagian isi memang ada cara tertentu yang harus dilakukan.

Bermula daripada proses membersihkan ayam hinggalah teknik menggoreng, semua ada petuanya. Jom semak.

1.    Kelar dan kukus seketika

IKLAN

Cuci bersih ayam dan jangan lupa untuk kelar-kelarkan ia terutamanya pada bahagian paha ayam. Kemudian perasakan dengan garam dan kunyit dan kukus seketika.

2.    Gunakan minyak yang banyak

IKLAN

Sediakan kuali yang bersesuaian dan isi dengan minyak yang banyak. Pastikan semasa menggoreng, ayam tenggelam di dalam minyak sepenuhnya.

3.    Masak  bahagian yang sama

IKLAN

Asingkan bahagian berdaging dengan bahagian bertulang dan masak mengikut kumpulan yang telah dibuat tadi. Contohnya, jika bahagian berdaging dimasukkan ke dalam kuali, maka pastikan semua bahagian berdaging digoreng serentak.  Kemudian diikuti menggoreng bahagian bertulang pula sehingga habis. Ini untuk pastikan ia masak sekata.

4.    Pastikan api sederhana

Jangan sekali-kali menggunakan api yang besar untuk memendekkan waktu menggoreng. Memanglah ayam digoreng akan nampak kekuningan dan garing di bahagian luar namun bahagian isinya pasti tidak akan masak sempurna.  Sebaiknya gunakan api sederhana.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI