Menyediakan bekal untuk anak ke sekolah, tidak sukar tetapi agak pening untuk bertukar-tukar menu. Kalau asyik sama mungkin anak bosan nanti. Tetapi bagi ibu-ibu bekerjaya, pasti menu paling cepat dan mudah disediakan jadi pilihan kan?

Selain menu berat yang lain, ibu-ibu mungkin boleh cuba resipi Brownies untuk anak. Mungkin ada yang fikir menu ini agak leceh dan ambil masa. Tetapi percaya atau tidak, ada satu tips nak buat brownies yang hanya mengambil masa lebih kurang memerlukan 5 minit sahaja.

Biar betul? Bukan itu sahaha, resipi ini juga hanya menggunakan cawan sahaja, mudah untuk ibu-ibu. Adun bahan yang disediakan, letak dalam microwave dan siap.

Tetapi, kena ingat, anda harus pakai ketuhar gelombang mikro yang digunakan untuk memanaskan makanan itu sahaja okay?

 

Jom kita lihat resipi dari Eny Abdullah Cooking & Photography. Nanti boleh cuba buat!

IKLAN

Bahan-bahan yang diperlukan :

Resipi Brownies Pakai Microwave jer, Tak Sampai 10 Minit Dah Siap. Ibu Boleh Cuba Buat Bekal Anak!

50gm tepung gandum
70gm gula
2 sudu besar serbuk koko
Sedikit garam
Sedikit serbuk kayu manis
60ml air
2 sudu besar minyak masak
1 atau 2 titis esen vanila
1 skop ais krim atau krim putar untuk hiasan

Cara penyediaan:

IKLAN

Resipi Brownies Pakai Microwave jer, Tak Sampai 10 Minit Dah Siap. Ibu Boleh Cuba Buat Bekal Anak!
1. Masukkan tepung gandum, koko, garam dan serbuk kayu manis ke dalam gelas seramik. Kacau sehingga rata dan tidak bergumpal.

2 Tambah minyak masak, esen vanilla dan kacau sehingga sebati.

3  Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro sehingga campuran tadi masak sepenuhnya ataupun biar selama 1 minit 40 saat.

IKLAN

Resipi Brownies Pakai Microwave jer, Tak Sampai 10 Minit Dah Siap. Ibu Boleh Cuba Buat Bekal Anak!

4. Kemudian keluarkan dan biarkan sejuk seketika. Kemudian hiaskan dengan aiskrim dan krim putar di atasnya mengikut citarasa anda! sedapnya!

Resipi Brownies Pakai Microwave jer, Tak Sampai 10 Minit Dah Siap. Ibu Boleh Cuba Buat Bekal Anak!

Selamat mencuba ya!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI