Nasi Daging mungkin kedengaran kurang mengiurkan bagi masyarakat di sebelah Selatan dan Pantai Timur. Namun bagi masyarakat Utara, Nasi Daging dirasakan cukup istimewa.

Malah ia umpama hari yang istimewa. Nasi Daging boleh dikatakan menjimatkan kerana ia tidak memerlukan kos bahan yang banyak walaupun terpaksa membelanjakan sedikit untuk kos membeli daging. Selebihnya, hanya bahan untuk menyediakan Air Asam, menu yang digabungkan bersamanya. Mudah sahaja!

Bagaimana nak hasilkan Nasi Daging yang power? Tujuh langkah ini sila jangan abaikan.

Resipi Nasi Daging Utara Simple Tapi Terlajak Sedap, 7 Cara Ni Kena Patuhi!

 

Penumis Kena Ada

Bahan penumis empat sekawan antara bahan wajib kena ada. Pastikan bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis di tumis bersama-sama hirisan bawang hingga berbau harum. Biarkan hingga naik baunya dan bahan hiris keperang-perangan. Ini penting untuk mengharumkan lagi nasi malah nasi juga rasanya lebih enak.

Rempah Kurma

Jika tidak menggunakan rempah nasi daging yang siap di beli di pasaran, anda boleh menggunakan sedikit rempah kurma sebagai penyedapnya. Rempah ini selain enak dan ‘lemak’ rasanya, ia juga buat nasi anda naik warnanya. Rasanya juga lebih umphh.Resipi Nasi Daging Utara Simple Tapi Terlajak Sedap, 7 Cara Ni Kena Patuhi!Stok Air Rebusan Daging

IKLAN

Air rebusan daging antara perkara wajib yang perlu anda. Selain menaikkan lagi rasa enak nasi, ia juga penambah kelembapan pada nasi. Stok daging dengan minyak semulajadi yang ditinggalkan daripada daging inilah buat rasa nasi jadi luar biasa. Inilah rahsia kesedapan dan kelembapan asli nasi daging.

Resipi Nasi Daging Utara Simple Tapi Terlajak Sedap, 7 Cara Ni Kena Patuhi!

Resipi Nasi Daging Utara Simple Tapi Terlajak Sedap, 7 Cara Ni Kena Patuhi!Daun Pandan & Daun Pudina

Selain empat sekawan ini, penambahan daun pandan dalam nasi antara rahsia utama nasi berbau lebih harum dan enak. Jika tidak menggunakan daun pandan, anda boleh juga menabur daun pudina selepas nasi kering. Biarkan daun-daunan ini meninggalkan rasa bau herbanya.

Susu Cair

IKLAN

Nasi jadi tambah lemak dengan adanya campuran susu cair ke dalam nasi. Malah penambahan ramuan ini juga menambah rasa ‘moist’ pada nasi daging. Nasi jangan dibiarkan terlalu peroi kerana kurang enak rasanya.

Bawang Goreng

Akhir sekali, taburkan bawang goreng di atas nasi apabila nasi telah masak. Nasi yang kering dan panas akan meninggalkan bau yang enak apabila digabungkan bersama bawang goreng. Kena ada!

Kerisik Pelengkap

Air asam adalah gabungan pelengkap kepada Nasi Daging. Namun menyediakan air asam juga kena ada caranya. Selain cili, hirisan bawang, tomato, belacan dan asam jawa, resipi penyedap dalam air asam adalah memasukkan sedikit kerisik ke dalam bancuhannya. Anda juga bolehlah menambah sedikit lebihan susu cair ke dalamnya. Air asam jadi lebih lemak dan enak!

IKLAN

Resipi Nasi Daging Utara Simple Tapi Terlajak Sedap, 7 Cara Ni Kena Patuhi!

RESIPI NASI DAGING


BAHAN-BAHAN:

  • 1/2kg daging -dipotong kiub dan direbus
  • 5 cawan beras
  • 2 sudu makan rempah kurma
  • 5gm kulit kayu manis
  • 5gm bunga lawang
  • 5gm bunga cengkih
  • 5gm buah pelaga
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1 ulas bawang merah -dihiris
  • 1 ulas bawang putih -dihiris
  • 1 helai daun pandan
  • 1/4 cawan susu cair
  • 10 biji tomato kecil – dipotong dua
  • Setengah kiub pati ayam

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan marjerin.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, bahan penumis dan serbuk kurma. Biar hingga berbau harum.
  3. Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan. Kacau dan biarkan sebati.
  4. Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging bersama susu cair. Kacau rata.
  5. Pindahkan ke dalam periuk nasi dan letakkan hirisan buah tomato yang telah dipotong dua. Biarkan hingga nasi masak.
  6. Hiaskan dengan daun pudina dan bawang goreng.

AIR ASAM KERISIK


BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji tomato -dihiris
  • 3 ulas bawang merah -dihiris
  • 3 biji cili padi -dihiris
  • Sedikit asam jawa
  • 1 sudu makan kerisik
  • 3 batang cili merah *
  • 4 biji cili padi*
  • Belacan bakar besar ibu jari*
  • Garam dan gula secukup rasa *

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk bahan bertanda * di atas.
  2. Satukan kesemua bahan hiris.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan gaul rata.
  4. Kemudian masukkan asam jawa dan masukkan air. Kacau sebati.
  5. Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau rata.
  6. Siap dihidang bersama nasi daging panas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI