Dibulan puasa ni, aktiviti makan kerang rebus selepas waktu berbuka menjadi trend di sesetengah tempat. Memang layan habis.
Pun begitu kerang dan makanan bercengkerang lain seperti siput sedut mudah terdedah kepada pelbagai kotoran sekaligus terdedah kepada keracunan makanan.
Mana tidaknya, kotoran yang tertinggal di dalam cengkerang ini jika tidak dibasuh dengan bersih boleh mengakibatkan keracunan makanan dan pada tubuh kita. Jika tidak pun, ada kesannya pada tubuh kita jika tidak dibasuh dengan bersih.
Selain membasuh cara biasa, ada banyak lagi kaedah lain bagi memastikan kerang dan siput sedut dapat dibersihkan dengan bersih dan selamat untuk dimakan. Bagaimana?
Hampas Kelapa
IKLAN
Bagi seput sedut, gunakan hampas kelapa yang sudah digunakan dan gaulkan bersama siput sedut ini. Ini cara pembersihan paling praktikal dan selamat untuk membersihkan siput sedut. Biarkan selama 30 minit dan kemudian bilas seperti biasa sebelum dibasuh.
Pilih Yang Segar
Baik siput sedut atau kerang pastikan kedua jenis makanan ini dibeli yang masih lagi segar. Jika sudah berbau baik jangan dibeli. Selamat. Selain itu nak pastikan kedua cengkerang ini masih lagi segar adalah dengan mengetuk cengkerang kerang pada permukaan mendatar dengan lembut.
IKLAN
Jika kerang itu tidak tertutup dalam masa beberapa minit atau kerang tersebut pecah dan rosak, kerang itu bukanlah kerang yang segar. Ketika merebus kerang, jika kerang tidak terbuka ketika dimasak, ia menunjukkan kerang itu sudah tidak segar atau sudah rosak. Buangkan sahaja kerang tersebut.
Rendam Garam
Garam memang banyak kegunaannya. Bagi kerang dan siput sedut, kedua jenis cengkerang ini haruslah direndam ke dalam air garam bagi membersihkannya. Bukan hanya bersih malah dapat buang segala racun dan bakteria yang terdapat di dalamnya.
IKLAN
Tos Kali Kedua
Apabila selesai merendam, keluarkan kerang sedikit demi sedikit dan toskannya semula. Jangan keluarkan kerang sekaligus kerana mungkin pasir akan tercampur sekali. Cuci kembali kerang yang dikeluarkan di bawah air yang mengalir.
Guna Serai
Anda juga boleh mengunakan beberapa batang serai yang ditumbuk. Caranya ialah dengan menggaulkan batang serai tadi bersama kerang di dalam air. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Hasilnya, kulit kerang akan lebih bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memandangkan anak-anak duduk dan belajar di rumah, pasti ibu-ibu nak sediakan menu yang membantu mereka sentiasa bertenaga kan. Asyik beli makanan ringan di luar tak bagus untuk kesihatan, apa kata ibu-ibu buat sendiri.
Jom cuba Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips ini. Mudah je nak buat, resipi yang simple 20 minit dah siap. Admin kongsikan resipi dari puan Syuhada Che Din untuk ibu-ibu cuba sendiri.
Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali. Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan :
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)
Cara-cara:
• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
• Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
* Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.
Selamat mencuba😋
Di dalam hidup ini Allah sayangkan kita, jadi apa yang berlaku kerana Allah sayang. Masing-masing punya ujian yang berat. Namun di sebalik semua itu, jawapannya hanya satu, kerana Allah sayang.
Demikian dengan apa yang berlaku kepada dua pasangan ini. Pernah terpalit kontroversi suatu ketika dahulu, namun aturan Allah tiada siapa boleh menduga. Kini mereka bersatu dan hidup dalam suasana harmoni.
Malah, dua buah keluarga ini juga cukup dikagumi akan hubungan baik antara mereka. Biarpun Norman Hakim dan Abby Abadi suatu ketika dahulu bergelar suami isteri dan kemudiannya berpisah. Lalu masing-masing bertemu dengan pasangan baru, namun hubungan mereka masih baik.
Tidak hairanlah banyak aktiviti dan program yang mereka lakukan bersama baik menonton wayang, menyambut kelahiran anak dan semalam keluarga besar ini telah bercuti bersama.
Ukhwah antara mereka sangat kukuh dan keharmonian hubungan cukup manis dan sejuk mata memandang.
Usah dikenang
Melihat keakraban Abby dan Memey bagaikan adik beradik, pastinya hubungan istimewa ini sungguh istimewa hubungan ini tanpa ada rasa prejudis kisah lalu. Gelak ketawa yang dipaparkan sudah jelas memaparkan hubungan mesra tanpa sempadan.
“Yang berlalu biarkan berlalu. Dah habis dah episod tu. Rasanya lama sangat dah berlalu. Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. Menuju masa depan depan yang lebih baik untuk kami dan anak-anak. Banyak perkara lain yang harus difikirkan daripada perasaan,” jelas Abby sambil ketawa.
Suami role model
Mengulas mengenai jalinan hubungan baik antara mereka, Memey Suhaiza mengakui mereka semua memainkan peranan masing-masing. Paling utama adalah demi kebaikan anak-anak.
“Semua yang berlaku ada hikmah dan dalam apa yang kami lakukan semuanya adalah demi pembesaran anak-anak memandangkan mereka masih kecil waktu itu. Saya sendiri memang dibesarkan dalam keluarga yang penuh penuh kasih sayang. Jadi, saya mahu perkara sama untuk anak-anak. Tak sangka ukhwah antara kami makin berkembang dan walaupun anak-anak sudah besar, hubungan kami makin erat. Semuanya berjalan lancar selain komunikasi antara kami juga baik.
“Yang kami titikberatkan adalah mahu bahagia sama-sama dan sebab itu kami sepakat. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ini nikmat yang saya peroleh dan berpeluang berada di dalam keluarga yang banyak sangat kasih sayang.
“Saya tahu orang diluar sana tahu kisah kami dan ramai yang tanya macam mana boleh baik dan bahagia macam ni. Semua yang berlaku sudah ditentukan oleh Allah dan kerana itu, bila orang tanya macam mana kami boleh serapat seperti sekarang, saya tak tahu nak cakap macam mana.
“Saya masih ingat satu momen, ketika itu kami tidak sebaik ini, kak Abby jumpa dan dia cakap kalau sayangkan suami pakai tudung. Waktu itu kami jumpa, bersalaman dan kak Abby peluk saya. Waktu itu kami tak pernah bertegur dan membawa haluan masing-masing. Teguran itu memberi kesan kerana suami saya sendiri sebelum itu beri kelonggaran dan tak memaksa. Sementelah ketika itu saya hanya fikir soal nak berlakon.
“Selepas ingatan kak Abby itu dan tak sangka ia beri kesan. Ditambah pula dengan suami juga selalu beri tunjuk ajar dan jadi role model buat saya. Bila tengok suami selalu solat awal waktu, malah solat dhuha dan tahajud jadi amalannya yang tidak pernah tinggal. Daripada situ jadi contoh dan buat saya sangat bersyukur kerana ini satu rahmat yang cukup besar untuk diri saya,” Ujar Memey yang membuka biacara awal tentang hubungan baik antara mereka sekeluarga.
Setiap orang ada ujian berbeza-beza, jadi dalam situasinya, akui isteri kesayangan Norman Hakim ini, dia sangat bersyukur kerana Allah sangat baik dengannya.
“Kak Abby sangat baik dan saya tak tahu nak cakap macam mana. Anugerah ini cukup indah buat saya. Malah, anak-anak tiri saya, Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10 pun baik sangat,”ungkap ibu kepada Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3 dan Mikayla Delisha Hakim, 3 bulan.
Aktiviti bersama
Ditanya mengenai aktiviti yang selalu dilakukan bersama, akui Memey itu antara rutin yang dilakukan jika berkelapangan.
“Kalau sibuk akan buat haluan sendiri. Tetapi kami selalu berkomunikasi dan berjumpa. Jika ada masa kami akan berkunjung ke rumah masing-masing. Biasa kalau berkumpul memang kami akan makan-makan atau berborak dan ada masa pergi bercuti bersama. Itu sudah menjadi rutin dan rancang untuk bercuti hujung tahun nanti selepas anak-anak cuti sekolah nanti.
“Yang paling teruja dan gembira pastinya anak-anak apabila tahu kami rancang macam-macam untuk percutian ini. Selain itu, saya dan Kak Abby selalu bantu antara satu sama lain terutama dalam hal anak,” jelas Memey yang mengakui rindu dunia lakonan dan bakal muncul dalam drama bersiri tidak lama lagi.
Sumber: Majalah Keluarga November 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat penggemar taufu lembut, jangan teragak-agak untuk menyediakan menu yang satu ini. Menyediakan menu ini bukan sahaja seisi keluarga berpuas hati dengan rasanya, malah tidak dinafikan tauhu lembut ini berkhasiat dan kaya dengan sumber protein. Jadi usah tunggu lagi jom ketahui cara penyediaanya melalui perkongsian daripada Nur Diyana.
Sesekali tekak orang Johor bila duduk di Pahang ni pasti rindu nak makan tauhu dan tempe.Puas juga kami pusing kedai jual kuih & goreng goreng waktu petang, ada penjual yang tercengang bila dengar saya tanya ada tak mana mana tempat yang jual Tauhu Gedik kat sini. Betul lah agaknya kan orang kata lain lubuk lainlah ikannya.
Sudahnya saya beli bahan bahan & masak sendiri je lah. Tak susah pun, lagi puas hati, rasa lembut tauhu, wangi sos ayam, crunchy dari kacang tanah dan sayur segar – memang kena dengan selera.
Resepi Tauhu gedik Sos Ayam ada saya tuliskan di gambar. Kawan kawan boleh la buat lepas ni. Selamat mencuba !
Bahan-bahan:
Tauhu lembut, lobak merah, timun, cili merah, cili padi, daun sup. halia, bawang merah, bawang putih, Kicap ABC, minyak, sos tiram, minyak bijan, lada sulah, gula, garam, ayam cincang dan kacang tanah hancur.
Cara Penyediaan:
Okay mula mula panaskan pengukus dan kukus lah tauhu lembut dalam 10 minit gitu je. Saya tak tanggalkan bekas asal tauhu, senang nak keluarkan nanti terbalikkan saja atas pinggan. Ok dah settle, kita buat sos ayam pula.
2. Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan isi ayam cincang. Nak guna isi ayam cincang Ramly tu terus pun boleh.
3. Bila ayam dah agak masak, ketepikan. Dalam minyak yang sama, terus je masukkan bahan tumis. Biar sampai kekuningan dan agak garing.
4. Ok bila ayam cincang dan bahan tumis dan bersatu, masukkan lah kicap, sos tiram dan minyak bijan. Gaul rata biar ayam tersalut semuanya.
5. Lepas tu,buh air sikit. Biar berkuah tapi jangan banyak sangat. Nanti jadi kuah sizzling pulak. Kalau suka kuah pekat boleh buh air bancuhan tepung jagung juga sikit. Saya tak letak pun.
6. Perasakan dengan garam,gula dan lada sulah ikut selera. Dah sedap semuanya boleh la tutup api. Sos ayam siap.
7. Potong pula bahan topping dia. Ikut la korang nak guna apa. Saya guna hirisan timun,lobak,daun sup, cili padi, cili merah dan kacang tanah kisar.
8. Dalam pinggan, terbalikkan tauhu, siram dengan sos ayam tadi kemudian taburlah bahan topping kat atas. Dah siap, boleh la dihidang. Makan macam tu pun sedap dah takyah nasi ke apa, tak percaya kawan kawan cuba lah.
Nak guna resepi ni untuk buat meniaga ke potluck kawan kawan ke atau nak makan sendiri pun boleh, saya halalkan.
Hati ibu mana yang tidak sebak apabila anak tersayang tidak lagi bernyawa sebaik disahkan meninggal dunia setelah menyertai aktiviti merentas desa.
Menurut laporan akhbar, seorang...