Mana tidak tumpah kuah kalau bukan ke nasi. Bagi yang baru pertama kali melihat anak Y.M Raja Azura Tengku Tajuddin tentu mengakui wajah anaknya sama dengan dirinya.
Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram, Raja Azura atau lebih mesra dikenali Kak Engku bersama anaknya, Engku Puteri Mia Maizura telah meraih perhatian wargamaya.
Video yang dirakam ketika hendak menghantar anaknya ke asrama sambil makan dalam kereta membuatkan para warganet membuat perbandingan.
Sambil mendengar anaknya memohon doa untuk kembali ke sekolah, Raja Azura juga memberikan nasihat kepada anaknya supaya berkelakuan baik.
Hantar…budak ni balik @_mia.ara_ Check in asrama. Jaga diri s.o.p
Jgn maciammm maciammm…semoga dipermudahkan insyaallah amin. Sibok pesan,windu ke. Jangan nangis.oh. Pesan paling shahduuuu. Belajor baby.
Rata-rata mengatakan dua beranak ini memiliki wajah yang sama! Malah ada yang mengatakan seakan adik beradik kembar.
Sumber: raja_azura
Matta Fair Dah Bermula! 300 Booth Tawar Pakej Murah Cuti-Cuti Dalam Dan Luar Negara.
Sudah dua tahun kita menghadapi pandemik dengan sekatan rentas sempadan negeri. Situasi ini memberi impak kepada mereka yang gemar bercutu bersama keluarga.
Namun setelah kerajaan membuat pengumuman membenarkan aktiviti sosial serta rentas negeri, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk berlibur.
Terbaru, penganjuran Pameran pelancongan terbesar di Malaysia, “MATTA FAIR 2021 bermula hari ini dan esok.
Dengan lebih 300 booth, pameran ini menyediakan pakej percutian menarik pada harga yang berpatutan
Bagi yang bercadang ke sana, pastikan mematahui SOP yang telah ditetapkan.
Manakala yang tidak dapat hadir boleh booking secara online.
Jadi inilah masa untuk anak merancang percutian bagi tahun 2022!
Nak tahu 300 booth tu sila datang ke Matta Fair hari ni!
Tarikh : 20 & 21 November 2021
Masa : 10.00 pagi – 8.00 malam
Tempat : World Trade Centre, Kuala Lumpur
Rancanglah percutian anda ke seluruh negeri dengan pelbagai tawaran pakej istimewa.
Apa lagi jom ke sana. Pilih destinasi buat keluarga anda.
Sumber: Matta Fair KL
Ini Sebabnya Kenapa Anda Perlu Pertimbangkan Sebelum Berhenti Kerja!
Berhenti kerja dalam zaman sekarang mungkin memerlukan anda berfikir berpuluh kali sebelum membuat keputusan. Ia bukan satu perkara mudah kerana tidak tahu apa yang bakal terjadi selepas itu?
Jika anda sudah pun mendapat kerja baru di tempat lain, mungkin perkara ini tidak menjadi masalah. Namun sebaliknya jika anda baru mahu mencari atau mendapat pekerjaan yang lain. Sudah tentu banyak persoalan yang perlu dipertimbangkan sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja.
Nah, kena fikir masak-masak dan ini empat perkara penting yang perlu anda titikberatkan sebelum berhenti kerja.
1.Keperluan Kewangan
Dalam apa jua situasi, kewangan seharusnya menjadi perkara utama. Lebih-lebih lagi pada zaman ekonomi sekarang. Pasti anda sudah memiliki beberapa aset seperti kereta dan rumah yang memerlukan pembayaran secara konsisten setiap bulan. Pada peringkat awal, mungkin wang simpanan boleh membantu tetapi secara tidak langsung ia tetap menambahkan bebanan.
Apabila terdesak, anda mungkin akan menerima apa jua jenis pekerjaan dan berhadapan dengan krisis kerjaya. Jadi jangan terburu-buru, sebaliknya buat perancangan sebaik mungkin. Anggap kerjaya sekarang sebagai tabung sambil mencari pekerjaan yang diidam-idamkan.
2.Cari Kegembiraan Dalam Pekerjaan
Bukan mudah untuk seseorang mendapat kerja yang diidam-idamkannya.ibarat bulan jatuh ke riba kaedahnya. Namun, jika sebaliknya jangan putus asa atau tetap menanti. Jika ada tawaran lain yang datang, jangan terus tolak bagi memastikan anda tidak menganggur dan dapat menanggung perbelanjaan diri.
Sebenarnya ramai yang senasib dengan anda dan berhadapan dengan dilema. Namun begitu, jangan bersedih sebaliknya cuba bekerja keras serta berfikiran positif. Buangkan rasa kecewa dan cuba bersyukur dengan rezeki yang diterima. Ia sedikit sebanyak akan membantu menjadikan mood kerja anda bertukar lebih baik. Mana tahu, lama-kelamaan anda akan jatuh cinta dengan kerjaya tersebut.
3.Lakukan Perancangan Terbaik
Jika anda mempunyai matlamat dalam pekerjaan yang diinginkan, gunakan masa lapang sebaiknya dengan mencari pelbagai informasi yang diperlukan. Proses mencari pekerjaan ideal memerlukan anda untuk melakukan sedikit penyelidikan. Kumpul sebanyak mungkin informasi tentang pekerjaan mahu pun syarikat tertentu agar anda sentiasa bersedia jika ada jawatan kosong.
Sudah menjadi lumrah, peringkat awal adalah begitu sukar untuk mendapat pekerjaan yang dimahukan. Bagaimana pun pengalaman pasti akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang diingini.
4.Lakukan Apa Yang Diminati
Setiap daripada kita sudah tentu mempunyai impian masing-masing yang ingin dicapai. Kenal pasti apakah ia dan bagaimana impian itu mampu direalisasikan. Walau pun begitu, ramai di antara kita yang hanya memasang angan namun tidak sanggup mengejarnya. Mereka lebih sanggup mengikut apa sahaja yang terhidang di hadapan mata tanpa mahu memikirkan perubahan yang mungkin menyusahkan diri sendiri. Jangan lepaskan impian itu namun dalam masa yang sama harus menjaga kerjaya sekarang agar tidak memudaratkan diri di kemudian hari.
Kurang Bersenam Punca Mudah Terjatuh Dan Cedera? Ambil Tahu Hal Ini!
Tahukah anda banyak kepentingan dan manfaat jika aktif bersenam. Salah satunya mengelak daripada mengalami masalah kerapuhan tulang.
Situasi ini jika tidak dikawal boleh menjadi punca mudah terjatuh sehingga mengakibatkan kecederaan.
Majalah Keluarga mendapatkan kupasan mengenai permasalah ini menerusi perkongsian tip yang di kongsi oleh Dr Sharizan Mohamed Yusoff, Pakar Ortopedik Wanita di Columbia Asia Setapak.
“Sebenarnya badan kita mempunyai sistem muskuloskeletal yang merupakan bahagian badan yang berfungsi bagi menyokong berat dan membantu pergerakan badan manusia.
“Sistem ini terdiri daripada tulang, sendi, otot, ligamen, tendon dan rawan. Sistem ini disokong oleh sejumlah 206 tulang, 230 sendi dan 600 otot yang membantu pergerakan tubuh yang stabil dan kuat ketika melakukan aktiviti.”
“Terdapat beberapa masalah yang sinonim dihadapi oleh manusia berkaitan sistem muskuloskeletal ini iaitu osteoarthritis, sarkopenia dan ostroporisis.”
“Osteoarthritis merupakan jenis arthritis (sakit sendi) yang paling kerap ditemui. Ianya disebabkan oleh kerosakan tulang rawan sendi akibat umur yang meningkat (rawan menjadi haus).”
“Rawan sendi berfungsi untuk menyerap hentakan dan juga melincirkan pergerakan antara dua permukaan sendi.”
“Sarkopenia adalah satu situasi atau keadaan yang terjadi apabila manusia kehilangan jisim badan, kekuatan serta fungsi otot.”
“Pengurangan jisim badan dan fungsi otot ini terjadi kerana terdapatnya proses penghancuran (catabolisme) dan pembentukan (anabolisme) di dalam sel otot.”
“Penyakit sarkopenia dapat mempengaruhi sistem muskuloskeletal tubuh sehingga berisiko tinggi menyebabkan penderitanya mudah terjatuh dan cedera.”
“Ostroporisis pula adalah penyakit berkaitan tulang yang akan berlaku apabila kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.
“Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.”
SIAPA BERISIKO?
Mereka yang berisiko tinggi menghidapi masalah sistem musculoskeletal ini boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan seperti berikut.
- Individu tidak mengamalkan pemakanan yang sihat yang boleh menyebabkan pengurangan nutrisi
- Individu yang tidak atau kurang melakukan aktiviti fizikal terutama mereka yang bekerja di pejabat dan kurang melakukan pergerakan
- Individu yang mengalami masalah penghadaman seperti radang usus yang boleh menganggu penyerapan nutrien
- Individu yang mengalami masalah kesihatan seperti kencing manis, kekurangan imun badan dan ketidakseimbangan hormon.
APA TINDAKAN ANDA
Konsep pemakanan sihat (healthy plate) atau Suku Suku Separuh amat sesuai dan berkesan untuk diamalkan.
Anda hanya perlu membahagikan pinggan anda kepada suku pinggan bijirin atau produk bijirin, semestinya bijirin penuh seperti nasi perang atau roti, suku pinggan ikan atau ayam, itik, daging mahupun telur serta separuh pinggan buah-buahan dan sayur-sayuran
Amalkan juga aktiviti senaman ringan bagi yang lebih berusia terutama bagi mereka yang berkerja di pejabat dengan kerap melakukan pergerakan seperti berjalan, menaiki tangga, tai-chi ataupun yoga.
Bagi orang muda, senaman yang lebih agresif agak sesuai atas faktor usia dan kekuatan yang boleh memberikan kesan yang lebih cepat dan baik antaranya latihan di gimnasium, muay-thai, berlari anak (jogging) atau mendaki bukit (jungle tracking).
Keluarga: Semoga kita kekal menjaga kesihatan diri termasuk menjaga pemakanan dan kerap bersenam supaya dapat melakukan rutin harian dengan sempurna.