Setiap kali memasak di dapur pastinya ibu-ibu akan menggunakan pisau untuk memotong sayur-sayuran, buah-buahan serta ikan mahupun ayam. Malah, ia merupakan antara peralatan dapur yang utama dan memudahkan kerja-kerja memasak dilakukan.

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi pisau yang digunakan untuk memotong ayam tidak berfungsi dengan baik dan potongan pada bahagian ayam nampak tidak kemas? Itu tandanya pisau anda sudah menjadi tumpul.

4 Kaedah ini mungkin dapat bantu pastikan pisau kekal tajam:

1. Pilih Pisau Anti Karat

Untuk memastikan pisau lebih tahan lama, pilih pisau yang mempunyai bahan anti karat. Pemilihan pisau stainless steel amat baik untuk memastikan jangka hayat pisau tahan dengan lebih lama. Selain itu, digalakkan untuk memilih pisau dari bahan keramik kerana ia memudahkan kerja mengasahnya menjadi lebih mudah.

IKLAN

2. Fungsi Pisau dan Kegunaannya

Mengetahui jenis pisau dan kegunaannya juga penting untuk memastikan ia mampu bertahan dalam jangka masa yang lebih lama. Sebagai contoh, pisau mempunyai berbagai jenis.Jadi, sesuaikan penggunaan pisau untuk tujuan tertentu seperti pisau untuk memotong daging, buah-buahan dan sayuran dan sebagainya. Kaji terlebih dahulu penggunaannya agar anda bijak memilih pisau yang bersesuaian dengan makanan pilihan anda!

3. Kebaikan Mengasah Pisau

IKLAN

Ibu-Ibu Ikut Cara Ini Jika Mahu Pastikan Pisau Sentiasa Tajam. Cukup Mudah, Guna 4 Kaedah Ini!

Untuk memastikan pisau sentiasa tajam dan berada dalam keadaan yang baik, jangan lupa untuk sentiasa mengasahnya. Pisau untuk memotong daging perlu diasah lebih kerap kerana ia berfungsi untuk kerja-kerja yang lebih berat berbanding pisau untuk memotong sayuran dan buah-buahan.

IKLAN

4. Bersihkan Pisau Setiap Kali Selepas Digunakan

Jangan sesekali malas mencuci pisau yang telah digunakan walaupun sekadar memotong sayuran. Sebaiknya, cuci pisau segera selepas digunakan dengan menggunakan sabun.Kemudian lap sehingga kering sebelum disimpan. Elak menyimpan pisau yang tidak dibasuh dan di tempat yang lembap kerana ia boleh menyebabkan ia mudah karat.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI