Minuman ini antara yang menjadi pilihan setiap kali menjelang ramadan. Rasa segar, dingin dan nyaman pasti dirasai tatkala menikmati minuman Soda Herbs istimewa ini. Gandingan rasa  yang sempurna ini sangat sesuai sebagai pembuka selera. Pasti menarik! Jom ibu-ibu cuba untuk waktu berbuka nanti.

Bahan-bahan:

1.5 liter air aiskrim soda

1 tin laici/ longan (ambil buah sahaja)

IKLAN

2 batang serai (dititik)

1 biji lemon (dihiris nipis)

5 biji asam boi putih

IKLAN

Ketulan ais secukupnya

Daun pudina (ikut cita rasa)

IKLAN

Cara membuat:

  • Bersihkan semua bahan-bahan.
  • Hiriskan lemon nipis-nipis.
  • Sediakan bekas yang bersesuaian.
  • Letakkan daun pudina secukupnya.
  • Kemudian masukkan lemon yang telah dihiris nipis dan diikuti asam boi putih.
  • Seterusnya masukkan buah laici atau longan.
  • Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
  • Letakkan ketulan ais jika suka.
  • Akhir sekali masukkan serai yang telah dititik perdunya. Sedia dinikmati!

Info Ekstra:

  • Jika rasa terlalu manis, boleh juga tambahkan sedikit air mengikut cita rasa masing-masing.

Sumber: Azlita Masam Manis

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI