Lasagna mungkin sedikit ‘renyah’ bagi anda yang pertama kali mencuba menu istimewa dari Itali ini. Namun, sebenarnya ia cukup mudah disediakan. Apa kata untuk minum petang hari ini, anda pikat selera keluarga dengan lasagna Selamat mencuba!
Bahan-bahan
12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping cheese keping
1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
1 cekak daun sup
1 biji cili merah (dihiris)
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 cubit garam dan gula
Inti Daging
Cara membuat:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan daging, masak hingga daging empuk.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan cili merah.
6. Masak sehingga daging masak dan kering. Ketepikan dan biar sejuk.
Lasagna Roti
1. Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter.
2. Pukul telur dengan susu sehingga sebati.
3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun dlm bekas sehingga penuh.
4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
5. Susun slice cheese ke atas daging.
6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
7. Akhir sekali tabur grated Mozzarella kat lapisan atas sekali.
8. Jika ada lebihan telur siram di atas roti.
9. Bakar dalam oven pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.
Kredit :
resepi : Blog zonewanita (Mimie Ali)
Ini Rahsianya Nak Dapatkan Rasa Berlemak Lempeng Kelapa! Sesuai Buat Makan Petang Dengan Keluarga
Selalu kalau masak kari atau sambal tumis, mesti teringat cicah lempeng pun sedap kan? Bertambah sedap kalau lempeng tu, lempeng kelapa. Lemak lembut lempeng tu bergandingan dengan kuah tadi memang marbeles!
Nak buat lempeng kelapa, ada caranya untuk dapatkan yang berlemak lembut dan manis. Petuanya iaitu jangan kedekut nak letak kelapa dalam adunan! Barulah terasa kelapanya, ye dak?
Nak cuba? Ikut saja resipi penuh di bawah yang dikongsikan oleh Jejaka Brownies.
RESIPI LEMPENG KELAPA PARUT LEMAK MANIS
Bahan-bahannya:
Kelapa parut 250gm
Tepung gandum 500gm
Baking powder 5gm
Garam 1 sudu kecil
Gula 150gm (boleh tambah)
Telur 2 biji (optional)
Air biasa (sukatan agak-agak)
Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas kecuali air dan campurkan bagi serata. Akhir sekali baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sedikit likat (cair sedikit dari adunan cekodok).
2. Setelah adunan siap, panaskan kuali dan sapu minyak pada permukaan kuali. Bila kuali dah panas kecilkan api lalu masukkan adunan dan leperkan menggunakan belakang sudu.
3. Tunggu bahagian bawah menjadi sedikit perang, bolehlah terbalikkan.
4. Siap, selamat mencuba!
Petua: Jangan kedekut kelapa parut barulah lempeng jadi sedap dan berlemak
Sumber : Jejaka Brownies
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Stress Tengok Almari Tinggalkan Kesan Kulat, Begini DIY Paling Mudah Hindarkannya, Ibu-Ibu Kena Praktik Ni!
Kesan bintik-bintik kulat sering berlaku pada perabot dan almari di rumah kita. Kadang-kala geram juga bila kesan kulat ni mula timbul pada buku-buku yang terdapat dalam almari.
Kulat ini sebenarnya timbul daripada air yang terdapat dalam udara di rumah kita. Sebab itulah adakalanya rumah kita sentiasa berbau lembap dan kurang segar.
Perkongsian saudara kita, Bijen Mohd, mengenai masalah kulat ini menarik untuk kita baca. Paling menarik perkongsian dan petua yang digunakannya untuk serap semua air amatlah mudah. Guna bahan simple saja. Jom cuba!
Ehem! Kali ni kita cerita pasal dehumidifier DIY. Waktu mengemas rumah, korang mesti pernah hadapi situasi almari yang ditumbuhi kulat berupa habuk-habuk halus di permukaannya. Lainlah kalau rumah korang standard rumah orang kaya pakai perabot jati, cengal, meranti saja. Heh!
Kulat ni memang biasa sangat tumbuh lagi-lagi kalau musim hujan. Ditambah pula kalau korang sidai baju guna ampaian dalam rumah. Memang seronoklah kulat ni membiak dengan jayanya di permukaan almari korang.
Selalunya pembiakan kulat ni terjadi pada permukaan almari jenis murah. Senang cerita almari yang dibuat dari habuk kayu. Sebab apa? Sebab almari jenis ni mempunyai kadar serapan kelembapan yang tinggi.
Bila kayu lembap ditambah dengan pengudaraan yang kurang memuaskan dan hawa lembap bilik yang tinggi, makhluk bernama kulat ni aktiflah buat kerja.
Cara termudah untuk mencegahnya adalah dengan menggunakan dehumifier. Contohnya mesti korang pernah dengar ‘Thirsty Hippo’ kan?
Cumanya penggunaan ‘Thirsty Hippo’ tidaklah begitu praktikal di tempat-tempat yang sempit dan dalam kuantiti yang banyak. Lepas tu bila air dah penuh, terpaksa buang dan beli baru pula.
Sebagai alternatif, kita gunakan gel silika. Pek gel silika ni korang biasa jumpa dalam kotak kasut, botol vitamin, beg baru beli dan sebagainya. Andai dapat ku undurkan putaran dunia, nescaya saya dah kumpul pek gel silika ni dari kecil untuk buat
koleksi.
Tapi tak apa, masa depan masih boleh diubah. Korang boleh dapatkan gel silika timbang kilo di Lazada. Saya beli sekilogram di sana dengan harga RM65. Saya beli yang jenis berwarna biru kerana ia akan berubah warna menjadi merah jambu bila kandungan air
yang berjaya ditariknya tinggi. Jadi mudahlah saya nak tahu bila masanya untuk panaskan semula gel silika ini.
Namun oleh kerana hati saya tidak sabar-sabar menunggu pengeposan dari pihak Lazada, saya telah pergi menyerbu kedai menjual barangan kucing di sini. Haha!
3 Barang Yang Diperlukan
Di kedai ini anda boleh mendapatkan kristal silika dengan harga yang lebih murah. 1.8 kg pada harga RM18. Hehe! Tanya orang kedai, nak kristal berak kucing. Kah!
Kristal ini sebenarnya adalah alternatif kepada pasir tempat kucing berak tu. Ianya dibuat dari gel silika dan berfungsi memerangkap air dari najis kucing. Jadi najis yang dilemparkan oleh kucing nanti akan jadi ‘odorless’ sebab dah kering dengan
cepat.
Saya beli sepeket dan cari bekas ‘tupperware’ plastik.
1. Masukkan kristal tadi ke dalam bekas plastik sebanyak mana yang diperlukan dan tebuklah lubang menggunakan pin di penutupnya. Kristal yang dah siap dipek. Bekas dadih boleh, bekas kek coklat moist boleh, bekas lada sulah pun boleh.
2. Jangan lupa tebuk lubang di penutupnya untuk kesan optima. Gunakan saja pin. Bila dah siap tu, korang letaklah bekas tadi di tempat yang sering dijangkiti kulat.
3. Nak lebih kreatif, korang cari stokin yang dah tak pakai, korang sumbat kristal tu masuk dalam tu dan jerut. Stokin tu korang lemparlah dalam ‘storage box’ ke, dalam kasut ke, dalam beg ‘luggage’ yang dah lama tak pakai ke suka hati koranglah.
4. Cara lain, boleh juga ‘packing’ dalam plastik yang di-‘seal’. Tapi jangan lupa tebuk pula. Kalau tak, dia nak sedut air macam mana kan?
Sebagai langkah pencegahan, saya gunakan spray ni untuk lap permukaan kayu lepas dah bersihkan semua kulat tu.
Lepas tu tengoklah kadar kerajinan korang. Setahun sekali ke, setahun dua kali ke, kumpulkan balik semua kristal tadi dan panaskan di atas kuali atau di dalam ‘microwave oven’ untuk menyahkan air yang berjaya diperangkapnya. Boleh dikitar semula
bhai. Jimat belanja!
Okeylah! Korang layan dulu gambar-gambar cara nak buat dehumidifier DIY ni. Moga-moga, korang dah tak dihantui lagi oleh kulat
yang menyeksakan hidup ni. Haha!
Kredit: Bijen Mohd
Ramai Masih Terkesan, Harap PM Lulus KWSP 2.0 Bersasar, FB Dr Asyraf Diserbu Warganet!
Ramai Masih Terkesan, Harap PM Lulus KWSP 2.0 Bersasar, FB Dr Asyraf Diserbu Warganet!
Baru-baru ini tular di media sosial bahawa orang ramai mahu pengeluaran Wang Simpanan Kumpulan Pekerja (KWSP) secara bersasar dibenarkan. Ramai berharap supaya Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob memberikan kelulusan permohonan berkenaan.
Menerusi statusnya di facebook, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan perkara itu disampaikan menerusi Pemuda UMNO kepadanya dan komen-komen di media sosial.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Dr Asyraf juga turut bertanya siapakan yang memerlukan inisiatif KWSP Bersasar.
“Ramai yang mesej peribadi mahupun komen di status peribadi saya memohon Pemuda UMNO bersuara sebagaimana sebelumnya dalam isu KWSP BERSASAR. Boleh saya tahu benarkah ramai yang menuntutnya dan benar-benar memerlukannya?”-Dr Asyraf
Sehingga kini lebih 5 ribu komen didapati di FB Dr Dr Asyraf yang mengharapkan akan ada ‘keajaiban’ untuk mereka mendapatkan nisiatif KWSP Bersasar.
Untuk makluman, pada Mac lalu kerajaan telah bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000 berikuatan ramai terkesan dari segi ekonomi dan kehilangan pendapatam selepas pasca pandemik covid 19 sejak pademik melanda negara tahun 2020.
Pengeluaran kwsp telah dilaksanakan menerusi 3 skim, i-Lestrai, i-Sinar dan i-Citra yang melibatkan 7.34 juta pencarum.
LUAHAN WARGANET
Meninjau di ruangan komen, warganet meluahkan memerlukan pengeluaran KWSP Tersasar berkenaan akibat kesempitan hidup termasuk terpaksa menanggung hutang tertunggak yang banyak. Antara luahan adalah seperti berikut.
“Betul dato, sya sendiri ada memohon dan SANGAT2 memerlukan dgn keadaan skrg Suami sdh tdk be kerja dan sya sendiri sakit tdk dpt bejual kuih. Mohon sangat dato dpt bawa isu ini utk d bentangkan.”
“Kehilangan kerja ,balik kampung jaga org tua uzur,suami pun kehilangan kerja,anak2 4org masih belajar & perlukan belanja persekolahan.”
“Ramai yang masih memerlukannya dato. Tlg teruskan memperjuangkan pngeluaran kwsp 2.0.”
“Ramai dato, kos sara hidup pun sangat meningkat.”
“Majoriti yg diberhentikan kerja oleh majikan dalam usia 45 thn keatas.diberi pampasan x setimpal dgn tempoh bekerja tp kami terpaksa terima juga untuk membayar hutang yg sedia ada.amat memerlukan disaat ini.anak2 masih bersekolah.”
Sumber: DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
hhhh
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club