Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.
Bagi yang ingin menanam sendiri Cili, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Izham Alias menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.
Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.
Bahan:
Belacan – 100g
Gula molases / gula merah – 100g
Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
Cara buat:
Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
Peram selama sebulan.
Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
Cara guna:
10 mL pati + 2 L air biasa
Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.
Tentu jemu kan, jika asyik makan nasi dan lauk setiap hari. Tentu, bosan kan. Apa kata sekali sekali menjamu keluarga makan besar dengan hidangan ala makanan BBQ restoran terkenal. Hidang ini memerlukan ahli keluarga memangang. Apabila makan panas-panas tentu membuka selera anak-anak. Hidangan yang trending sekarang, menu bulgogi atau korean BBQ. Memang salah satu resepi yang sangat popular di Korea. Terdapat pelbagai cara nak buat bulgogi ni.
Biasanya resepi bulgogi ni diperbuat daripada daging. Jika ada yang nak buat ayam pun boleh. Kepada yang ingin mencuba resipi ini, cuba buat cara dikongsi oleh Zera Azmi . Cara yang mudah dan simple supaya senang nak buat.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
“Kadang-kadang datang mood nak makan kambing grill seoul garden,tp belum gaji maka kena cari jalan la nk buat sendiri. Lawan pula dengan tomyam pes thai yang famous tu. Puas hati 1 keluarga makan.
“Ada lamb bulgogi,ayam bulgogi,ayam coffee dan ayam cajun. Sapa nak try boleh tengok resepi pada gambar ye.”
Ini resipinya.
Resepi Perapan Bulgogi
1kg daging / ayam (potong hiris2) *6 ruas bawang putih * 2 inci halia *1/2 bawang besar *1 biji buah lai (buang kulit) 6 sudu kicap cair 6 sudu minyak bijan 3 sudu kicap manis 6 sudu gula perang.
Cara penyediaan: 1. Campurkan bahan kasar bertanda* 2. Campurkan bahan2 dengan kicap 3. Rasa terdahulu. Sesuaikan jika ada hubungan apa2. 4. Campurkan bahan perapan dengan daging. Perap masalahnya 2 jem. Lagi lama lagi sedappp. Nota: Kalau nak buat masakan pun boleh. Lepas perap just tumiskan atas pan, kemuadian letak hirisan daun bawang dan bawang holland. Dan terakhir sekali bijan.
Resepi Ayam Cajun
200g fillet ayam 1 sb rempah cajun 1 sb paprika 1 sk rasa sedap megi 1 sb oregano Perap sekurang2nya 2 jam. Nota: Kalau x nak pedas boleh skip atau kurangkan paprika
Perapan Ayam Kopi/Nescafe
500g fillet ayam *1/2 bawang besar *3 ulas bawang putih 1 sb serbuk kopi/nescafe 2 sb kicap manis 2 sb kicap masin 2 sb sos tiram 2 sb sos pedas 1 sb gula perang
Cara penyediaan: 1. Blend kasar bahan bertanda 2. Kemudian,campurkan dengan bahan2 lain. 3. Rasakan dahulu ikut kesesuaian. Boleh tambah lagi serbuk kopi/nescafe jika suka. 4. Perapkan dengan ayam sekurang2nya 2 jam.
Bercuti bersama keluarga tentunya menjadi momen indah seisi keluarga. Atas sebab ini juga, sebaiknya aktiviti bercuti bersama keluarga perlu dicari masa yang sesuai untuk laksanakannya.
Jangan hanya menunggu hujung tahun semata-mata malah percutian dihujung minggu juga tidak mustahil untuk dilakukan, contohnya dengan mengunjungi Cameron Highlands.
Sebelum itu, ketahui tip penting untuk bercuti di sana.
Tips – tips penting kalau nak ke CAMERON HIGHLANDS yang ramai tak tahu!
Raya ketiga hari tu kami jalan-jalan ke Cameron Highland lagi. Malah sempat juga kami borak panjang dengan rakan-rakan kerja di sini. Maka dapat saya simpulkan 7 tips ini untuk memudahkan anda holiday dengan happynya di sini.
Pertama sekali yang mana dari KL boleh ikut Tapah, dari Penang ikut Simpang Pulai. Pastikan bertolak awal okey! Sesudah subuh harap dah start enjin. Lambat confem jem oiii. Jangan lupa merancang itu penting.
Kena tahu info tempat-tempat menarik CH
-Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (isnin cuti)
-KEA Farm 8.30am-6pm
-KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm
-Ladang anggur bertam valley 9am-5pm (Bulan 12 baru musim anggur)
-Taman Abang steamboat & grill
Harga Dewasa RM39 Kanak-kanak RM29
-Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari Jumaat, Sabtu & hari-hari dibuka untuk cuti sekolah)
-Penginapan: Salah satunya GOLDEN HILL RESORT CAMERON HIGHLANDS (jalan kaki je pergi pasar malam)
Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?
+ harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
+ sukar untuk dapat parking kereta.
+ kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
+ kurang privasi.
Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ.
Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands. Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis sebanyak 5 pek dengan harga semurah RM10 berbanding jika anda beli di kawasan lain, mungkin hanya 3 pek dengan harga RM10. Anda boleh beli teh uncang dengan harga RM5 sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat. Saya pernah membeli 20 kotak teh uncang dengan RM100 serta mendapat strawberi white coffe sekotak dengan percuma. Sayuran segar dan gemuk di sini cuma RM10 bagi 8 pek yang anda boleh pilih.
Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron.Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak. Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu. Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.
Sumber : Eddy Rusdi via viral oh viral
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biasanya mak-mak ni bila memerlukan kemahiran membuka dan memasang skrew berkaitan barangan mesin, jarang yang berani melakukannya. Bukan sebab apa, bimbang akhirnya bukan membaiki tetapi merosakkan pula. Tidak mahulah dikatakan orang sebagaimana peribahasa Melayu bagai tikus membaiki labu pula.
Tapi berbeza dengan seorang ibu ini yang dikenali sebagai Ana Marina diakaun fb, dia mampu lakukan sendiri proses membersihkan mesin basuh yang mana memerlukan sedikit kemahiran dan ianya dikongsikanbersama untuk info bersama.
“Semalam ada tengok orang post dalam FB cara nak bersihkan mesin basuh. Nak suruh En suami buat dia tiada di rumah, jadi saya buat sendirilah. Tak sangka senang saja rupanya.
Lama dah guna mesin basuh ni, patut pun bila basuh baju macam tak berapa nak bersih, sabun pun masih melekat di baju.”–Ana Mariana
Dan ini adalah langkah demi langkah yang perlu kita lakukan untuk membersihakan mesin basuh. Jom semak.
Buke skru 4 butir jer…Akat tudung atas pon boleh nampak kotor2 bahagian atas yer.
2. Buke klip tepi tepi.
3. Cabut klip tengah, buka dengan mudah dan kemudian buka skrewnya.
4. Cabut plastik yang warna biru ni. Nampak kotorkan?
5. Buka skrew bahagian ini pula. Ada 4 semuanya dan buka dengan penuh kasih sayang ye takut patah, biasanya skrew ni berkarat sebab selalu kena air.
6. Kemudian barulah boleh bawa keluar benda alah ni. Tengoklah betapa kotornya.
7. Cuci bersih dengan berus dan sabun.
8. Barulah bersih berkilat macam baru dan barulah boleh dipasang kembali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hati ibu mana yang tidak sebak apabila anak tersayang tidak lagi bernyawa sebaik disahkan meninggal dunia setelah menyertai aktiviti merentas desa.
Menurut laporan akhbar, seorang...