Siapalah antara kita yang selesa dengan adanya balckhead atau whitehead di wajah. Tentu semua rasa geram saja melihatnya. Lagi-lagi yang ada di bahagian hidung, dahi dan dagu. Kalau boleh ingin dipicit segera bagi menghilangkannya walaupun cara tersebut cukup  menyakitkan.

Usahlah sakiti kulit wajah anda lagi, sebaiknya gunakan petua ini yang lebih selesa dan selamat dipraktikkan untuk tujuan menghilangkan blackhead dan whitehead tersebut dan seterusnya menjadikan kulit wajah lebih lembut dan licin.

#1

Ais

Caranya balut kiub ais dengan kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap mungkin. Jika tidak sempat cuci wajah dengan air berais sekali sehari.

 

#2

Cuka Epal

Caranya campurkan cuka epal ke dalam air. Kemudian ambil kapas dan celupkan ia dan setelah itu barulah sapukan ke wajah. Biarkan kering dan bilas. Lakukan setiap malam selepas mencuci muka.

 

#3

Putih telur

Sapu rata putih telur di bahagian muka dan kemudian tekapkan tisu muka di seluruh wajah, biarkan kering. Setelah kering tanggalkan kapas tersebut dan kemudian barulah bilas wajah dengan air suam.  Lakukan dua kali seminggu.

 

#4

Scrub  gula

Gaul dua sudu gula bersama dengan minyak zaitun dan sedikit jus lemon. Sapu ke wajah dan biarkan selam 30 minit. Lakukan setiap hari untuk kesan yang lebih nyata.

 

#5

Timun

Langkahnya ambil jus yang diperah daripada sebiji timun dan rendamkan kapas ke dalam jus tersebut. Ratakan pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Lakukan setiap hari untuk kesan yang menakjubkan.