Alhamdulillah saya berjaya membawa kesemua ahli keluarga iaitu abah, mama dan dua orang adik perempuan melancong ke Jepun pada Januari 2019 yang lalu.

Dua Beradik Ni Berpakat Buat Kejutan Bawa Mama, Abah & Adik Bongsu Yang Istimewa Bercuti Ke Jepun. Sungguh Terinspirasi!

Hakikatnya, impian untuk membawa seisi keluarga sentiasa ada sewaktu menguruskan percutian orang lain di Jepun. Siapa sangka, selepas 3 tahun berkecimpung dalam bidang pelancongan di sini, akhirnya saya berjaya juga membawa keluarga saya.

Kalau diukur pada kemampuan kewangan, jujur saya katakan sampai bila-bila pun saya tak mampu untuk bawa keluarga berjalan ke luar negara. Apa tidaknya, dianggarkan RM 36,000 kos yang perlu dibelanjakan kalau dilihat secara kasar. Itu pun, memandangkan saya mempunyai Mpv sendiri di Tokyo, jadi sedikit sebanyak dapat juga kurangkan kos untuk transportation.

Nilai yang cukup besar sebenarnya, namun wang bukanlah ukurannya. Saya yakin, Allah akan limpahkan lagi rezeki bagi setiap insan yang membahagiakan dan mengembirakan hati ibu bapa dan ahli keluarga, rezeki itu luas!

Pun begitu, bagi meringankan lagi jumlah kos yang dibelanjakan sepanjang 7 hari 6 malam kami di sana, saya dan adik perempuan telah berpakat untuk menampung separuh seorang. Dan kami juga tidak membenarkan abah dan mama membawa wang untuk berbelanja di sini. Semuanya ditanggung oleh kami berdua.Alhamdulillah semuanya lebih daripada cukup.

Kali Pertama Kenal perkataan ‘Salji’

Keterujaan bermain salji memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Malah adik bongsu saya iaitu Wan Nur Alami, 23 yang juga merupakan pemegang kad OKU, kelihatan terpaku melihat indahnya salji yang memutih.

IKLAN

Dua Beradik Ni Berpakat Buat Kejutan Bawa Mama, Abah & Adik Bongsu Yang Istimewa Bercuti Ke Jepun. Sungguh Terinspirasi!

 

Ketika dan saat itulah dia sebenarnya baru mengenali tentang perkataan salji. Kegembiraan yang dipancarkan di wajahnya cukup membuatkan saya terlalu gembira. Saya layankan sahaja reaksi keterujaan adik bongsu ketika itu, dan siapa sangka abah juga meluahkan rasa seronoknya dengan berguling-guling di atas salji.

Dua Beradik Ni Berpakat Buat Kejutan Bawa Mama, Abah & Adik Bongsu Yang Istimewa Bercuti Ke Jepun. Sungguh Terinspirasi!

IKLAN

Sungguh, situasi ini cukup istimewa saya rasakan dan akan saya kenang sampai bila-bila. Apa yang pasti, bila saya melihat wajah mereka, terutamanya abah dan mama ketawa kegembiraan, cukup membuatkan saya juga bahagia dan gembira.

Dua Beradik Ni Berpakat Buat Kejutan Bawa Mama, Abah & Adik Bongsu Yang Istimewa Bercuti Ke Jepun. Sungguh Terinspirasi!

Lebih bermakna lagi percutian kali ini, kami sekeluarga sempat juga menyambut hari lahir mama di dalam taman tema Disneyland. Suatu pengalaman dan peluang keemasan yang cukup terindah.

Kongsi Tip 

IKLAN

Benar, Jepun adalah negara pertama yang kami sekeluarga melancong bersama-sama. Kesihatan abah baik-baik sahaja sepanjang berada di sana. Walaupun umurnya mencecah 76 tahun, namun masih cergas berjalan.

Jika berniat untuk membawa ibu dan ayah yang berusia, disarankan sila buat persediaan dengan sebaik mungkin. Antaranya :

1. Kalau boleh, keluarkan lah modal sedikit untuk bagi keselesaan pada orang tua kita yang warga emas. Elakkan atau kurangkan penggunaan public transport kerana jarak berjalan yang banyak dan juga bilangan anak tangga yang terpaksa tempuhi.

2. Jika datang pada musim sejuk, pastikan pakaian secukupnya. Sekurang-kurangnya 4 lapisan dari therma layer, baju biasa, baju sejuk/knitwear dan jaket tebal. Jaket satu lapis yang nipis tidak sesuai untuk dipakai satu lapis sahaja.

3. Perbanyakkan makanan dari Malaysia kerana kebanyakan warga emas tidak boleh makan makanan yang pelik di luar negara. Sediakan makanan kebiasaan mereka. Beras jepun adalah seperti beras pulut jadi tidak semua orang boleh makan. Tambahan Jepun bukan negara muslim, jadi tidak semua tempat ada makanan halal.

sumber :Jeroong Wia

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI