Sekiranya keluarga anda suka menikmati keenakan rasa mangga yang masam-masam manis, pastinya hidangan pencuci mulut nan satu ini akan digemari oleh anda sekeluarga.

Mango Float, mempunyai rasa yang cukup menyelerakan apatah lagi dimakan ketika sejuk seakan aiskrim yang cukup menyegarkan.Selain itu,  apa yang lebih menarik tentang menu ini adalah ia begitu mudah disediakan. jadi jom kita sediakan sekarang jadi bolehlah dinikmati ketika berbuka nanti.


“Ini Mango Float siang tadi buat, jadi la dessert untuk mlm ni. Nak puasa ni selera mcm2. Siapa yang suka masam2 lemak manis, cair dimulit, sejuk diperut, ke nak tambah lemak boleh la buat, sedap jugak untuk menu berbuka puasa. Nah resepinya.”Puteri Bungsu

Nak Segarkan Tekak, Berbuka Cuba Nikmati Mango Float Dessert.  Jamin Tak Kecewa!

 

IKLAN

Bahan-bahan :

Nak Segarkan Tekak, Berbuka Cuba Nikmati Mango Float Dessert.  Jamin Tak Kecewa!
1 cawan whipping cream
1/2 tin susu pekat manis (nak manis letak lebih)
200 gm cream cheese
1/2 peket biskut cream cracker
4 biji mangga (dihiris memanjang)
2 keping biskut cream cracker (hancurkan)
Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuainya
Aluminium foil
Susu segar (untuk rendam biskut bagi lembut)

Caranya :

IKLAN

Posted by Putri Bungsu on Sunday, 13 May 2018

1. Putar Whipping cream hingga pekat.

2. Masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi.

IKLAN

Sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil. Apabila bahan yang di putar menjadi kembang dan sebati terus dengan aktiviti berikut :

1. Rendam biskut di dalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut di dalam loyang.
2. Masukkan adunan cream cheese dan ratakan.
3. Kemudian aturkan hirisan mangga di atasnya. Ulang langkah 1-3 hingga habis.
4. Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan.
5. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan di atas bahan tadi.
6. Masukkan ke dalam freezer dalam 3 jam sekurang-kurangnya, dan selepas itu mango float boleh dimakan.

INFO : mango float ni mudah cair ya, tak boleh terbiar di dalam suhu bilik. Macam ais cream.

Sumber :Puteri Bungsu 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI