Penampilan nampak gah, sekali bila tayang gigi kuning pula. Spoil betul kan. Nak-nak lagi bagi ibu-ibu yang selalu berhadapan dengan orang ramai. Selain menggunakan produk pemutih gigi, apa kata cuba petua alami yang mudah ini. Hanya guna dua bahan saja, caranya pun cukup simple!
Jom cuba tip mudah yang dikongsikan oleh Fitriah Azman ini.
Jadi kak el nak share la petua PUTIHKAN GIGI dengan 2 bahan yang MUDAH didapati. Kak el dah cubaa. Terbukti keberkesananyaa okeh! Gigi nampak bersih. Nafas pun segar?. Korang kena cuba jugak tau.
Bahan bahan:
?Soda bikarbonat
?Perahan lemon
Cara cara:
1. Letak soda bikarbonat dalam bekas
2. Perah lemon tadi kedalam bekas yang dah diletak soda bikarbonat tadi.
3. Kacau dan sekatakan larutan tadi sehingga jadi paste macam ubat gigi. Campurkan sedikit air ye.
4. Gosok gigi seperti biasa. Biarkan selama 5 minit. Kemudian barulah berkumur macam biasa.
tip extra:
- Cara ni takleh diamal selalu tau. Kang tadi kita dah campur perahan lemon kan. Kerap kerap guna nanti terhakis gigi kita kan.
- Boleh tambah garam dan guna gel alovera dalam larutan tadi untuk kurangkan karang pada gigi.
Selamat mencuba !
Patutlah Buat Perangai Pelik Rupanya Anak Takut Pada Ibu Ayah. Take Note 10 Tanda Ni!
Tidak dinafikan apabila anak-anak mula takut kepada ibu bapa sudah tentu akan menunjukkan sikap yang baik.
Namun ia sebenarnya cara yang tidak sihat dalam mendidik anak. Ia akan nenyebabkan anak bersikap berpura-pura dihadapan ibu bapa.
Malah akan menjadikan teman untuk luahkan perasaanya dan adiknya akan menjadi mangsa amarahnya.
Sebagaimana yang dikongsi oleh perunding parenting, Taufiq Razif ini. Moga kita muhasabah dir mendidik anak.
10 tanda anak kita sangat takutkan kita
1. Dia jadi tak selesa nak pandang anak mata kita
2. Dia jadi lebih selesa meluahkan masalah dengan kawan-kawannya dibandingkan kita
3. Perangainya berubah drastik bila melangkah masuk ke dalam rumah
4. Dia banyak buat masalah dan memberontak di belakang kita secara diam-diam
5. Dia banyak tunjukkan ‘microexpression’ wajah penuh ketakutan ketika bersama kita
6. Dia lebih memilih untuk berbohong daripada bercakap benar ketika ditanya tentang kesalahannya
7. Dia lebih banyak berdiam diri dan membisu di depan kita walaupun dia seorang yang sangat ceria dan extrovert bila bersama kawan-kawannya
8. Dia lebih banyak memendam perasaan dan tak pandai menunjukkan emosi dia bila berada bersama kita
9. Dia lebih suka menghabiskan masa bersama kawan-kawan dibandingkan bersama sama keluarga
10. Dia secara diam-diam melepaskan emosi amarahnya kepada adik-adiknya di belakang kita
Percaya bahawa ketegasan, kegarangan & kasih sayang itu perlu seimbang
If your children fear you, they can’t trust you..
If they don’t trust you, they can’t learn from you
Sumber: Taufiq Razif
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Masak Nasi Daging Pun Ada Petua & Tipnya. Sekeluarga Makan Puas Hati Kalau Dah Cuba!
Mungkin ada di antara kita masih berbaki pemberian daging korban yang diterima ketika Hari Raya Aidiladha yang lalu. Tidak tahu menu apa lagi yang ingin dihidangkan untuk keluarga, apa kata kali ini sediakan menu special Nasi Daging Daging.
Oleh itu, bagaimana hendak masak Nasi Daging yang power? Ada petuanya, dan paling penting yang anda perlu tahu, nak masak Nasi Daging memang tersangatlah mudah dan ringkas. Campak-campak saja namun hasilnya memang hebat.
Cuba tip atau petua ini ketika memasak.
Mesti ada rempah 4 sekawan
Bahan penumis empat sekawan antara bahan wajib kena ada. Pastikan bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis di tumis bersama-sama hirisan bawang hingga berbau harum. Biarkan hingga naik baunya dan bahan hiris keperang-perangan. Ini penting untuk mengharumkan lagi nasi malah nasi juga rasanya lebih enak.
Rempah Kurma
Jika tidak menggunakan rempah nasi daging yang siap di beli di pasaran, anda boleh menggunakan sedikit rempah kurma sebagai penyedapnya. Rempah ini selain enak dan ‘lemak’ rasanya, ia juga buat nasi anda naik warnanya. Rasanya juga lebih umphh.
Stok Air Rebusan Daging
Air rebusan daging antara perkara wajib yang perlu anda. Selain menaikkan lagi rasa enak nasi, ia juga penambah kelembapan pada nasi. Stok daging dengan minyak semulajadi yang ditinggalkan daripada daging inilah buat rasa nasi jadi luar biasa. Inilah rahsia kesedapan dan kelembapan asli nasi daging.
Daun Pandan & Daun Pudina
Selain empat sekawan ini, penambahan daun pandan dalam nasi antara rahsia utama nasi berbau lebih harum dan enak. Jika tidak menggunakan daun pandan, anda boleh juga menabur daun pudina selepas nasi kering. Biarkan daun-daunan ini meninggalkan rasa bau herbanya.
Susu Cair
Nasi jadi tambah lemak dengan adanya campuran susu cair ke dalam nasi. Malah penambahan ramuan ini juga menambah rasa ‘moist’ pada nasi daging. Nasi jangan dibiarkan terlalu peroi kerana kurang enak rasanya.
Bawang Goreng
Akhir sekali, taburkan bawang goreng di atas nasi apabila nasi telah masak. Nasi yang kering dan panas akan meninggalkan bau yang enak apabila digabungkan bersama bawang goreng. Kena ada!
Kerisik dalam air asam
Air asam adalah gabungan pelengkap kepada Nasi Daging. Namun menyediakan air asam juga kena ada caranya. Selain cili, hirisan bawang, tomato, belacan dan asam jawa, resipi penyedap dalam air asam adalah memasukkan sedikit kerisik ke dalam bancuhannya. Anda juga bolehlah menambah sedikit lebihan susu cair ke dalamnya. Air asam jadi lebih lemak dan enak!
RESIPI NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1/2kg daging -dipotong kiub dan direbus
- 5 cawan beras
- 2 sudu makan rempah kurma
- 5gm kulit kayu manis
- 5gm bunga lawang
- 5gm bunga cengkih
- 5gm buah pelaga
- 1 sudu makan marjerin
- 1 ulas bawang merah -dihiris
- 1 ulas bawang putih -dihiris
- 1 helai daun pandan
- 1/4 cawan susu cair
- 10 biji tomato kecil – dipotong dua
- Setengah kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan marjerin.
- Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, bahan penumis dan serbuk kurma. Biar hingga berbau harum.
- Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan. Kacau dan biarkan sebati.
- Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging bersama susu cair. Kacau rata.
- Pindahkan ke dalam periuk nasi dan letakkan hirisan buah tomato yang telah dipotong dua. Biarkan hingga nasi masak.
- Hiaskan dengan daun pudina dan bawang goreng.
AIR ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji tomato -dihiris
- 3 ulas bawang merah -dihiris
- 3 biji cili padi -dihiris
- Sedikit asam jawa
- 1 sudu makan kerisik
- 3 batang cili merah *
- 4 biji cili padi*
- Belacan bakar besar ibu jari*
- Garam dan gula secukup rasa *
CARA MEMASAK:
- Tumbuk bahan bertanda * di atas.
- Satukan kesemua bahan hiris.
- Masukkan bahan tumbuk dan gaul rata.
- Kemudian masukkan asam jawa dan masukkan air. Kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau rata.
- Siap dihidang bersama nasi daging panas.
Ni Rahsianya Nak Glowing Cara Semulajadi.
Jika bercakap tentang kegunaan kunyit, kita semua maklum bahawa kunyit ini digunakan sebagai ramuan atau bahan utama untuk menggoreng ikan, udang, ayam dan sebagainya.
Pun begitu, tahukah anda jika kunyit, digabungkan bersama madu dan susu ia sangat bagus untuk mengatasi masalah kulit yang kusam, selain dari memberi efek glowing kepada kulit muka.
Ini serba ringkas bahan dan cara yang diperlukan untuk menghasilkan masker muka dari kunyit, madu dan susu yang dikongsikan oleh Kak Lynn.
Bahan-bahan :
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu madu
1 sudu susu
Cara buat :
- Campurkan kesemua bahan dan gaul hingga sebati.
- Sebelum sapu masker pada muka, bersihkan muka terlebih dahulu dengan pencuci muka.
- Bilas muka seperti biasa dengan air suam supaya liang pori terbuka, bagi memudahkan nutrien lebih menyerap ke dalam lapisan muka.
4. Sapukan masker tadi di muka secara menyeluruh. Biarkan 10 minit nutrien masker meresap.
5. Bilas muka dengan air sejuk dan cuci dengan pencuci secara nipis.
“Amalkan selalu masker ini untuk dapatkan hasil muka lebih berseri dan glowing.”
Sumber : Siti Azlina Lynn