Bab cantik memang cukup sinonim dengan wanita. Sebut sahaja apa jua produk, petua mahupun tip, segalanya mahu dicuba. Janji hasilnya terbaik untuk kulit wajah dan tubuh.
Bagi mereka yang menghadapi masalah pori terbuka, pastinya hal ini akan menyebabkan kulit muka kadang-kadang nampak macam berlubang. Terutama di bahagian pipi, dagu dan hidung.
Banyak faktor sebenarnya yang menjadi penyebab pori terbuka. Salah satunya adalah sikap diri sendiri yang malas cuci kulit muka. Ini punca utama kotoran akan melekat dan tersumbat seterusnya liang roma menjadi lebih besar.
Tapi jangan risau, jangan stress, jom ikut petua mudah dari Mem Myrah menerusi #tipscantikmyfa ni.
Hanya dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi yang ada di dapur sahaja, boleh membantu menutup atau mengecilkan kembali pori di wajah anda. Cukup mudah, jom cuba!
Bahan-bahan
- 1 biji pisang
- 1 cup yogurt asli
- 1 sudu madu
cara membuat:
1. Haluskan semua bahan dan kacau rata sehingga campur rata.
2. Sapu masker pada wajah. Fokuskan pada kawasan pori terbuka.
3. Tunggu sehingga kering dan bilas dengan air bersih.
4. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan berkesan.
Tip cantik:
*Ketiga- tiga bahan ni banyak sangat manfaat untuk kulit muka.
*Lepas buat masker ni, jangan lupa sapukan Argan oil dam honey bee macam biasa sebelum tidur.
Lepas ni bolehlah keluar rumah tanpa mekap tebal untuk tutup pori itu. Selamat mencuba!
Tip Kemas Rumah Menjelang Raya, Begini Cara Mop Lantai Rumah Paling Tepat. Bukan Je Harum, Malah Kekal Bersih!
Menjelang raya aktiviti mengemas seluruh rumah menjadi keutamaan. Lantai boleh dikira sebagai perkara utama ibu-ibu kena berikan perhatian.
Lantai berminyak memang memerlukan cara dan teknik yang teliti. Walaupun sudah dimop dengan pencuci lantai namun kesan minyak akibat proses memasak sememangnya sukar untuk ditanggalkan.
Selain cara mop yang salah mungkin juga anda terlupa untuk melakukan empat langkah ini ketika mengemop lantai. Empat cara ini anda kena tahu bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini. Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang lama.
Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.
Langkah 1 -Air Panas & Cuka
Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.
Langkah 2 – Cecair Peluntur
Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.
Langkah 3 – Pencuci Harum
Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau bungaan seperti ros atau lemon. Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa. Mopkan keseluruhan lantai dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.
Langkah 4 – Air Bersih
Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.
Tip
* Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
* Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
* Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
* Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.
“Inspirasi, Tengok Ni Pun Jadi Semangat!” Target 100 Cincin Tercapai, Cara Wanita Ini Simpan Emas, Raih Perhatian Warganet
Geramnya tengok banyaknya cincin yang dimiliki wanita ini. Agaknya bila dijual tentu puluhan ribu. Nyata pelaburan emas boleh jadi menjadi keuntungan jika disimpan dalam tempoh jangka masa tertentu.
Statistik dan fakta telah terbukti. Hadith riwayat Rasululllah pun ada menyebut tentang pelaburan emas dan perak (dinar dan dirham) adalah simpanan yang baik.
Menarik dengan perkongsian Mat Isa Harisyah dengan koleksi cincin pelbagai bentuk sehingga menarik perhatian warganet. Katanya meluahkan rasa syukur setelah mencapai impian memiliki 100 bentuk cincin.
Jom lihat caranya membuat simpanan begini.
Idola!
Melihat foto berkenaan dan kapsyen kata-kata motivasi, warganet mula bersemangat untuk melakukan perkara yang sama setelah melihat pelbagai bentuk cincin dengan jumlah yang banyk dimiliki wanita berkenaan.
Sumber: Mat Isa Harisyah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bubur Sum Sum Manisan Dulu-dulu, Memang Sedap Rasanya. Nak Cuba Merasa, Ni Resipinya!
Bubur sum sum merupakan juadah tradisi yang mempunyai rasa lemak-lemak masin dan manis serta terasa lembut teksturnya bila dimakan. Biasanya ada juga yang menyamakan bubur sum sum ini seperti kuih lompat tikam yang berwarna putih dan hijau. Namun sebenarnya ia berbeza dan mempunyai rasanya yang tersendiri.
Kalau diikutkan bubur sum-sum ini ada ceritanya di dalam masyarakat Jawa. Bubur sum-sum ini sebenarnya menjadi hidangan rasmi bagi mengakhiri kerja-kerja kenduri kahwin untuk dihidang kepada jiran-jiran terdekat yang telah bergotong royong menjayakan majlis perkahwinan.
Jadi mungkin ada yang rindu untuk merasai keenakan rasa bubur sumsum ini, jadi apa kata anda sediakan sendiri dengan resipi yang dikongsikan oleh No Or ini. Bahan-bahannya pun tidaklah susah dan bolehlah dicuba.
BUBUR SUM SUM
Ada yang suka tak? Sedap dimakan sejuk-sejuk. Kombinasi rasa lemak dan manis bila masuk ke mulut, memang ‘heaven’. Di tambah dengan sedikit kerajinan untuk mengacau.
Okey, Jom tengok resepi kat bawah
Bahan-bahan:
4 1/2 cawan santan
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 sudu teh garam
Cara menyediakan
- Adun semua bahan, kacau dengan whisks hingga rata.
- Kacau adunan dalam periuk. Mula guna api yang kecil. Kemudian baru guna api sederhana hingga adunan pekat. Kacau jangan berhenti sampai lah adunan nampak berkilat & betul-betul dah masak.
3.Bila cukup masak, tuangkan di dalam loyang atau bekas yang disukai.
- Biarkan sejuk sebelum dihidangkan.
GULA SIRAP
1 cawan gula kabong saiz besar
1/2 cawan gula biasa
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
1 helai daun pandan
Cara menyediakan :
- Panaskan semua bahan, kacau hingga semua gula larut dan mendidih.
- Sejukkan. Kemudian tapis ke dalam bekas.
Untuk hidangan :
Tuangkan air gula ke atas bubur sum sum & bolehlah dinikmati.
Selamat mencuba.
Sumber : No Or
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club