Bukan sekadar golongan muda, bahkan wanita berusia juga boleh bergaya. Usia tidak menghalang seseorang untuk tampil menarik dan cantik asal kena pada caranya.
Untuk anda yang mengalami masalah bintik hitam, cuba petua yang diamalkan oleh seorang wanita berusia 43 tahun ini. Dia hanya menyapu campuran tiga jenis bahan semula jadi selama beberapa minggu dan wajahnya kembali mulus, gebu dan cerah berseri.
Rahsianya mudah sahaja, dengan campuran halia segar, cuka dan madu, wajah serta masalah bintik hitam yang ada akan hilang dalam masa beberapa hari sahaja.
Bahan-bahan:
Halia segar dipotong nipis
Sedikit cuka
Sedikit madu
Caranya:
1) Cuci halia hingga bersih. Masukkan dalam satu balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut.
2) Simpan balang tersebut ke dalam peti sejuk selama satu hari.
3) Kemudian, keluarkan dari peti sejuk dan masukkan madu secukupnya dan gaul hingga ia sebati. Tunggu 30 minit.
3) Ambil potongan halia itu dan usap pada bahagian wajah yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit dan bilas dengan air suam panas.
Inilah masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi yang patut dicuba. Hasilnya dapat membantu kulit menjadi putih, gebu, cerah dan mulus tau. Jika mempunyai kulit muka yang sensitif, disarankan mendapat rujukan doktor terlebih dahulu.
Nor Farhatul Dilantik Sebagai Ikon YADIM Termuda, Tarik Minat Anak Remaja Cinta Al-Quran!
Bila melihat anak muda yang berjaya dan dapat mencipta nama, kita sebagai ibu bapa turut terinpirasi untuk mendorong anak-anak kita juga agar dapat mencipta kejayaan buat diri mereka suatu hari nanti.
Seperti apa yang dibuktikan oleh Juara Qariah Tilawah peringkat antarabangsa, Nor Farhatul Fairuzah Panut dan juga merupakan penuntut jurusan al-Quran dan Sunnah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini.
Baru sahaja berusia 21 tahun dan menjadi antara sembilan individu yang dilantik sebagai Ikon Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 2021-2022 sekali gus menjadikan dirinya ikon paling muda!
Melalui perlantikan ini, Nor Farhatul Fairuzah atau mesra membahasakan dirinya Farha menyifatkan sebagai satu amanah dan menerimanya dengan hati terbuka.
Berkongsi momen menerima watikah tersebut, Farha berkongsi beberapa keping gambar di akaun instagram miliknya serta mohon didoakan agar menjadi orang yang lebih baik dan dapat berkongsi manfaat dan kebaikan buat semua.
Alhamdulillah selesai program pagi tadi, atas lantikan ikon YaYasan Dakwah Islam Malaysia , rasa tak layak diri ini sebab ramai lagi yg lebih hebat dan layak utk menyandang perlantikan ini🤲🏻 doakan farha smoga menjadi orang yg lebih baik.. dan dapat berkongsi manfaat dan kebaikan buat semua💕
.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah di atas lantikan tersebut dan tumpang berasa bangga dengan pencapaiannya.
Sumber : Instagram @farhatulfairuzah
Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!
ARTIKEL MENARIK : “Orang Nak RM100,000 Kita Tak Jual…” Penjual Pokok Keladi Hiasan Ni Sayang Keladi Jenis Guine 916 Gold
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
“Minta Maaf Semua. Atas Nasihat Setakat Ini Sahajalah Saya Berkhidmat.” Ebit Lew Henti Sampaikan Sumbangan!
Kontroversi yang membabitkan pendakwah terkenal dengan kerja-kerja kebajikan ini semakin serius bila mana empunya diri memuat naik perkongsian memberitahu akan menghentikan segala usaha amalnya sepanjang Perintah Kawalan pergerakan (PKP).
Menerusi Facebooknya Ustaz Ebit Lew, memberitahu tidak lagi dibenarkan untuk memberi bantuan atas sebab pihak polis telah menerima aduan berkenaan usaha murninya. Beliau sangat sedih atas tindakan yang dikenakan terhadap diri beliau kerana niat beliau hanya mahu membantu golongan yang susah.
Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman.
Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat.
Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka.
Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner.
Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.
Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu.
Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau
“Siapa Kata Anak Kampung Tak Boleh Maju.” Hantaran Kahwin Buat Modal Bisnes, Wanita Ini Ubah Tapak Kilang Ayam Jadi Banglo Mewah
Kejayaan takkan datang bergolek andai tidak disusuli dengan usaha. Malah, dia membuktikan anak kampung juga boleh berjaya jika ada keinginan dan juga usaha.
Itulah yang ingin dikongsikan oleh seorang usahawan wanita yang berjaya mengubah daripada sebuah tapak kilang ayam, akhirnya terbinanya sebuah banglo mewah di situ.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang berjaya sebagai usahawan perniagaan ayam sehingga dapat mendirikan sebuah banglo mewah di Kelantan.
Amyza Ismail, 30, menceritakan kisah pahit manisnya selama 11 tahun menjalankan perniagaan bersama suaminya. Mereka telah berkahwin pada tahun 2008 ketika Amyza berusia 19 tahun manakala suaminya berusia 22 tahun.
Buktikan dulu depan mata
.Suprise selama setahun mek mendirikan mahligai cinta dalam diam tanpa upload kat fb tanpa bagitau rakan2 dan folower fb. Sebab apa mek selalu berpesan, berangan tak salah bercita2 tinggi juga tak salah tapi jangan bagitau org. Set minda kita diam2 aku nak usaha nak kejar cita2 aku matlamat aku.Buktikan dulu depan mata.baru sebarkan. baru ore salute kt kita.
sekarang mek dah buktikan impian dan cita2 mek yg ingin mendirikan banglo mewah diusia muda berjaya..
(Sinopsis kami anak kampung)
Siapa kata kahwin muda hidup sempit!!!
Siapa kata org xde sijil tinggi xbleh berjaya!!!
Siapa kata ank kampung xbleh maju!!!
Bermula kisah kami dialam perkahwinan bila imam jawab sah akad nikah…tanggal 3/1/08
Bantu mak di warung
Saat tue aku berusia 19 tahun dan suami berusia 22 tahun masing xde pekerjaan tetap …tp jodoh kami disatukan..
Aku cuma bantu mak aku berniaga diwarong dan laki aku bantu mak dia berniaga satay kt pasar malam …
Masing2 dr keluarga yg sederhana.. aku ank yatim mati ayah dr umur 9 tahun..
Lepas kahwin kami nekad nk buat bisness sendiri..bisness pertama kami berniaga satay dikaki lima kedai org …
modal dr hantaran kahwin…
Setiap hari Rutin harian pagi beli ayam tuk dijadikan satay tetiba terlintas nk berniaga ayam untuk tambah pendapatan..
Kami buat kedai dgn kayu hutan ditanah peninggalan arwah ayah aku …pagi berniaga ayam mlm kami berniaga satay.. bayangkan masa tue buat dua kerja letih yg amat tp kami bahagia dgn kasih sayang …jatuh bangun kami laki bini xpernah mengeluh…
tahun 2009 kami dikurnia seorang putri..
Bisness pun berjalan lancar kami kumpul aset ckit2 dr sewa upgrade ke rumah sendiri muatla 3 beranak dr kedai kayu hutan kami upgrade ke batu dr moto ke kereta blehla kami berteduh..
Dihalau dari tapak berniaga
Tahun 2011 Allah nk menduga kami
Kami dihalau dr tapak berniaga dan rumah kami krn tanah peninggalan arwah ayah bertukar milik kpd mak sedara aku .. tergiang2 lg ditelinga aku ketika arwah ayah aku nk menghembuskan nafas terakhir katanya Ayah bagi rumah dan tanah kt kakak ng adik Ermaa Ismail jagala elok2..
mcm mne bleh bertukar hak milik kt orang lain..hasil selidik arwah ayah beli tanah tanpa tukar nama dan tanpa buat surat hitam putih tiada bukti yg kukuh tanah itu milik ayah…masa tue Allah jer tahu kaki tangan mengigil sedih sebak terkejut xsangka mcm2 dlm otak ni kecewa darah daging sendiri aniaya aku..mereka inginkan 60k cash baru tanah tadi bertukar jd hak milik aku.. Allahu duit dlm poket cuma ad berapa ribu jer..mne aku nk cari.. bermula dr haritue kami mula menabung ..kami buat 4 kerja ..pagi aku letak satay yg siap bungkus dekat kedai2 kopi.. siap letak satay aku berniaga ayam.. laki aku trun pagi lepas siap satay dan ayam dia kerja bawak lori tanah sampai ptg malam kami berniaga satay ..makan tahun juga kami bertungkus lumus bekerja berniaga kami mampu byar lunas tanah ..urusan turun naik pejabat tanah dibantu oleh Sarimah Mustapha dan lawyer Ashiah Rahman Kak Yah
.. Alhamdulillah Allah betul2 permudahkan urusan sampaikan bertukar sttus hak milik digeran tanah..
Wang ringgit boleh putus saudara
Pengajaran dr pengalaman aku klu melibatkan harta tanah wang ringgit ank beranak adik beradik bleh jd putus jd letakla sedikit keraguan dan tidak kepercayaan untuk mengelak sebarang kemungkinan..
Allahuakbar kuasa Allah pemberi rezeki kpd org yg bersabar klu dh tertulis harta itu milik kita ia tetap akan jd milik kita…
Doa org2 teraniaya dimakbulkan…
Bina banglo idaman dalam usia muda
Sekarang dh 11 tahun kami berniaga dh mcm2 dugaan dan ujian kami tempuh alhamdulillah berjaya…
Sujud syukur diatas rezeki yg dikurniakan oleh yg Maha kuasa Allah SWT…air mata gembira mengalir di pipi tanpa sedar terasa macam mimpi anggan anggan jd kenyataan.. Siapa sangkakan dengan hanya berniaga tepi jalan berniaga dikampung.. kami suami isteri tidak mempunyai sijil tinggi buleh bina rumah banglo idaman dlm usia muda..
Dihina tak ada masa depan
hasil titik peluh kami terdirilah mahligai cinta kami… banglo idaman yg kami dirikan nie adalah tunai tanpa sebarang pinjaman..kami dirikan banglo impian kami dgn hasil dr pekerjaan yg selalu dihina oleh masyarakat ,dihina krn busuk krn tidak ada masa depan.. tidak seperti bekerja goverment yg diagung agungkan segelintir pihak…pekerjaan kami tiada pencen tiada kwsp tiada socso.bukan setakat setengah masyarakat malah ad sanak saudara serta keluarga juga pernah pandang rendah pd pekerjaan kami..
Tapi itu bukan alasan untuk aku dan suami menyerah kalah… kami nekad dan berjanji akan mengubah tanggapan yg dilemparkan bahawa pekerjaan kampung juga ad masa depan klu kita berusaha tanpa mengira masa tanpa penat dan lelah..sekarang umur aku 30tahun suami 33tahun kami dh byk kumpul aset2 yg bernilai seperti tanah2 lot,rumah,kedai sewa,lori transport, cawangan2 perniagaan…
siapa sangka kan tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa tahu… tujuan aku buat statement macam nie bukan nak riak atau nak bangga diri atau mengaibkan sesiapa tapi kami suami isteri ingin menyeru anak2 muda supaya berusaha jangan malu jangan segan jangan malas berniagalah apa pun sesuai dengan minat kita pedulikan kata2 buruk disekelili
Sumber: MyKelantanese, Nur Amyza Ismail