Setiap antara kita pasti ada kisah tersendiri saat bercinta dengan seseorang yang kini telah pun bergelar suami atau isteri.

Mungkin kerana terlalu lama usia peprkahwinan,  hingga ada yang terlupa bagaimana dan di mana kali pertama bertemu.

Jadi cuba imbas kembali,  pahit manis musim percintaan tersebut agar kebahagiaan berumah tangga terus mekar sebagaimana di awal perkahwinan.

Ikuti kisah percintaan Jarr Nadjmuddean ini yang boleh membuatkan kita terinspirasi.


Bagai langit dan bumi

Dulu masa aku nak kahwin, isteri aku terima aku sehelai sepinggang. Masa tu aku mana kerja tetap. Isteri aku pula pegawai bank. Macam langit dengan bumi. Hidup dia dikalangan manusia-manusia korporat. Aku pula masa tu hidup dikalangan rebel. Muzik adalah hidup. Gitar pula makwe yang setia. Masa aku kenal isteri aku, handphone aku baru lepas kena curi.

Dia bagi aku pakai phone dia, dia call aku pakai phone rumah. Mak bapak dia marah bukan main sebab dia serah gitu je phone dia kat aku. Yelah, dia pun bukan dari keluarga yang senang. Mestilah mak bapak dia risau kalau anak dorang kena tipu dengan mamat serabai macam aku.

IKLAN

Kami berhubung jarak jauh sebab masa tu aku kerja di Melaka. Kerja main-main. Tapi sejak aku kenal dia, dia ajar aku kenal apa itu tanggungjawab. Dia terus kerja dan naikkan karier. Aku? Aku masih terkial-kial mencari kerja tetap. Dalam kesibukkan, dia bersengkang mata buatkan resume untuk aku. Hulur dekat orang itu, orang ini. Minta tolong kenalan. Sampai aku terfikir kenapa dia ni baik sangat sampai tolong aku macam ni sekali.

Aku dapat kerja tetap yang pertama hasil usaha dia. Tuhan permudahkan temuduga. Kami ikat perut sebab nak kumpul duit untuk kahwin. Pergi kerja dia tunggu aku dekat bus stop. Aku naik bas dari Taman Ehsan berhenti depan bus stop tokong Jinjang Utara. Awal pagi dia tunggu aku nak hantar pergi kerja. Dia ajar aku bawa kereta. Ambil lesen.

Begitulah hari-hari selama setahun. Bila tengahari lunch hour, dia ambil aku kami bungkus nasi bungkus satu makan dua orang. Kadang-kadang dia buatkan nasi goreng dengan telur dadar buat bekal kami berdua.

Balik kerja petang dia akan hantar aku balik Taman Ehsan. Dan pagi esoknya dia akan call dan kejutkan aku bangun bersiap untuk pergi kerja. Bukan main sabar dia dengan aku. Tak pernah merungut.

IKLAN

Nekad

Satu hari aku cakap dekat dia aku nak ambil dia jadi isteri, aku pergi kedai emas beli cincin untuk merisik. Ye, aku pergi pakai jeans koyak dengan t-shirt rock bawa cincin merisik naik teksi pergi rumah keluarga dia. Kenapa aku tak pergi dengan keluarga aku? Adalah ceritanya kenapa.

Dekat rumah dia, aku mengadap semua keluarga dia. Aku cakap terus-terang aku nak ambil dia jadi isteri aku. Aku tahu pada awal hubungan, parents dia tak setuju sebab aku kerja tak tentu. Aku faham hal tu. Dan aku redha je kalau hubungan tu tak jadi. Tapi kau tahu apa yang terjadi? Dia perjuangkan cinta dia yang dia nak kahwin dengan aku. Atas sebab dia percaya yang aku akan berjaya satu hari nanti.

Sama macam parents aku juga yang pada mulanya tak setuju aku nak kahwin dengan dia sebab aku tak bekerja tetap dan kaki enjoy. Parents aku lagi keras, hari aku nak kahwin baru depa sampai. Aku pujuk parents aku lama juga hal nak kahwin ni. Sehari sebelum kahwin aku call lagi minta depa datang bagi restu. Akhirnya depa mengalah.

IKLAN

Bukan senang nak menang hati orang tua bila kau buat keputusan besar macam ni. Aku pertahankan cinta aku dekat isteri aku sebab aku tengok dia tak pernah jemu bantu aku dan terima aku seadanya masa mula-mula kenal. Mana aku nak cari seorang eksekutif bank masa tahun 2003 yang sanggup keluar lunch dekat Tasik Titiwangsa makan nasi bungkus kongsi berdua? Lauk ayam sambal dengan telur dadar sahaja. Mana aku nak cari perempuan yang sanggup terima aku yang takde wawasan masa tu sampai ada halatuju macam sekarang?

Aku takde apa-apa bhai. Duit jauh sekali, handsome pun sikit je. Itu jelah modal yang aku ada. Selain dari itu, aku doa dan usaha.

Alhamdulillah lepas 12 tahun, macam nilah kami sekarang. Bila diingat balik, kelakar pun ada, sedih pun ada. Tapi kalau takde adventure, tak hindustan lah kisah percintaan aku.

Setelah 12 Tahun Berkahwin,  Lelaki Ini Kongsi Kisah Percintaannya.  Cukup Terinspirasi!

Korang punya kisah cinta macam mana?

sumber : Jarr Nadjmuddean

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI