Setiap kali bila kita dengar sama ada sanak-saudara atau kawan-kawan yang berpeluang menunaikan ibada umrah, hati kita seakan turut meronta-ronta untuk ikut sama. Tapi apakan daya, belum sampai rezeki kita lagi. InsyaAllah suatu masa akan tiba juga.

Apatah lagi bila ada yang berkongsi pengalaman manis ziarah di bumi barakah  di media sosial, seakan kita juga dapat merasai keistimewaan dan keseronokan berada di sana. Ini seperti mana perkongsian dari Dr Ahmad Samhan baru-baru ini yang berjaya mencuri tumpuan dengan mendapat 5.5K tanda suka.

Menurutnya jika berpeluang datang ke Saudi, ada 3 perkara yang dia tidak akan lepaskan begitu sahaja.

1. Makan daging anak unta
2. Minum air buah
3. Tempah jubah Saudi

Dr Ni Kongsikan Jika Datang Ke Saudi, 3 Perkara Ni Jangan Lepaskan Begitu Sahaja.  Buat Ramai Rasa Teruja & Tak Sabar Nak Pergi!

1. Kabsah Hasyi( كبسة حاشي)

Alang-alang datang buat umrah, saya takkan lepaskan peluang untuk makan daging anak unta di Mekah.

Daging unta memang susah nak jumpa di Malaysia. Kalau ada pun daging unta dewasa. Daging anak unta memang berbeza dengan daging unta dewasa.

Rasa dagingnya sangat lembut hingga boleh terbawa dalam mimpi!

Lokasi: كبسة حاشي
+966 53 740 8610
https://goo.gl/maps/Xv2wNrsXCWbs5EL18

2. Kedai Raydan( ريدان)

Dr Ni Kongsikan Jika Datang Ke Saudi, 3 Perkara Ni Jangan Lepaskan Begitu Sahaja.  Buat Ramai Rasa Teruja & Tak Sabar Nak Pergi!

Nasi dia memang lembut apatah lagi dagingnya. Juicy dan lerai dari tulang. Aduh, kecur pula air liur.

Lokasi:: Raydan Restaurants
+966 55 051 2452
https://goo.gl/maps/yi31PzhaoM8Avkeg8

3. Lamb Chef(خروف الشيف)

Dr Ni Kongsikan Jika Datang Ke Saudi, 3 Perkara Ni Jangan Lepaskan Begitu Sahaja.  Buat Ramai Rasa Teruja & Tak Sabar Nak Pergi!

Pernah makan daging khoruf?

Khoruf ni sejenis kambing juga. Kambing jantan muda. Ada juga sejenis kambing lain dipanggil Kibas. Nanti google la macam mana Khoruf ni.

Yang penting daging dia memang sedap. Di sini, dia hidang seekor Khoruf setalam. Kepala pun ada sekali. Tu dia!

Lokasi:
LAMB CHEF (MADINAH)
+966 54 502 0998
https://goo.gl/maps/ndcBgZXFdfu4z3oW6

Lamb Chef Restaurant( MEKAH)
+966 50 093 3382
https://goo.gl/maps/iCTuAtmQfraKKCyz6

IKLAN

4. Romansiah(الرومانسية)

Dr Ni Kongsikan Jika Datang Ke Saudi, 3 Perkara Ni Jangan Lepaskan Begitu Sahaja.  Buat Ramai Rasa Teruja & Tak Sabar Nak Pergi!

Disini memang sesuai untuk makan bersama keluarga. Tiada meja makan. Baru arab. Ala-ala cerita P. Ramlee.

Lokasi:
Al-Romansiah Restaurant( Mekah)
+966 9200 00144
https://goo.gl/maps/F4AhoqTSgWV9vXMy5

Alromansiah( Madinah)
+966 9200 00144
https://goo.gl/maps/ENChUJ6dNCL72CUz7

5. Hadramout(حضرموت)

Hadramout adalah salah satu negeri di Yaman. Kombinasi nasi dan daging menggunakan resepi dari Yaman memang tak pernah mengecewakan. Memang padu!

Semua kedai makan nasi arab ni buat delivery kalau tak mahu makan di kedai atau tak berkesempatan ke kedai.

Lokasi:
Hadramout Restaurant 2
+966 56 799 6822
https://goo.gl/maps/biFAWiGGSXZDYRYr5

Ok selesai bab nasi arab.

Rasanya tak lengkap kalau makan nasi arab tanpa pekena air buah. Ini kedai air buah yang wajib korang cuba. Mesti tak menyesal.

1. Dania Air Buah(دنيا العصائر)

Dr Ni Kongsikan Jika Datang Ke Saudi, 3 Perkara Ni Jangan Lepaskan Begitu Sahaja.  Buat Ramai Rasa Teruja & Tak Sabar Nak Pergi!

IKLAN

Di Madinah, kedai air buah paling tersohor adalah Kedai Dania.

Rasa pior buah buat korang termimpi-mimpi. 100% buah!

Lokasi: Dania juices
+966 50 009 5077
https://goo.gl/maps/x7ctMNfzRj38e1Er9

2. Vitamin(فيتامين عصائر)

Kalau di Madinah ada Dania, di Mekah ada Vitamin.

Buah-buah segar diperah dan dijadikan air buah. Nak campur-campur buah pun boleh. Ada 300 lebih menu air buah disini. Pergh!

Lokasi: فيتامين عصائر العالم
+966 55 700 0916
https://goo.gl/maps/Tn6N9pFrk2simRce8

Tempah Jubah

Dr Ni Kongsikan Jika Datang Ke Saudi, 3 Perkara Ni Jangan Lepaskan Begitu Sahaja.  Buat Ramai Rasa Teruja & Tak Sabar Nak Pergi!

Kalau datang Saudi memang saya tak beli jubah yang dah siap. Memang akan tempah. Jubah Saudi memang special. Pattern jubah yang lebih fit tapi selesa. Nampak lebih segak.

Nak custom kolar, butang, warna jubah, pattern jubah semua boleh. Lebih menarik, tempah jubah hari ini, esok dah siap!

Ada 2 tempat saya rekemen dan saya memang tempah disitu:

Di Madinah, ini kedainya. مشعل أنوار المدينة

IKLAN

Dr Ni Kongsikan Jika Datang Ke Saudi, 3 Perkara Ni Jangan Lepaskan Begitu Sahaja.  Buat Ramai Rasa Teruja & Tak Sabar Nak Pergi!

Di Mekah, ini kedainya. الوليد الراقئ الخياطة

Dr Ni Kongsikan Jika Datang Ke Saudi, 3 Perkara Ni Jangan Lepaskan Begitu Sahaja.  Buat Ramai Rasa Teruja & Tak Sabar Nak Pergi!

Saya tak pandai cakap arab, macam mana nak pergi tempat-tempat ni? Jangan risau.

Kalau di Malaysia kita ada Grabcar tapi di Saudi kita ada Careem. Download saja aplikasi ini dan taip tempat yang ingin dituju.

Kebanyakkan pemandu memang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Tapi kalau tak yakin, korang ajaklah mutawif teman. Lepas tu belanja la minum air buah. Takkan itu pun nak bagitau.

Boleh share untuk rujukan bila umrah nanti.

Moga bermanfaat!

 

Sumber : Ahmad Samhan 

 

 

ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

Dr Ni Kongsikan Jika Datang Ke Saudi, 3 Perkara Ni Jangan Lepaskan Begitu Sahaja.  Buat Ramai Rasa Teruja & Tak Sabar Nak Pergi!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI