Bersalin melalui kaedah pembedahan membuatkan segala aktiviti mengempiskan perut ketika berpantang seperti bertungku dan memakai bengkung tidak dapat dilakukan seperti bersalin normal.

Keadaan perut yang masih lagi tidak pulih kesan daripada pembedahan memerlukan masa yang lama untuk pulih. Runsing bila mana perut masih lagi tidak kempis seperti asal sedangkan keadaan perut masih lagi tidak pula sepenuhnya.

Jangan gusar kerana anda mampu mengempiskan perut anda dengan cara yang dikongsikan oleh pakarhamil_malaysia ini. Rawat daripada dalam dan insyallah perut makin menipis dan rata. Cuba ni!

Menariknya bukan hanya wanita selepas bersalin sahaja, yang ada masalah perut buncit pun boleh mencubanya. Dua minggu dah boleh nampak kesan dah, pecahkan lemak degil sebab ada lada hitam.

Bahan-bahan:
3sm halia
3 sudu besar halba
1 sudu teh lada hitam (lebih kurang 15 biji)
3 ulas bawang putih

Caranya:

Kredit Foto: Nana Farhanna

1. Tumbuk halba, lada hitam, halia dan bawang putih hingga hancur.

 

2. Dah lumat, gentel-gentelkan menjadi bulat.

Kredit Foto: Nana Farhanna

3. Lepas tu keringkan dalam 30 minit. Tak payah jemur tempat panas. SIAP !

Simpan dalam bekas kedap udara.

Tak rasa apa pun bila makan, telan je. Pastu tunggu lah, asyik buang angin dan sendawa. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam setiap hari ikut ketahanan badan.

Selain untuk kempiskan perut, petua ini juga baik untuk membuang angin dan memecahkan lemak degil.

Kredit: pakarhamil_malaysia

Kredit Foto: Nana Farhanna

Tinggalkan Komen