Sayang rasanya kalau beli roti tapi tidak dijamah. Alih-alih bila hendak di makan, sudah hampir pula dengan tarikh luput. Jadi apa perlu anda buat? Janganlah pula terus dibuang, tapi manfaatkan dan harus lebih kreatif untuk menghasilkan menu berasaskan roti.
Oleh itu, ayuh kita mencuba resipi Cucur Roti yang bukan hanya mudah tetapi cukup senang hendak membuatnya hasil perkongsian Farah Izzati di facebooknya. Melihatnya sahaja sudah mampu buat kita rasa terliur. Paling tertarik sebab cara membuatnya cukuplah mudah. Carik-carikkan sahaja roti dan gaulkan dengan semua bahan lain. Nak tahu lebih lanjut, jom follow resipi ini satu persatu.
“Hari tu buat kat Khayla. Malam ni suami pulak yang minta nak cucur roti ni. So siapa yang minta resipi, ni akak share untuk semua.”- Farah
RESIPI CUCUR ROTI
Bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur
2 biji bawang merah
Lobak merah -diparut
Sedikit daun bawang -dicincang halus
Sedikit ikan bilis
Sedikit garam
Caranya:
1. Goreng ikan bilis dan tumbuk halus. (supaya senang anak makan).
- Carik-carikkan roti seperti dalam gambar.
- Gaul kesemua bahan hingga sebati.
4. Bentukkan jadi bebola kecil.
5. Panaskan minyak dan goreng. Golek-golekkan sikit dan angkat bila perang.
6. Tadaaa..dah siap!
“Senangkan? Kalau anak tak mau makan nasi, mama buat ni je. Anak suka, bapak budak suka, mak budak pun suka.”
Selamat mencuba!
Sumber: Farah Izzati
Ingatkan Elok, Sekali Kupas Busuk Rupanya! Ni Cara Betul Pilih Bawang
Pernah tak, yakin je pilih bawang kat kedai konon luarannya ok, kiranya bawang tu tak busuk la. Sekali balik rumah nak guna, alah busuk juga rupanya. Alamak makcik terkono!
Haaaa yang mana masih lagi rasa diri failed bab nak pilih bawang tu, meh tengok tip nak pilih bawang oleh Rosie Zam yang sebetulnya. Tak ada la rasa duit tu membazir terbeli bawang yang busuk. Hehe.
Tip memilih bawang yang elok
1. Pangkalnya tidak busuk atau lembik.
2. Baunya tidak berubah. Kadang di luar nampak elok, tetapi di dalamnya busuk.
3. Tidak sedikit pun bahagian bawang itu berair.
Sekarang dah tahu kan. Ini tips pilih bawang bukan membawang tau! Dah alang-alang share pasal bawang, jom tengok cara buat bawang goreng rangup sendiri di rumah!
Petua dan cara yang betul membuat bawang goreng rangup
PETUA 1: PILIH BAWANG
Pastikan pilih bawang yang segar dan elakkan daripada memilih bawang yang lembik dan hampir busuk.
PETUA 2 : TOS HINGGA KERING
Bila bawang dicuci, pastikan selepas itu ditoskan hingga kering agar ketika digoreng tidak lembab dan dapat digoreng ranggup.
PETUA 3 :HIRIS NIPIS
Pastikan bawang dihiris nipis bagi memastikan ianya dapat digoreng sempurna.
PETUA 4 : TABURKAN GARAM
Menaburkan sedikit garam akan membuatkan bawang yang digoreng dapat mengekalkan kegaringan selain memberi rasa bawang goreng tersebut lebih enak.
Kuantiti garam jangan terlalu banyak, cukup sekadarnya bagi memastikan keaslian rasa bawang dapat dikekalkan.
PETUA 5 :GAUL BERSAMA TEPUNG
Taburkan tepung pada hirisan bawang juga dapat membantu menjadikan bawang yang digoreng menjadi ranggup dan enak dimakan.
Pilihan tepung pula bervariasi, boleh gunakan sama ada tepung gandum, tepung beras mahupun tepung jagung. Setiap jenis tepung mempunyai tekstur dan hasil tersendiri.
PETUA 6 : MINYAK YANG BANYAK
Pastikan semasa menggoreng, minyak diisi penuh di dalam kuali. Ini bagi memastikan bawang dapat digoreng sempurna.
PETUA 7 : API SEDERHANA
Kawalan api juga sangat penting. Sebaiknya guna api sederhana dan bukannya api yang besar atau kecil. Bila kekuningan barulah dikaub balik bagi memastikan bawang masak sekata dan sempurna.
PETUA 8 : SIMPAN
Selepas digoreng biarkan seketika hingga benar-benar sejuk. Untuk cara yang lebih berkesan, letakkan bawang goreng di atas kertas tisu agar minyak yang berlebihan dapat diserap sepenuhnya.
Kemudian pastikan bawang goreng disimpan di dalam bekas kedap udara.
Praktis 8 petua ini akan menjadikan bawang yang digoreng terasa begitu enak dan kekal ranggup untuk dimakan pada bila-bila masa. Selamat mencuba!
Buat Nona Manis Nampak Licin & Cantik Ada Tipsnya. Patutlah Wanita Ni Buat Cantik Je Kejadiannya!
Kuih nona manis tentunya ada yang jadikan pilihan sebagai menu pemanis mulut yang istimewa. Rasanya yang enak berlemak dan lembut bila digigit serta bentuknya yang comel membuatkan ramai yang menggemarinya.
Buat anda yang ingin mencuba membuat sendiri kuih Nona Manis ini dan hendak pastikan cantik hasilnya, bolehlah ikut tips dan resipi yang dikongsikan oleh Ariana Sofia Ahmad ini. Selamat mencuba.
Nona manis, dengar nama pun dah sedap kan. Bila makan rasanya lemak-lemak manis gitu. Hari ni ariana nak share resepi nona manis, semanis senyumanmu. Ariana juga ada bagi tips macam mana nak buat nona manis nampak licin dan cantik.
Resepi Nona Manis
Bahan A (Step 1)
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
Bahan B (Step 2)
1/2 cawan air daun pandan (air+4 helai daun pandan dikisar dan tapis)
1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung
1sk pewarna hijau
Bahan C (Step 3)
2 cawan santan
2 sudu tepung gandum
1sk garam
1sk gula
P/S : Ariana guna santan kara. 1 kotak kecik + 1 cawan air. Kuantiti 1 kotak santan mestilah sama dengan kuantiti 1 cawan air.
Cara Penyediaannya:
Untuk step pertama. Kisar telur, gula, tepung gandum dan santan sehingga sebati. Kalau tak da pengisar, boleh whish hand je.
Dah siap, ketepikan.
Step ke 2 pulak, masukkan santan dan air daun pandan ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.
Lepas tu, masukkan tepung jagung dan kacau sebati.
Masukkan pula pewarna hijau. Kalau masih pudar boleh tambah sedikit lagi pewarna.
Masukkan bahan yang di kisar di step 1. Kacau sehingga sebati.
Pastikan adunan sedikit pekat dan tidak cair. Ketepikan, bila dah sejuk tapis dan letak dalam botol.
Step ke 3 pula, masukkan santan, tepung gandum, gula dan garam. Kalau suka masin, boleh tambah garam. Kacau sehingga sebati.
Pastikan adunan jugak sedikit pekat dan tidak cair. Dah sejuk tapis dan letak dalam botol.
Sapu dulu acuan dengan minyak supaya kuih xmelekat dan letak 3/4 adunan warna hijau dalam acuan.
Halakan muncung botol adunan warna putih di tengah-tengah acuan. Jangan terlampau kedalam sangat, nanti bercampur dengan adunan hijau.
Tips: Untuk dapatkan kuih yang cantik dan licin, wrapkan loyang. Di sekeliling loyang ariana buat lubang, cucuk dengan lidi. Pastikan lubang tak dibuat bahagian atas acuan supaya air wap tak jatuh. Boleh buat banyak lubang.
Kukus selama 15 minit@sehingga masak. Dah masak tunggu sejuk dulu barulah keluarkan dari acuan. Kuih ni memang lembut sangat, pegang pun licin dan cantik.
Selamat mencuba
Sumber : Ariana Sofia Ahmad
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
6 Cara Hilangkan Kesan Hangus Pada Periuk Kesayangan; Guna Air Bergas Paling Unik!
Memasak satu kemestian lebih-lebih lagi ibu yang mempunyai anak. Namun, ada kalanya ativiti memasak boleh mengakibatkan periuk, belanga mahupun kuali jadi hitam legam akibat kesan hangus. Sayang periuk tu, silap-silap nanti kena buang pula, kan dah rugi.
Meskipun pelbagai cara telah digunakan, memang agak susah nak sental periuk jika sudah terlajak hangus.Namun, usah peningkan kepala, jom cuba petua mudah ini, tanpa perlu gunakan produk yang mahal pun.
- Baking Soda atau Serbuk Penaik
Selalunya ianya digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek dan kuih muih. Tetapi kali ini gunakan baking soda untuk hilangkan kesan hangus pda periuk. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang sudah hangus berkerak tadi bersama dengan satu sudu serbuk penaik. Biarkan selama beberapa jam. Hasilnya kesan hangus tadi akan menjadi lembut dan lebih mudah untuk dibasuh dan disental.
- Cuka makanan dan Serbuk penaik
Caranya, masukkan air dan satu cawan cuka ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi, kemudian didihkan ia.Selepas itu padamkan api dan campurkan pula dengan dua sudu serbuk penaik atau soda bikarbonat. Sental sehingga kesemua kerak hangus tertanggal. Jika perlu tambahkan lagi soda bikarbonat . Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang nipis atau kurang tebal seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.
- Garam dan Limau Nipis
Caranya, perahkan beberapa biji limau nipis (ikut kesesuaian besar periuk dan kuali) kemudian campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan selama satu jam. Akhir sekali sental dan cucilah seperti biasa.
- Tomato
Seboleh-bolehnya carilah buah tomato yang tidak terlalu masak, ini kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Caranya, lenyekkan beberapa biji buah tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi. Biarkan selama semalaman sebelum anda teruskan kerja menyental dan mencuci.
- Minuman berkarbonat atau bergas
Amat sesuai digunakan untuk jenis hangus yang diakibatkan oleh gula karamel. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang hangus tadi dengan minuman berkarbonat.Biarkan selama beberapa jam. Selepas itu anda bolehlah menguji sama ada kerak tersebut sudah tertanggal atau tidak dengan mencungkil kesan kerak tersebut menggunakan sudu besi. Jika tidak, biarkan selama semalaman.
- Sabun Mandi
Potong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Ambil satu bahagian sabun mandi tersebut dan rendamkan ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga kembang. Kemudian, sental periuk tadi dengan sabun tersebut, Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus dawai.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat!