Tubuh yang lemah akibat keletihan berpuasa seharian sememangnya perlukan makanan untuk mengembalikan semula tenaga.
Selain kurma yang membekalkan tenaga dengan cepat, anda boleh juga menyediakan minuman booster penambah tenaga ini selepas berbuka. Confirm badan lebih cergas.
Ini cara yang dilakukan oleh wanita bernama Lyndah Abraham di facebooknya. Juga perkongsian buat ibu-ibu mengandung yang selalu mengalami keletihan dan lemau-lemau badan. Juba jangan tak cuba.
Teh Penyegar Badan
Air Tea O penyegar badan. Paling sesuai untuk keluarga. Ibu-ibu mengandung yang selalu lemau pun boleh cuba.
Bahan-bahan:
Halia
Daun Pandan
Gula kabung/gula batu
Uncang tea
Caranya:
1. Rebus air bersama halia dan daun pandan.
2. Setelah mendidih tutup api.
3. Masukkn air panas tadi ke dalam cawan. Letakkan gula dan uncang teh (seperti bancuh teh biasa).
4. Siap untuk di hidang.
Kredit: Lyndah Abraham
Tak Berkira Soal Duit, Gaji Suami Isteri Kumpul Sekali, Lelaki Ini Tunjuk Cara Rancang Belanja Keluarga.
Dalam hal kewangan tentu agak sensitif bagi setengah pasangan suami isteri. Bagaimana sebaiknya perkongsian mengenai kewangan harus diurus bersama.
Telus agihan gaji suam isteri, sebenarnya punca rezeki bertandang. Barulah pintu rezeki dibuka luas.
Melalui perkongsian Mohd Fhais menjelaskan bagaiman nak buang darjah duit dalam rumahtangga sungguh bermanfaat. Ikuti selanjutnya perkongsiannya.
Walaupun duit bukan segala-nya tapi di sebabkan duit rumahtangga boleh bercerai berai, anak jadi terbiar dan kita sendiri boleh lupa diri.
Apatah lagi isteri yang jadi surirumah dan tak bergaji, suami tidak patut memperlekehkan mereka. Anggap isteri seperti patung di rumah, dan tak mempedulikan emosi dan fisiologi si isteri.
Serius kena buang darjat duit ini !
Suami isteri tinggal sebumbung, tidur sekatil dan makan semeja tak patut ada timbul isu aku yang kerja penat-penat, kau yang duk perhabis pula.
Sebenarnya ada cara mudah nak buang darjat duit ini dalam rumahtangga. Ini apa yang saya dan isteri dah amalkan sejak mula perkahwinan lagi.
Sebenarnye gaji bersih di slip gaji tu belum benar-benar bersih lagi, boleh di bersihkan lagi supaya berkat suami isteri.
Gabung gaji suami isteri
Caranya ialah kumpul kedua dua gaji suami isteri dan bayar bil astro, tnb, air, kereta, rumah, belanja rumah dan sekolah anak. Baki yang ada kami bahagi dua, dan itulah gaji bersih 2.0 kami setiap bulan.
Contoh kiraan :
Gaji suami : RM3500
Gaji isteri : RM2500
Jumlah : RM6000
Bil bulanan : 250
Kereta : 1800
Ptptn : 550
Sekolah anak : 500
Rumah : 780
Belanja rumah : 550
Jumlah : RM4430
Jumlah pendapatan – Jumlah komitmen = Baki
RM6000 – RM4430 = RM1570
Gaji bersih 2.0 : 1570 ÷ 2 = 785
Jadi gaji bersih suami / isteri sebulan ialah RM785
Ok lah tu gaji bersih seorang tak perlu bayar apa apa lagi. Kalau isteri ada buat bisnes pun boleh campur pendapatan bisnes itu. Jangan pula bila isteri dah ada pendapatan sendiri suami terus mengabaikan belanja rumah.
Gaji bersih ini terpulang pada isteri nak guna duit itu samaada buat simpanan atau buat beli baju dan alat solek.
Comfirm suami tak akan pertikaikan.
Sebaiknya bila dua hati di satukan kehidupan yang dahulunya 2 sekarang dah menjadi satu. Ini termasuklah rezeki.
2 rezeki lelaki dan wanita, bila dah berkahwin akan menjadi satu yang lebih besar. Sebab itu orang selalu cakap bila dah berkahwin pintu rezeki akan di buka seluas luas-nya.
Percayalah semakin telus kita mengagihkan rezeki sama rata, semakin banyak punca rezeki akan bertandang ke rumah kita.
Keberkatan rumahtangga sentiasa jadikan keutamaan.
Sumber: Mohd Fhais Salim
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kecewa Anak Beranak Tanam Pokok Tak Berbuah-buah. Ni Penyelesaiannya, Buat Baja Buatan Sendiri!
Jika difikir-fikirkan, pokok apakah yang biasanya jadi pilihan sebuah keluarga untuk di tanam di laman rumah. Ya, lain tidak bukan antara pokok yang menjadi pilihan ramai untuk ditanam adalah seperti pokok pelam, kedondong, jambu air dan sebagainya.
Umumnya, tujuan kita menanam sebatang dua pokok buah-buahan ini dengan tujuan mengharapkan suatu hari nanti hasilnya boleh dimakan bersama-sama anak-anak dan seisi keluarga.
Namun sering kali juga kita berdepan kekecewaan, bila mana pokok yang ditanam bertahun-tahun lamanya namun belum pernah pokok tersebut berbuah. Untuk itu, apa kata kali ini anda sediakan sendiri baja untuk pastikan pokok berbuah lebat yang boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan dari dapur sendiri. Ianya jimat dan selamat!
Hal ini dikongsikan oleh Seri Kundasang di FB dan semoga ianya memberi manfaat.
Tips Cara Buat Baja Organik Cecair Baja Buah. SENANG
Hi gais . SK nak kongsi cara buat baja organik cecair yang sangat mudah. Kita boleh gunakan bahan dari dapur sebagai bahan utama baja cecair yang baik untuk buah ni ya..
Bahan bahannya ialah:
Gula merah (1 kg) (dicairkan dengan 200 mL air)
Kisar (A)
Kulit pisang (700g)
Kulit udang (belum dimasak) (200g)
Kulit telur (100g)
Alat:
1. Bekas besar
2. Botol plastik 1.5 L
Cara-cara:
1. Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata
2. Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L.
3. Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Penggunaan kain agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob bekerja.
4. Peram selama 15 – 20 hari. ( seminggu pun bole guna sudah)
5. Setelah itu, tapis cecair hasil peraman.
Cara Buat Baja Organik Cecair Baja Buah
Penggunaan:
1. Campurkan baja cecair bersama air dengan nisbah 1:20 (baja cecair: air). Contohnya 10 mL baja dengan 200 mL air.
2. Sembur pada daun pokok untuk kesan maksimum. Tidak kisah waktu semburan. Jika hujan selepas itu, boleh lakukan semburan kembali.
Kelebihan baja buah ini kepada tumbuhan:
1. Kulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan
2. Kulit udang membekalkan unsur surih (TE) sesuai untuk tumbesaran
3. Kulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok.
sumber : Seri Kundasang
Lepas Guna Jangan Terus Buang Sisa Kulit Telur, Boleh Jadikan Baja Organik & Lebih Menjimatkan. Jom Ibu-Ibu Cuba Tip Ini!
Pelbagai jenis baja berada dipasaran yang boleh dijadikan sebagai ‘makanan tambahan’ buat pokok-pokok mahupun tanaman kesayangan agar menjadi lebih subur, segar dan membesar dengan sihat.Baja juga boleh dihasilkan sendiri dan menariknya ia cukup mudah didapati dan boleh dilakukan sendiri.
Telur yang telah digunakan, jangan dibuang kulitnya. Ini kerana sisa kulit telur tersebut juga bermanfaat dan boleh dijadikan sebagai baja organik buat pokok-pokok mahupun tanaman di rumah.
Menerusi perkongsian Norisniyati Abdul Hamid beliau berkongsi cara menghasilkan baja organik daripada sisa kulit telur yang cukup mudah dilakukan. Apa yang penting ia selamat digunakan lagi menjimatkan, sekaligus mengelakkan pembaziran.
Telur kita makan.. kulit telur bagi pokok pulak makan.. so tiada pembaziran.. 🙂
Bahan-bahan:
Kulit Telur
Cara Membuat:
1.Basuh kulit telur tersebut.
2.Jemur kulit telur pada cahaya matahari.
3.Tumbuk hancur kulit telur tersebut menggunakan lesung batu.
4.Taburkan pada pokok/ tanaman seminggu sekali.
Siap! Selamat Mencuba!
Sumber:Norisniyati Abdul Hamid (Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri)