Bila bercerita perihal sakit gigi, hanya yang pernah alami sahaja tahu rasa sakit yang ditanggung. Hinggakan kata orang, sakitnya itu mengatasi rasa orang nak bersalin. Walau apa pun perumpamaan rasa sakit itu, apa yang pasti ingin segera diubati.

Untuk itu, disertakan beberapa petua yang boleh dipraktikkan untuk menahan rasa sakit sebelum berjumpa dengan doktor gigi.

1. Celup putik kapas dengan cuka epal dan sapu di bahagian gigi yang sakit.

2.  Amil gel pokok aloe vera dan letakkan pada bahagian yang sakit.

3. Tumbuk hancur cengkih dam letak pada bahagian gigi yang berlubang atau sakit.

4. Bakar bawang putih seketika dan kemudian tuamkan pada bahagian yang sakit.

5. Berkumur dengan  air suam yang dicampurkan dengan garam.

6. Mengunyah daun jambu juga boleh meredakan rasa sakit gigi.

7. Lakukan urutan dengan ais di bahagian pipi dan rahang untuk mengurangkan rasa sakit gigi yang dialami. Lakukan berulang kali agar terasa selesa.   

8.  Minyak berangin juga apabila digosok  pada bahagian luar (pipi) dapat meredakan rasa sakit yang ditanggung.

9. Ubat gigi juga bila diletakkan di bahagian gigi yang berlubang. Cara ini dapat merawat rasa sakit gigi di peringkat awal.

10.  Daun sirih mengandungi antiseptik yang dapat membantu meredakan kesakitan yang dirasai. Caranya dengan rebus daun sirih dan biarkan suam, kemudian barulah berkumur dengan air tersebut.