Menyimpan pelbagai makanan dan bahan memasak di dalam peti ais adakalanya menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Ia bukan sekadar membantutkan selera tetapi juga boleh merosakkan kualiti makanan.

Berikut di kongsikan 5 tips jaga peti sejuk di rumah anda agar sentiasa bersih dan segar.

1. Gunakan Baking Soda

Hilangkan Bau Busuk Peti Ais Dengan Pantas, Guna Lima Bahan Ini Sahaja!

Untuk menghilangkan bau dari peti sejuk, anda boleh taburkan baking soda di tempat-tempat penyimpanan atau boleh juga memasukkan baking soda di dalam bekas atau tupperware kecil yang terbuka. Baking soda juga boleh di larutkan dengan air dan gunakan untuk membersihkan peti sejuk.

2. Gunakan Oatmeal

IKLAN

Hilangkan Bau Busuk Peti Ais Dengan Pantas, Guna Lima Bahan Ini Sahaja!

Sediakan sebuah mangkuk yang diisi dengan oatmeal. Lalu masukkan ke dalam peti sejuk. Dengan cara ini, bau tak sedap di dalam peti sejuk boleh di kurangkan atau hilang sama sekali.

3. Gunakan Biji Kopi

Hilangkan Bau Busuk Peti Ais Dengan Pantas, Guna Lima Bahan Ini Sahaja!

IKLAN

Letakkan biji kopi di beberapa sudut dalam peti sejuk anda. Dalam beberapa hari, bau peti ais anda akan hilang dengan sendirinya.

4. Gunakan Arang

Hilangkan Bau Busuk Peti Ais Dengan Pantas, Guna Lima Bahan Ini Sahaja!

Anda boleh menyimpan beberapa potong arang di dalam sebuah bekas terbuka dan letakkan ke dalam peti sejuk.

IKLAN

5.Cuci terlebih dahulu

Hilangkan Bau Busuk Peti Ais Dengan Pantas, Guna Lima Bahan Ini Sahaja!

Lakukan tindakan pencegahan mudah  iaitu cuci dahulu sayuran atau buah yang akan dimasukkan ke dalam peti sejuk dan pisahkan bahan-bahan makanan ke dalam kotak atau bekas tertutup.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI