Dalam melayari kehidupan berumah tangga, pasti apa yang kita semua inginkan adalah kebahagiaan dan keharmonian hidup bersama dengan pasangan kita. Semahunya bahagia yang pernah dikecapi diawal perkahwinan akan terus dirasai hingga hujung nyawa.

Untuk itu, dengarkan apa kata ustaz Syamsul Debat ini tentang bagaimana mencipta bahagia untuk pasangan suami isteri. Jom lihat satu persatu apa yang dimaksudkan dengan 4 S (Sama-sama)itu.

  1. Solat sama-sama

Ingat orang lelaki, sibuk macam mana pun pilihlah sekurang-kurangnya satu waktu untuk solat bersama-sama. Jika si suami tidak yakin untuk jadi imam, bermulalah dengan waktu Zuhur. Bila sudah terbiasa akan memberi  lebih keyakinan kepada suami untuk menjadi imam untuk waktu Maghrib mahu pun Isyak. Biasanya bila isteri mendengar bacaan suaminya di dalam solat akan tersentuh hatinya. Lantaran itu isteri juga harus beri galakan dan mintalah untuk solat bersama-sama. Isteri perlu berlembut dengan suami.

IKLAN
  1. Tidur Sama-sama

Yang muda-muda mungkin tiada masalah namun bagi pasangan yang telah lama berkahwin, hal ini sering diabaikan.

  1. Makan Sama-sama

Mencipta kemesraan suami isteri juga boleh dilakukan ketika sesi makan bersama-sama. Sebaiknya sebagai penghargaan kepada suami, isteri sebaiknya membezakan pinggan dan cawan suami yang lebih istimewa. Kemudian letakkan lauk ke dalam pinggan pasangan malah jika si ibu ambilkan lauk anak ke dalam pinggan juga, ibu dapat pahala.  Lagi mesra, jika suami isteri bersuap-suapan sebagai salah satu lagi komunikasi kemesraan antara suami isteri.

IKLAN
  1. Jalan Sama-sama

Ambil masa untuk anda suami isteri dapat berjalan berdua-duaan. Contohnya tetapkan masa untuk berjalan-jalan dengan menunggang motor di tengah malam. Saat romantis ini pasti akan memberi memori indah untuk berdua.

IKLAN

Syamsul DEBAT Lawak Habis Abang Ni Mengangkang Je Depan TV Tol…

Syamsul DEBAT Lawak Habis ~ Abang Ni Mengangkang Je Depan TV..Tolong La Saya Kat Dapur Ni

Posted by Himpunan Nasihat Ustaz on 7hb Disember 2016

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI