Sambal antara menu utama yang cukup digemari anak-anak. Kita sendiri pun kalau dihidangkan dengan sambal, terus rasa berselera sekali.

Pun begitu nak masak sambal haruslah ada sedikit ilmu. Tidak dinafikan menumis sambal bukanlah mudah. Ada caranya yang tertentu dan jika silap gaya sambal yang ditumis boleh hangit atau pun tidak dimasak sempurna.

Perasan tak, biasanya bila kita lihat resipi  sambal, ‘kata kunci’ yang digunakan untuk menumis cili adalah tumis hingga pecah minyak.  Jadi apa petua dan petanda bahawa sambal yang kita tumis itu telah pecah minyak atau sebaliknya? Jom kita semak kaedahnya.


Tip Menumis Cili

1.    Minyak perlu banyak

Pastikan Masak Sambal Sampai Pecah Minyaknya. Nak Kenal Pasti, Ikut Cara Ni Je!

IKLAN

Pastikan minyak yang digunakan tidak terlalu sedikit. Ini bertujuan untuk pastikan cili yang ditumis dapat dimasak dengan sempurna, iaitu sehingga pecah minyak. Jika sedikit minyak yang digunakan, cili tidak dapat ditumis dalam masa yang lama dan cili akan cepat hangus.

2. Api sederhana

Pastikan Masak Sambal Sampai Pecah Minyaknya. Nak Kenal Pasti, Ikut Cara Ni Je!

Ketika menumis, gunakan api sederhana dan bukannya api besar. Cara ini akan menjadikan sambal masak dengan lebih sempurna berbanding api besar yang akan menyebabkan sambal lebih mudah menjadi hangit.

IKLAN

3. Kacau selalu

Pastikan Masak Sambal Sampai Pecah Minyaknya. Nak Kenal Pasti, Ikut Cara Ni Je!

Saat menumis, sambal hendaklah dikacau selalu untuk pastikan cili ditumis masak sekata.

4. Garam

IKLAN

Pastikan Masak Sambal Sampai Pecah Minyaknya. Nak Kenal Pasti, Ikut Cara Ni Je!

Jangan lupa masukkan garam ketika menumis tumisan agar rasanya sebati ketika dimasak dan dikatakan garam juga dapat menggaringkan cili yang ditumis menjadi lebih sempurna.


Tanda Telah Pecah Minyak

1.    Tumisan cili berwarna agak gelap.

2.    Minyak tumisan terlihat memercik-mercik di dalam kuali.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI