Tidak dinafikan sepanjang hari raya ni,  pelbagai juadah yang enak-enak dihidangkan.

Dan kita sebagai tetamu tentu sahaja membuatkan terbuka selera untuk menjamah hidangan tersebut. Hinggakan bukan sekadar merasa,  malah ada yang makan bertambah hingga kekenyangan.

Bila itu yang anda telah lakukan sepanjang dua tiga hari ini,  rasanya tiba masanya untuk anda kembali amalkan detox agar lemak degil di dalam badan dapat disingkirkan.

Jika tidak bimbang juga berat badan akan bertambah tanpa disedari!


Jom kita detox untuk kulit berseri! Selera makan tak menjadi-jadi, lemak pun terhakis!

IKLAN

Bahan – bahan :

Jika Banyak Makan Ketika Beraya,  Segera Buang Lemak Dengan Detox!Air masak : Dah pastilahhh sangat elok untuk badan & kecantikan muka

Timun : Tinggi anti oksida, hidrasi & membantu legakan kulit dan lembap! Psstt timun boleh kecikkan & keringkan jerawat. Parut punn makin pudar. Pori-pori? Makin tertutup!

IKLAN

Lemon atau Limau Nipis : Ada asid yang baik untuk cuci bersih segala kotoran dalam badan, toksin & hilangkan berat badan!

Serai : Membuang toksin dalam badan, tekanan darah & kurangkan kolestrol

Halia : Buang angin & toksin, kulit halus mulus, naikkan seri muka dannn boleh hilangkan STRESS!

IKLAN

Cara :

1. Potong semua bahan & masukkan dalam air
2. Simpan dalam peti sejuk – 3 jam

Jika Banyak Makan Ketika Beraya,  Segera Buang Lemak Dengan Detox!3. Siap! Boleh minum tak kisah berapa kali sehari.

Sumber: Resepi orang kampung

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI