Sememangnya biskut mudah menjadi lemau jika tidak disimpan dengan cara yang betul. Pastinya tidak enak lagi untuk dimakan untuk kali yang kedua.

Bagi  mengatasi masalah ini, apa kata anda mencuba teknik ini. Hanya gunakan gula pasir dan balang kedap udara.

Caranya amat mudah.

1. Bersihkan balang dan tabur sedikit gula pasir ke dalam balang berkenaan.

2. Kemudian masukkan biskut dan tutup balang hingga ketat. Hasilnya biskut yang disimpan dalam balang akan kekal rangup dalam jangka masa yang lama.

Selepas ini, pastinya biskut raya yang anda sediakan akan tahan lebih lama keranggupannya untuk sebulan sepanjang Syawal nanti. Selamat mencuba!