Apabila berlaku sesebuah kemalangan, pasti kita akan diserang panik nak-nak lagi bagi kaum wanita yang pertama kali mengalami situasi begini. Apakah yang harus dilakukan dan siapa yang patut dihubungi. mungkin waktu ini ada akan bluir seketika.

Yang penting tenangkan hati dan jangan panik. Jom ikut tip atau nasihat ini dikongsikan oleh Pengasas Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor . Cukup bermanfaat terutama kepada kaum wanita yang memandu keseorangan atau hanya ditemani anak kecil. Kena berhati-hati supya tidak ditipu atau diambil kesempatan oleh orang lain.

Ibu-Ibu Jangan Panik Jika Kenderaan Anda Dilanggar Dari Belakang. Ikut Tip Peguam Ini, Sangat Bermanfaat!

 


1 . Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kemera dan keluar daripada kereta anda
Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti steering lock, parang, peralatan yang di perbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh di tuduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam

IKLAN

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi

5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tidak mampu nak senyum padanya, tetapi janganlah terus memaki hamun kepadanya

6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing – masing akan cuba menyalahkan satu sama lain. Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya tak akan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain

7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya

IKLAN
Ibu-Ibu Jangan Panik Jika Kenderaan Anda Dilanggar Dari Belakang. Ikut Tip Peguam Ini, Sangat Bermanfaat!
Sumber Oh Media

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Just bagitahunya, dari segi undang – undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah di sebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi di ingatkan, tak perlu minta wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda
Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh – tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus

10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti

IKLAN

11. Jika dia berkeras tidak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tidak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh di anggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran

13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans kenderaan yang langgar kereta anda tadi

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan minta 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut

Mudah bukan ? Tak perlu gaduh – gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang – undang. Patuhilah undang-undang.

Moga informasi ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI