Ketika berpuasa tidak dinafikan keinginan kita untuk menikmati pelbagai hidangan yang lebih istimewa lebih terasa.

Begitu juga jika dapat menikmati minuman yang cukup menyegarkan pastinya memberi kepuasan saat berbuka.

Untuk itu,  bolehlah dicuba air yang istimewa ini yang telah dikongsikan oleh Amelia.  Nampak begitu memyelerakan!


Air ini tiada nama, Melea minum ais jelly di mahkota parade , ada jelly yang diperahkan dengan limau , dan buah buahan campuran, bila ais nya cair, jadilah rasa macam air di gambar ini .” – Amelia

Menu Baru Penghilang Dahaga. Ibu Patut Cuba Ketika Berbuka!

Bahan-bahan :

Longan dalam tin (air jangan buang )

Laici dalam tin (air jangan buang)

IKLAN

Biji selasih

Cincau

Nata di coco (buang air nya)

Limau kasturi (ikut suka, kalau suka masam letak banyak)

IKLAN

Air batu

 Menu Baru Penghilang Dahaga. Ibu Patut Cuba Ketika Berbuka!

Cara caranya :

1. Tuangkan laici dan longan bersama sama airnya.

IKLAN

2. Letak biji selasih,  cincau dan nata de coco.

3. Perahkan limau nipis ikut suka  masam macamana.

Menu Baru Penghilang Dahaga. Ibu Patut Cuba Ketika Berbuka!

Selamat mencuba.

sumber : Amelia Tamby Hussin via MAHN

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI