Memikul tugas isteri, ibu dan dalam masa yang sama seorang wanita yang berkerjaya bukanlah suatu tugas yang mudah untuk digalas. Belum hilang penat mengurus anak, perlu pula lakukan kerja-kerja lain dan sekali gus menjadikan rutin harian terasa kalut.

Namun dengan adanya pasangan dan support system yang baik dan memahami, semua itu tidak menjadi masalah. Hal ini turut diakui oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

“Betul saya akui bukan mudah untuk urus dua anak dalam satu masa. Rasa macam kalut tapi saya gembira dan berterima kasih sebab ada kakak yang bantu dan memang saya sangat memerlukan sebab saya wanita berkerjaya.

“Waktu kerja tak tentu,macam semalam balik lewat pukul 2, keluar awal pagi jadi memang saya tak terkejar. Saya bukanlah isteri yang sempurna sebab itu saya perlukan support system yang baik.

“Alhamdulillah Aafiyah dan Afwa ada yang menjaganya, malah ada nurse untuk jaga Afwa, memandangkan Afwa masih kecil dan jadi lebih mudah pantau kesihatannya.

“Support system sangat perlu bagi yang berkerjaya dan sibuk macam saya. Syukur ramai membantu meringankan kerja-kerja saya. Itu sebab saya boleh fokus dengan kerja yang saya buat contohnya seperti jika perlu buat photoshoot, buat promosi jualan, rehearsal konsert persembahan semua itu main minda dan tenaga. So far alhamdulillah,” jelas Datuk Siti Nurhaliza yang turut akui suaminya banyak membantu ringankan urusannya ketika ditemui di majlis pelancaran Beaukids perisa terbaharu Anggur serta wajah baru Beaukids Strawberi yang berlangsung di BK Mini Fiesta 2022 baru-baru ini.

“Saya Bukanlah Isteri Yang Sempurna…”- Tokti Akui Kekurangan Diri

IKLAN

Berkongsi lanjut berkenaan Beaukids perisa terbaharu Anggur, siapa sangka rupa-rupanya ada kisah menarik dalam pemilihan perasa anggur itu sendiri.

“Alhamdulillah Aafiah adalah seorang yang jenis kalau dia suka, dia marah, dia sedih, dia memang seorang yang menunjukkan dia punya perasaan akspresi. Bila kita beritahu dekat dia pun, mula-mula pun dia dah wow excited.

“Kita memang tak beri tahu awal-awal apa perisanya supaya dia boleh buat pilihan sendiri.

“Masa penghasilan perisa anggur kita ada satu lagi pilihan, buah yang lain. Jadi kita tak letak warna, gambar dan sedaikan 2 cup sampel berbeza untuk Aafiyah cuba. Antara keduanya, dia pilih anggur.

“Jadi saya nak apa yang the real selera anak-anak, alhamdulillah anggur pilihan Aafiyah dan kemudian barulah saya rasa dan nyata saya juga suka dengan rasanya,’’ cerita Datuk Siti penuh semangat.

IKLAN

“Saya Bukanlah Isteri Yang Sempurna…”- Tokti Akui Kekurangan Diri

Tambahnya lagi, “Saya melihat perniagaan produk kanak-kanak ini sesuai juga saya jadikan Aafiyah mewakili saya untuk mengeluarkan produk. Aafiyah mungkin rezeki saya dengan nama yang bagus, Aafiyah itu sendiri memberi makna yang terbaik. Jadi itulah sebabnya kita letakkan nama Aafiyah untuk jenama minuman ni.

“Akan datang insyaAllah akan ada produk penjagaan kesihatan seperti balm dan sebagainya dengan jenama Afwa. Tapi itu masih dalam peringkat R&D, kalau ada kita akan umum,” jelas Datuk Siti Nurhaliza lagi berkenaan perancangan masa depan dalam perniagaan produk kanak-kanak.

ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!

IKLAN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI