LUARAN

Guna pelindung kulit yang bersesuaian dengan jenis kulit dan situasi aktiviti. Ramai yang beranggapan memilih losen yang mempunyai SPF (Sun Protecting Factor) tinggi adalah lebih baik. Sebenarnya, losen pelindung daripada cahaya matahari mempunyai banyak jenis perlindungan misalnya SPF 15, SPF 30 mahupun SPF 45.

Seorang pakar dermatologi Florida, Dr. James M Spencer, melaporkan bahawa produk dengan SPF 15 menghalang 94% sinar UVB dan produk dengan SPF 30 memberi perlindungan sehingga 97% pada sinaran yang sama. Manakala, produk SPF 45 pula menghalang 98% sinar UVB.

Memakai losen tidak memadai. Jika anda seorang yang teliti, pemakaian baju lengan panjang dan cermin mata gelap adalah pilihan terbaik. Memakai cermin mata membantu masalah kerosakan katarak mata. Sebaiknya pilih cermin mata yang mempunyai perlindungan UVA dan UVB yang boleh melindungi mata dari sinaran matahari terik.

IKLAN

Amalkan penggunaan skrub mandian dua kali seminggu. Tujuannya adalah untuk menanggal sel-sel kulit mati yang telah rosak akibat terlalu terdedah kepada panas dan suhu sejuk terutama penghawa dingin.

 
DALAMAN

IKLAN

Jika anda seorang yang obses dengan pil, terpulang pada anda asalkan pengambilan pil merujuk kepada pakar. Hari ini, terlalu banyak produk pencerahan dan kecantikan yang dijual secara berleluasa. Ada yang mendapat kelulusan dan juga sebaliknya. Biar apa pun tujuan pengiklanan dan pemasaran yang digunakan, anda perlu tahu kesan sampingan dan mintalah pendapat pakar.

IKLAN

Untuk mempunyai kulit yang sihat dan cantik, pengambilan makanan yang kaya vitamin C boleh membantu secara semula jadi. Amalan meminum jus oren membantu menyegar, melambatkan penuaan dan mencerahkan kulit. Begitu juga dengan pengambilan tomato dan kacang soya. Makanan ini mampu membantu kulit menerima lebih banyak kolagen untuk menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan-kedutan halus daripada menjadi lebih ketara.

Elak makan makanan yang berlemak dan bergoreng kerana memberi peluang kulit tersumbat dengan minyak-minyak yang tidak baik. Apabila pori-pori kulit tersumbat, lama-kelamaan kulit akan dipenuhi dengan noda-noda hitam yang tidak diingini.

Selain mengamalkan pemakanan sihat, jangan lupa rehatkan minda agar tidak stres. Masalah stres juga salah satu punca utama kulit merasa tekanan dan tampil kusam. Solekan tebal tidak mampu memberi gambaran kulit yang cantik kekal lama. Stres tetap boleh menjadi punca menampakkan kulit yang lesu.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI