Semakin hampir nak raya semakin rancak pula ibu-ibu membersihkan rumah agar nampak berseri, kemas dan selesa untuk menerima tetamu. Oleh itu, bagi memudahkan urusan tersebut jangan lupa untuk menggunakan cuka!

Mungkin ada antara ibu-ibu tidak biasa untuk menggunakan cuka sebagai agen pembersih melainkan hanya menggunakan cuka di dalam masakan. Jika ibu-ibu ingin tahu, sebenarnya cuka ini banyak manfaat lain. Nak tahu apa kegunaan cuka, jom kita semak.


  1. Membunuh rumpai

Jangan tak percaya, cuka juga boleh digunakan untuk mematikan rumpai yang tumbuh di laman rumah anda. Cara penyediaannya cukup mudah. Anda boleh terus tuangkan cuka di atas rumpai yang hendak dimusnahkan. Tahap asid yang terkandung dalam cuka itu akan merosakkan tumbesaran rumpai tanpa merosakkan kualiti tanah.

2. Cegah semut

Nak Nampak Rumah Terlebih Bersih Sempena Raya Ni, Perlu Guna Cuka Ye!

Semut memang tidak suka terhidu bau cuka. Oleh itu sediakan bancuhan 1 bahagian cuka bersama satu bahagian air. Semburkan pada bahagian laluan semut sama ada di dalam rumah mahu pun di luar rumah. Hakikatnya semut tidak akan mati, tapi akan menghindari dari kawasan yang telah disemburkan cuka tadi.

3. Bunga dalam pasu bertahan lama

IKLAN

Nak Nampak Rumah Terlebih Bersih Sempena Raya Ni, Perlu Guna Cuka Ye!

Umumnya kita suka menghias bunga segar di dalam rumah untuk diletakkan di atas meja makan dan sebagainya. Untuk memastikan bunga kekal segar dan tahan lama menurut Gardening Know How, campurkan 2 sudu cuka dan 1 sudu gula di dalam 1/2L air. Siap bancuhan tersebut, barulah letakkan jambangan bunga.

4. Membersihkan kesan karat

Jika perkakas memasak seperti pisau, sudu malah alatan berkebun cangkul, gunting dan sebagainya sudah mula berkarat, apa solusinya? Mudah sahaja ambil cuka dan rendamkan semua perkakas tersebut di dalam cuka semalaman. Kemudian keesokannya sental dengan berus dawai dan lihatlah hasilnya perkakasan kembali bersinar macam nampak baharu.

5. Bersihkan permukaan lantai

IKLAN

Cuka juga merupakan bahan terbaik untuk mencuci permukaan tile kediaman anda. Basahkan keseluruhan permukaan lantai dengan air terlebih dahulu dan tuangkan cuka secara merata. Biarkan 30-60 minit (tapi jangan sampai kering) dan gosok. Kotoran paling degil pun akan berjaya dibersihkan.

6. Bersihkan pasu lama

Cuba tengok pasu di luar rumah anda, mungkin sudah kelihatan kusam. Cara untuk mengilatkannya? Tak perlu guna sabun, gunakan cuka sahaja. Sediakan bancuhan 1 bahagian air bersama satu bahagian cuka. Rendamkan pasu di dalam bacuhan tersebut 30-60 minit, dan sental. Kotoran serta tindak balas miniral yang terhasil pada permukaan pasu yang nampak putih-putih tu akan bersih dengan mudah.

7. Cuci tangan lebih bersih

IKLAN

Nak Nampak Rumah Terlebih Bersih Sempena Raya Ni, Perlu Guna Cuka Ye!

Ramai antara kita lebih selesa melakukan tugas-tugas membersihkan rumah tanpa menggunakan sarung tangan. Ini sebenarnya anda memberi peluang risiko yang tinggi untuk anda mendapat alahan. Cucian dengan air bersih sahaja tidak mencukupi. Anda perlukan sabun atau lebih baik cuci tangan dengan cuka. Ia ibarat anda sterill tangan selepas melakukan kerja-kerja pembersihan.

8. Menyegarkan sayuran

Jika sayur yang dibeli di pasar kurang segar, cubalah rendamkan sayur tersebut bersama rendaman air yang dicampur dengan sedikit cuka. Hasilnya sayur yang hendak dimasak terlihat kembali segar.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI