Bukan semua orang suka makan mi goreng. Baik anda sendiri, apa lagi anak-anak kecil kita. Punca adalah kerana rasa kapur yang terdapat di dalam bahan membuat mi ini. Rasa ini bukan sahaja tidak enak, malah buat hilang selera untuk menyuap kali kedua.
Walaupun direndam dan dibasuh berkali-kali, bau kapurnya masih lagi kuat. Inilah yang menyukarkan ibu-ibu untuk menyediakan mi. Justeru, anda boleh mencuba petua yang diberikan ini.
BAHAN-BAHAN:
Mi Kuning
Gula pasir
Caranya mudah sahaja. Selepas mi dikeluarkan daripada plastiknya, basuh mi kuning kemudian taburkan gula pasir di atasnya. Ratakan ke seluruh kawasan dan biarkan mi direndam selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan air yang bersih.
Selain itu, cara lain untuk menghilangkan bau kapur ini adalah dengan cara merebus mi itu sendiri. Jangan hanya mencelurnya tetapi merebuskan seketika selepas di basuh bersih. Selepas merebus, angkat dan toskan kemudian bilas sekali lagi dengan air bersih.
Selamat mencuba!
Anak Selalu Bergeser Gigi Ketika Tidur, Ni Saranan Dr Ibu Ayah Perlu Ambil Tahu!
Tabiat anak-anak ketika tidur suka mengetap gigi atau menggeser gigi kadang kala membimbangkan kita juga.
Jadi ada baiknya kita dengar penerangan daripada doktor ini untuk info bersama.
“Doktor, anak saya ni, kalau dia tidur malam, dia selalu geser gigi dia. Gruk gruk gruk! Bunyi dia. Takut saya dengar!”
Dalam istilah perubatan, ia dipanggil ‘bruxism’, iaitu pergerakan mengetap, menggesel atau/dan mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan di rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan.
Ia boleh berlaku semasa tidur, mahupun semasa terjaga (terutamanya sewaktu leka, atau berangan). Ia juga boleh berlaku pada kanak-kanak mahupun orang dewasa.
“Apa sebab dia? Ada orang kata, ni sebab ada saka. Bukan, kan?”
Bruxism ni ada banyak kemungkinan punca, antaranya:
◾Stres atau kebimbangan berterusan
◾Gigitan(occlusion) yang tak sempurna
◾Susunan gigi yang bermasalah
◾Masalah perubatan seperti Cerebral Palsy
◾Posisi badan yang tidak betul
◾Kecacingan
◾Perubahan hormon
◾Pengambilan alkohol dan dadah
“Bahaya tak? Kalau dibiarkan, apa kesannya, doktor?”
Sekiranya dibiarkan, ia boleh akibatkan:
◾Permukaan gigi haus
◾Gigi atau tampalan patah
◾Gigi terasa ngilu atau sakit
◾Sakit kepala
◾Sakit sendi rahang dan otot muka
◾Sakit telinga
◾Kualiti tidur terjejas
“Apa yang saya boleh buat untuk kawal?”
Boleh cuba perkara berikut:
◾Tuam tuala suam pada sendi rahang
◾Tangani stress dengan baik
◾Hentikan pengambilan alkohol
◾Jika masih berlaku, jumpa doktor
“Apa rawatan yang doktor akan buat, ya?”
Doktor atau Doktor Gigi mungkin perlu:
◾Ubah/Beri ubat
◾Tampalan semula gigi rosak
◾Occlusal splint (pelindung mulut) untuk dipakai pada waktu malam
Maklumat tambahan: Bruxism dilaporkan boleh berlaku pada kanak-kanak yang gigi susu mula tumbuh, dan ketika gigi kekal pula hendak tumbuh. Jangan risau, ia boleh hilang selepas gigi kekal sudah siap semua tumbuh keluar.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Cara Rawat Batu Karang Secara Semula Jadi Guna Tiga Bahan Sahaja. Lelaki Ini Kongsikan Petuanya Dengan Jus Lobak Putih.
Sakit batu karang tidak boleh dibuat main. Hanya yang pernah mengalaminya tahu betapa deritanya apabila penyakit ini menyerang.
Saudara Azrol Saad berkongsi petua dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Tiga bahan tersebut adalah Lobak putih, madu dan juga gula batu. Semua bahan digunakan bebas dari bahan kimia.
Jom kita baca mana tahu mungkin petua Jus Lobak Putih ini sesuai untuk anda yang bermasalah batu karang. Tak salah untuk kita ikhtiar kan.
JOM PAKAT KONGSI PETUA
Batu Karang….Syukur Ya Allah….Hasil lebih kurang sejam selepas minum lobak putih…..Ya ALLAH jauh kan lah aku dari segala penyakit….saya kongsikan sedikit petua dengan menggunakan jus lobak putih.
Bahan-bahan
-Sebatang Lobak putih
-3 Biji Gula Batu
-2 Sudu Madu
-sedikit air
Cara membuat:
-Bersihkan lobak putih..buang kulit nipis..sekiranya besar boleh di bahagi dua.jika kecil cukup la sebatang..
-Masuk kan dalam pengisar..Campur kan 3 biji Gula batu dan dua Sudu Madu lebah..tambah sedikit air masak untuk sekurangnya mendapat satu cawan jus lobak
-Kisar sehingga semua hancur..Selepas kisar tapis untuk asingkan hampas lobak..
-siap dan boleh terus di minum..di sarankan standby air masak secawan selepas minum jus lobak.
Credit : Azrol Saad
“Budaya Makan Dulu Kira Kemudian Bahaya.’ Buat Bajet & Periksa Harga Baru Layan, Itu Style Orang Cina Order Seafood Di Restoran!
Ikan Siakap menjadi bualan ramai apabila satu perkongsian mengenai harga yang perlu dibayar selepas makan ikan tersebut terlalu mahal.
Pelbagai persepsi timbul selepas ikan siakap menjadi tular , ada yang mengaitkan pengusaha restoran tersebut terlalu cekik darah, tak kurang yang menyelar pengunjung tersebut yang sepatutnya memeriksa terlebih dahulu harga sebenar ikan yang dipilihnya.
Saudara Tai Zee Kin berkongsi pandangan dan cara bagaimana budaya orang Cina yang akan membuat bajet terlebih dahulu sebelum berbelanja terutama waktu makan besar.
Ini cara orang cina order seafood di restoran.
1. Akuarium tepi restoran seafood, bukan galeri atau underwater world. Dia tidak kenakan caj tiket masuk. Itu tempat kalian pilih seafood segar.
1.5 Kalau anak-anak kecil ikut makan sekali, boleh bawa jalan-jalan tepi akuarium sambil ajar anak-anak nama ikan dan jenis ketam.
2. Sudut kanan (atau kiri) akuarium ada tanda tertera dengan jelas nama seafood (di situlah ayahanda saya mengajar nama dan jenis ikan) dan harga setiap 100g, 1kg, atau sukatan yang bersesuaian.
3. Tepi akuarium ada penimbang. Kalian boleh minta tauke untuk timbang sebelum makan, atau minta dia membuat anggaran berat.
4. Kalau tiada akuarium pun, orang cina akan terus order seafood ikut berat (kalau bukan harga tetap). Contoh, kalau kami order siakap, terus bagitau nak 1.5kg. Tauke akan tengok ada tak 1.5kg. Kalau tiada, tauke akan bagi anggaran julat keberatan.
5. Peminat seafood dah ada harga seafood darab keberatan dalam kunci kira-kira minda.
Orang cina tidak suka style makan dulu kira nanti. Bila budaya makanan restoran mamak mula berbuat demikian, banyak di kalangan orang cina kurang selesa. Zaman 2000-han, kedai mamak biasa minta pelanggan makan dulu, baru dia datang kira.
Budaya orang cina selalu kena buat ‘bajeting’ sebelum ‘spending’. Makan kedai pun sama. Kalau makan besar, siap hitung dulu, buat kiraan bajet, periksa harga betul-betul, baru layan.
Tabiat ini memang sudah terpahat dalam DNA kami.
Budaya ‘makan dulu, kira kemudian’ sangat bahaya, kerana ketidakselesaan ‘caj terlampau’ adalah tanpa kesalahan mana-mana pihak, ianya cuma akibat ketidaksepadanan kehendak (dengan izin, ‘mismatch of expectation’).
Isu siakap terlampau caj ini, bagi orang cina, jarang berlaku. Kami tertanya-tanya, kenapa tidak membuat kepastian berat ikan sebelum order? Kenapa tidak sebut sahaja ‘Siakap tu, bagi 1.5kg cukup’?
Saya bila buat tempahan ketam dulu, siap tawar menawar dari segi berat ketam dengan tauke sebelum turunkan order. Tiada masalah.
Ingat tatacara ini kalian, ‘Kira dulu, order kemudian’. Tak payah segan-segan. Segan dahulu, kesal kemudian.
Dalam hal ini, pelanggan tiada salah, restoran pun tiada salah. Restoran siap bagitau harga setiap 100g awal awal. Caj pun ikut harga per 100g. Pelanggan bagi kebebasan kepada restoran untuk anggaran berat ikan.
TAI ZEE KIN
ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club