“Aduh!… Kenapalah dengan tumit kaki aku ni? Setiap kali bangun daripada tidur, nak berjalan mulalah rasa sakit dan ngeri. Bila waktu lain, ok pulak? Kenapa ya, ada masalah serius ke dengan kaki aku ni….?”


Mungkin ini antara keluhan yang sering diucapkan tiap kali berdepan dengan masalah tumit kaki terasa sakit bila bangun daripada tidur. Sebenarnya jika ia jarang terjadi pada anda, mungkin rasa sakit tersebut berlaku bila mana di waktu siangnya anda melakukan  aktiviti berat, atau kebarangkalian semasa tidur kaki anda tertindih, atau mungkin juga posisi tidur yang salah menjadi sebab anda rasakan demikian. Ini normal kaki anda akan rasa sakit bila bangun daripada tidur.

Namun, bila mana rasa sakit kaki tersebut dirasai SETIAP kali bangun daripada tidur. Sewajarnya anda perlu ambil serius, segera dapatkan rawatan doktor!

Penyebab kepada rasa sakit ini adalah apabila berlaku radang pada bahagian plantar fascia mengikut bahasa perubatannya. Lazimnya plantar fascia kebanyakan dialami oleh mereka yang berusia antara 40-60 tahun. Pun begitu tidak mustahil bagi sesiapa pun terkena di usia di usia muda jika tidak menjaga kesihatan kaki dengan baik.

[su_highlight background=”#d2cdcf” color=”#da2835″] Cara Atasi[/su_highlight]

Ada beberapa cara atau kaedah untuk menyembuhkan rasa sakit tersebut. Salah satunya adalah dengan mengamalkan rawatan secara tradisional dengan menggunakan bawang bakar.

Amalan ini telah dipraktikkan oleh Siti Raudzah dan apa yang menarik perhatian, setelah tiga hari mengamalkan cara ini Siti Raudzah merasai perubahannya. Menurutnya, Dah 3 hari saya amalkan makan 3 biji bawang putih bakar ni setiap pagi sebelum sarapan. Masalah sakit kaki bila bangun tidur yang saya hidapi dah ok sekarang. Kalau tak,  sebelum ni nak pijak lantai bila bangun tidur memang sakit. Kena jalan slow-slow dulu baru ok. Tapi sekarang bangun je, terus boleh jalan laju.”

IKLAN

“Petua ni ada sorang kakak bagi tahu saya. Dah dekat 1 tahun dia amalkan. Badannya pun saya tengok cantik. Perut pun kempis je. Segala angin dalam badan dapat diatasi. Kebaikannya untuk seluruh badan.”


[su_highlight background=”#c3c9b2″ color=”#da2835″]Cara-caranya:[/su_highlight]

1. Ambil 3 ulas bawang putih

2. Bakar dengan kulit sekali dalam 3 minit dengan api yang kecil.

IKLAN

Setiap Kali Bangun Tidur, Akan Rasa Sakit Kaki. Cuba Petua Ni Untuk Hilangkannya!

 

3. Selepas itu makan terus isinya saja.

IKLAN

Setiap Kali Bangun Tidur, Akan Rasa Sakit Kaki. Cuba Petua Ni Untuk Hilangkannya!

 


[su_highlight background=”#b9d8dc” color=”#da2835″]7 Ekstra Khasiat Bawang Putih[/su_highlight]

Bawang putih juga cukup terkenal mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan.

  1. Melancarkan pencernaan
  2. Sumber stamina
  3. Mencegah dan mengubati selesema
  4. Mengubati sakit gigi
  5. Anti penuaan
  6. Menghilangkan bekas selulit
  7. Menurunkan berat badan

Kredit: Siti Raudzah via MAHN

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI