Kalau sebut daun pandan, selalu sangat kita kaitkan dengan naikkan aroma makanan. Sedapkan nasi lemak atau bancuhan air sirap kenduri, wajib ada daun yang satu ni.
Jarang pula kita dengar daun pandan boleh segarkan muka, apa lagi redakan jerawat? Ya itulah kelebihan daun yang satu ini.
Jangan tak tahu, daun pandan juga mampu menyegarkan tubuh badan. Buatkan air rebusannya dan amalkan minum ketika suam. Kali ini jom cuba daun pandan sebagai masker pula. Muka pun cantik, jerawat pun hilang. Jom cuba.
Bahan Masker
/2 sudu teh air perahan daun pandan
1/2 sudu teh madu asli
1 biji pisang
1/4 sudu teh minyak zaitun
1/2 biji limau nipis
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan sehingga sebati dan biarkan selama kurang lebih 5 minit.
2. Masukan minyak zaitun ke dalam campuran.
petua ni.
Cara menggunakannya:
Sapukan masker ini pada wajah dan leher. Gunakan masker ini 2 kali seminggu.
Sumber : Petua Ibu
Ni Rahsianya Nak Glowing Cara Semulajadi.
Jika bercakap tentang kegunaan kunyit, kita semua maklum bahawa kunyit ini digunakan sebagai ramuan atau bahan utama untuk menggoreng ikan, udang, ayam dan sebagainya.
Pun begitu, tahukah anda jika kunyit, digabungkan bersama madu dan susu ia sangat bagus untuk mengatasi masalah kulit yang kusam, selain dari memberi efek glowing kepada kulit muka.
Ini serba ringkas bahan dan cara yang diperlukan untuk menghasilkan masker muka dari kunyit, madu dan susu yang dikongsikan oleh Kak Lynn.
Bahan-bahan :
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu madu
1 sudu susu
Cara buat :
- Campurkan kesemua bahan dan gaul hingga sebati.
- Sebelum sapu masker pada muka, bersihkan muka terlebih dahulu dengan pencuci muka.
- Bilas muka seperti biasa dengan air suam supaya liang pori terbuka, bagi memudahkan nutrien lebih menyerap ke dalam lapisan muka.
4. Sapukan masker tadi di muka secara menyeluruh. Biarkan 10 minit nutrien masker meresap.
5. Bilas muka dengan air sejuk dan cuci dengan pencuci secara nipis.
“Amalkan selalu masker ini untuk dapatkan hasil muka lebih berseri dan glowing.”
Sumber : Siti Azlina Lynn
Idea Superb Bersihkan Rumah Tanpa Guna Pencuci Yang Mahal, Gunakan Bahan Di Dapur Je. Mudah &Jimat!
Sebenarnya, tidak semua kotoran yang melekat pada barangan rumah hanya boleh ditanggalkan dengan menggunakan pencuci yang mahal.
Sebaliknya, ada saja bahan yang mudah dan murah yang boleh berbuat demikian. Jom belajar cara mudah untuk melakukan pembersihan tanpa mengeluarkan belanja yang mahal!
Cuka gebukan tuala
Jika tuala anda mula bau hapak atau pun tidak lagi gebu seperti mula-mula anda membelinya, rendamkan tuala anda dalam air bersama cuka. Ia akan kembali pulih seperti baru dan tiada lagi bau yang kurang menyenangkan.
Hilangkan kesan pada meja
Tidak perlu membeli meja yang baru untuk menggantikan meja yang sudah ada corak baru akibat kesan cawan yang melekat pada meja. Anda hanya perlu menggunakan campuran minyak zaitun dan garam untuk menghilangkan kesan tersebut. Ia akan kembali bersih seperti meja kopi yang baru.
Bersihkan ketuhar gelombang mikro
Panaskan air dan jus lemon atau cuka selama 5 minit dan biarkan ia sejuk seketika. Kemudian lapkan ketuhar gelombang mikro dengan menggunakan campuran tersebut. Memang kotoran yang melekat di dinding ketuhar akan hilang dengan mudah.
Gosok besi karat dengan ubat gigi
Jika anda ada besi berkarat atau pun kotoran karat melekat pada barangan anda, gunakan ubat gigi kerana floridanya mampu menghilangkan kotoran tersebut. Anda boleh gunakan kain buruk atau berus gigi untuk membersihkannya. Memang mudah.
Minyak bayi untuk kotoran berminyak
Letakkan semburan kimia dan keluarkan kain buruk dan minyak bayi untuk membersihkan kotoran yang berminyak. Bukan hanya mampu membersihkan, malah dapat membuatkan barang anda Nampak bersinar.
Bersihkan kotoran di permaidani
Letakkan kain lembab pada kotoran tersebut dan tekankan seterika dengan suhu yang tinggi. Cara stim ini akan menghilangkan kotoran tersebut. Mudah saja kan.
Atau boleh cuba tip ini. Taburkan soda penaik dantepung jagung di atas permukaan permaidani dan biarkan ia selama 15 minit. Setelah itu, vakum seperti biasa. Kaedah ini dapat membantu anda membuang kotoran dan menghapuskan bau yang tidak menyenangkan di rumah.
Menghilangkan kesan karat di bilik mandi
Anda boleh menghilangkan karat di jubin seramik di dalam bilik mandi dengan menggunakan campuran cuka dan serbuk penaik. Tuangkan campuran ke tempat yang terjejas dan biarkan larutan selama beberapa minit. Bilas dengan air dan lap jubin dengan kain kering.
Lantai bersinar
Kaedah yang sesuai untuk membersihkan lantai dari material kayi adalah dengan campuran cuka dengan air. Campuran ini dapat membuatkan lantai anda kelihatan bersinar. Hanya campurkan 1/4 cawan cuka ke dalam 1 liter air dan anda boleh menggunakannya sebagai pencuci lantai. Jika lantai anda dari material jubin, gunakan air yang mendidih untuk membersihkannya.
Menghilangkan bau busuk
Untuk menghilangkan bau di dalam peti sejuk anda, gunakan campuran jus lemon dan air untuk mencuci peti sejuk anda. Anda boleh menambah soda penaik pada campuran tersebut. Ini akan memudahkan proses menghilangkan kotoran.
Bersihkan pintu bilik mandi dan dinding jubin
Salah satu cara untuk menghilangkan kesan air dan cendawan dari jubin dan pintu kaca adalah dengan menggunakan soda penaik atau lemon. Celupkan berus gigi basah ke dalam soda penaik dan gosok grout jubin sehingga bersih. Apabila anda sudah selesai, basuh jubin dengan air bersih. Untuk seminggu sekali, gosok permukaan jubin dan pintu kaca dengan separuh lemon dan biarkan selama10-15 minit, bilas dengan air dan lap sehingga kering.
Buat Krim Pemutih Sendiri Di Rumah. Ikut Cara Ini. Confirm Selamat!
Kulit putih, itu yang menjadi idaman setiap wanita. Sehinggakan sanggup berbelanja ratusan bahkan ribuan ringgit demi mahu nampak cantik.
Lagi pula tidak semua produk di luar sana sesuai dengan kulit wajah. Ada yang lebih teruk lagi sesetengah pemutih menggunakan bahan yang tidak sesuai dan adakalanya memberi kesan pada kulit wajah kita.
Tak payah pening kepada, apa kata anda cuba sendiri petua membuat pemutih krim ini di rumah. Yang pastinya ia lebih selamat dan kos yang digunakan juga tidaklah besar. Paling penting tak ada bahan kimia. Jom kita cuba!
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji sengkuang saiz sederhana
- 3 sudu makan air lemon
- 1 sudu makan madu atau minyak zaitun
- 1 gelas air
Langkah Membuatnya:
- Cuci, kupas dan parut sengkuang. Masukkan ke dalam bekas berisi air, ramas-ramas hingga warna air berubah menjadi pekat.
- Kemudian tapis dengan penapis dan perah untuk mendapatkan ekstraknya.
- Simpan sengkuang tadi dalam peti sejuk semalaman.
- Keesokkan harinya anda akan dapati ada mendapan atau ekstrak putih dari pati sengkuang.
- Buang air yang ada di permukaannya dan ambil mendapan itu saja.
- Kemudian masukkan air lemon, madu dan kacau hingga sebati dan jadi krim.
- Masukkan krim ke dalam bekas yang sesuai dan siap untuk digunakan.
Gunakan krim ini sebagai krim pelembab muka dan pakai secara teratur iaitu 2 kali sehari. Dalam masa satu minggu, anda akan dapati kulit anda lebih putih, bersih dan halus.